Strategi peperangan dalam bisnes

By | December 23, 2009

Strategi

Aku amat tertarik dengan hasil tulisan dan artikel di blog brother Mazlie Nadzri. Jadi elok sama2 aku kongsikan dengan korang, agar sama2 kita dapat faedah dan panduan untuk mencapai kearah kecermelangan.

  • Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalam peperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalam peperangan dan bisnes.
  • Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medan pertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes, memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniaga untuk gagal.

1. Risikan

Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalah dibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi.

  • Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyai ramai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalu melawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga, testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka juga selalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalam bisnes.
  • Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Dari testimonial tersebut saya akan tahu kenapa mereka suka dengan servis yang mereka tawarkan, dengan cara ini saya dapat memperbaiki apa yang kurang dimata mereka terhadap servis saya.

Begitu juga dengan anda, haruslah membuat risikan terhadap pesaing anda setiap masa.

2. Pantas memasuki medan ‘pertempuran’

Didalam buku Sun Tzu’s, Art of War in Marketing ada menyatakan,

“sesiapa yang sampai dahulu dan menguasai medan peperangan mempunyai masa untuk membuat persiapan sementara menunggu kehadiran musuh, manakala mereka yang sampai lewat akan berperang dalam keadaan lemah dan letih”

Didalam bisnes, kita boleh tafsirkan begini.

  • Banyak kelebihan pada sesiapa yang memasuki pasaran lebih awal berbanding orang lain.

Lihat bagaimana syarikat gergasi Coca Cola yang menjadi perintis kepada minuman berkarbonat di seluruh dunia. Mereka mampu berdiri teguh berpuluh tahun walaupun telah banyak syarikat yang mengedarkan minuman berkarbonat. Coca cola telah dilihat berpengalaman dan cekap berbanding yang lain.

  • Oleh itu, anda perlu berani menjadi yang terawal memasuki pasaran. Anda perlu berani masuk pasaran dengan produk baru. Produk yang belum lagi dihasilkan oleh orang lain.
  • Sebaliknya, cuba elakkan menjalankan perniagaan yang sedang popular. Sebagai contoh, produk OneDropPerfumes sedikit masa lalu yang hangat diperkatakan, ramai berlumba lumba menjadi pengedar, malangnya saya lihat sekarang, pasarannya sudah mulai tepu. Terlalu ramai yang menjalankan perniagaan tersebut.
  • Kalau dilihat, orang yang mula-mula menjual produk tersebut mendapat untung yang banyak berbanding orang yang baru.

3. Jangan mudah merasa selesa

Didalam peperangan, tentera-tentera diajar supaya sentiasa bersedia setiap masa, mereka diingatkan supaya sentiasa menjangkakan musuh akan datang.

  • Kalau anda usahawan yang mencipta program, software dan seumpamanya, pastikan anda peka dengan perkembangan teknologi terkini.
  • Sekiranya anda tidak melakukan penambahbaikan, sampai satu masa dikhuatiri program, software tersebut tidak akan berguna lagi.

4. Kepantasan

Kepantasan sangat penting didalam bisnes. Tidak kiralah bisnes online ataupun offline. Masa adalah emas bagi pelanggan.

  • Sekiranya anda menjual produk digital, pastikan tempoh masa untuk memberikan link download dalam jangkamasa 6-12 jam. Kalau lagi cepat, lagi bagus.
  • Bagi servis seperti design, jangkamasa sesuatu tempahan hendaklah disiapkan secepat yang mungkin. Perkara ini sangat saya tekankan dalam servis saya. Saya sanggup tolak tempahan sekiranya saya merasakan saya akan siap lambat. Selalunya atas faktor tempahan yang banyak ataupun saya ada hal yang perlu diutamakan.

Didalam buku Sun Tzu’s Art of War in Marketing menyatakan:

“Kepantasan adalah perkara penting didalam peperangan”

Itu antara beberapa teknik peperangan yang boleh diguna pakai didalam bisnes anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda gunakan didalam membina bisnes yang sebenar, tidak kira, offline ataupun online.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri
hasil tulisan dan karya: http://mazlienadzri.com

18 thoughts on “Strategi peperangan dalam bisnes

    1. hazlan Post author

      ya betul tu… nak lebat kerja mau keras…. kalau malas memang jadi keras…

      Reply
  1. POOL

    dari artical ni aku dapat bayangkan sesuatu yang ligat bermain dalam kepala hotak aku dan terbayang di depan mata aku…. mak su aku dengan laki dia, yg aku tau keje buat bsns MLM sj…. tp dalm setahun 2 dia akan tukar bisns MLM lain pulak… katanya nak bisns ni jgn tggu sampai benda tu meletop baru nak join…klu dah meletop dah x ada org nak join dah..yg join tu adalah mangsa-magsa kepada org yg masuk awal sj mang sa kepada org mcm dia la.. apa yg boleh d kaitkan disini cuba baca balik bab ni:


    2. Pantas memasuki medan ‘pertempuran’

    Didalam buku Sun Tzu’s, Art of War in Marketing ada menyatakan,

    “sesiapa yang sampai dahulu dan menguasai medan peperangan mempunyai masa untuk membuat persiapan sementara menunggu kehadiran musuh, manakala mereka yang sampai lewat akan berperang dalam keadaan lemah dan letih”

    Didalam bisnes, kita boleh tafsirkan begini.

    * Banyak kelebihan pada sesiapa yang memasuki pasaran lebih awal berbanding orang lain.”

    sbab tu la maksu aku boleh beli rumah banglo sampai 4 5 buah..
    pakai keta besau2..dan boleh bg aku pinjam keta fairlady dia untuk aku melaram..

    dalam bisns segalanya perlu cepat dan tepat…cepat bertindak dan tepat membuat keputusan….tp aku x boleh ikut maksu aku, aku lebih suka bsns yg ada produk bukan yg keje cari downline…masing2 ada kelebihan sendiri…tp apa2 pun tima kasih maksu sbb bg sokongan dan motivasi untuk berjaya dalam bsns…

    Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih say_izan maksu ko tu ader betulnya… bagi aku, bergantung gak pada diri sendiri samada sanggup ataupun tidak… nak ataupun tak nak… yang pasti pergerakan untuk ke medan perjuangan tetap akan diteruskan, cepat ataupun lambat… berani menanggung risiko ditembak atau mengelak… pastikan bendera yang di pegang berdiri tegak.

      Reply
      1. hazlan Post author

        nak tambah satu lagi, tak nak menu derang sama dengan menu pesaing dan sebaliknya…

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge