Ramai juga yang tanya kat aku pasal ni. Almaklumlah, lain orang lain bidang. Tak semua orang tau. jadi aku yang agak2 tau sikit2 ni nak kongsikan sama2. Apa yang korang mesti tau adalah:
Apa tu Domain dan Hosting?
Apa itu domain
Domain ni adalah alamat atau nama untuk sesebuah laman web.Contohnya laman web ni http://hairilhazlan.com. Ianya adalah jenama utama bagi satu2 nama website/weblog.
Apa itu hosting
hosting adalah tempat atau tapak penyimpan data mengenai sesebuah laman web. Kat sinilah ia berfungsi akan menyimpan segala data dan maklumat sesebuah laman web.
Dekat mana nak dapatkan domain dengan hosting?
Terpulang pada korang search saja kat google berjuta akan keluar. Tapi ikut pengalaman aku nak cari yang terbaik peh! bukan main susah. Jadi, korang kena cari info dan lawat forum2 mengenai buruk baik hosting terbabit.
Dah ada domain dengan hosting tapi macamana nak buat seterusnya?
Korang jangan bimbang, Bagi aku sebaik2nya hosting yang korang register ader mempunyai aplikasi Cpanel. Kat situ boleh menginstall dengan cepat dan mudah. Akan datang aku postkan macamana nak install nak guna aplikasi2 ini .
Aku lebih suka pada Content management system (CMS), Sekarang ni aku gunakan wordpress sebagai pemapar atau perisian utama blog aku . Lain2 contoh CMS adalah drupal, joomla, zen cart (ecommerce) dan banyak lagi. Akan datang aku terangkan juga mengenai Perisian CMS ni pulak.
Jadi kalau nak shortcut, setakat ni aku ada 2 hosting provider kat Malaysia yang aku guna juga boleh dipercayai dan tak lagi memberi masalah kat aku setakat ni. Itupun setelah habis aku rujuk setiap pelusuk forum atau blog2 lain. Korang bolehlah terus daftar di:
DataKL: daftar disini
Senihost: daftar kat sini
Setelah semua perkara2 kat atas ni korang dah tau. Selepas ni bolehlah memulakan langkah2 yang seterusnya. Selamat maju jaya.


xde duit mau main hosting-2 ni.. pakai blogger.com jer (T.T) Domain 35 ringgti setahun dah cukup mahal bagi gua xD
.-= Jejaktrend´s last blog ..Download Mp3 & lirik Juara – Generasi Hebat =-.
pelan2 bro… guna blogger.com tu ok gak… cuma takut space cepat abis jek…
kena test & trial.. 😉
.-= Shahriza Mahmud´s last blog ..Best ke Menyelam? (Video) =-.
test jgn tak test… kalau ada aper2 nak tanya leh gak aku tolong
Salam hazlan,
Akak ada create domain untuk bisnes.Akak belajar secara percuma
dari subsidi gomen dalam satu hari tapi tak berapa faham.
Akak nak tanya macamana akak nak iklankan akak punya domain bila orang search dalam google atau yahoo.Tolong akak hazlan bagi panduan yang mudah difahami.
Terima kasih
kak wati
ooo… domain tu dah dihostingkan ke belum? website? kalau belum memang tak dapek laa nak letak kat google,bing atau yahoo… sebab masih kosong kalau sudah boleh add domain tu kat sini tak akak?
syarikat kalau nak buka
kena ada duit.
masih lagi naik guna
blogspot.
huhuhu… blogspot ada peminatnya tersendiri
zaman sekarang memang kena ada duit.. ish2… walau apapun jangan jadi hamba duit dah laa
bila dah beli Domain & hosting.
cpanel pula kena belajar.
betul2, cpanel agak mudah difahami
permulaan aku ni kosong
tanpa asas cpanel.sebab nak
buat blog.kena rajin tanya
syarikat hosting.
oh begitu… tapi tengok juga pada syarikat hosting mana… ada tech yang ok dapat la ilmu tu kena yang tak ok haru biru di buatnya… Insya-Allah aku buat entry pasal cpanel pulak akan datang…
mace mane klo nak wat yg blakang dy
.com bkn bloggespot.com
just .com jekk. cmne??
beli nama domain… kalau dah ada orang guna kena cari nama domain lain.. contohnya cari dy.my, dy.net, dy.org, dy.com.my dan macam2 lagi… kena beli kat mana2 hosting provider atau domain provider… kena bayar setiap tahun..
salam nk tanya?
saya punya web dh kena block ada virus katanya?
saya dh program balik computer dan wat website lain
http://www.portalniaga.com/openbatch/2369
camana nk buka control panel nk delate web lama sbb cp pun dia block..pening2…
tolonglah….
info ada virus tu dari browser (mozilla,chrome,ie dan lain2…) atau dari pihak webhosting sendiri? kalau hanya dari browser sahaja boleh baca 3 ruangan ini untuk menyelesaikan masalah: 1. http://anakperak.com/tag/attack-page/ 2. http://www.techpavan.com/2009/06/11/google-remove-reported-attack-site-this-site-may-harm-your-computer/ dan 3.http://www.amitbhawani.com/blog/remove-harmful-website-warning/ .kalau di block dari pihak webhosting sendiri harap minta bantuan mereka, kerana mereka sahaja yang ada kuasa untuk menggodek2 luar dalam… tapi aku rasa hanya di browser sahaja kan?