Apa itu e-commerce? E-Commerce atau E-Dagang adalah transaksi penjualan elektronik secara maya dengan menggunakan pengurusan aplikasi laman web sebagai platform utama yang berperanan sebagai pemapar produk maya atau kedai maya agar dapat dilihat, dipilih dan seterusnya melakukan pembelian secara online oleh pengunjung.
Kategori E-Dagang
E-Dagang boleh dikelaskan dengan pelbagai kategori peserta dalam pengurusan perniagaan. Ianya adalah seperti berikut:
- Perniagaan ke Perniagaan (B2B : Business to Business)
- Transaksi yang melibatkan pengurusan perniagaan diantara dua pihak. Sebagai contoh : Pengeluar, Peniaga, Peruncit dan sebagainya.
- Perniagaan ke Peruncit ( B2C : Business to Consumer)
- Transaksi penjualan elektronik maya kepada pengguna akhir.
- Pengguna Consumer (C2C : Consumer to Consumer)
- Untuk kategori ini contoh yang terbaik adalah laman web yang berbentuk lelongan.
Penjualan secara online kini semakin mendapat tempat dan pesat berkembang di Malaysia. Ini kerana ianya dilihat mempunyai nilai yang berpotensi. Lebih-lebih lagi e-dagang berkeupayaan dalam kepelbagaian pengurusan pengoperasian yang mudah, kemas dan sistematik. Proses pengumpulan transaksi, data, maklumat dapat dikumpul secara elektronik dan yang utama ianya dapat mengurangkan kos bagi sesebuah syarikat mahupun yang kecil atau bertaraf syarikat gergasi.
Juga pernah aku tulis lebih terperinci mengenai e-commerce di laman blog ini bertajuk : mengenal ecommerce
menarik juga belajar pasal e-commerce ni
memang best tapi 3rd party yang free kat malaysia agak kurang untuk modul agak merumitkan bagi yang baru nak mulakan perniagaan terpaksa guna manual kesian gak….
Tetiba pula teringat akan subjek perdagangan masa SPM dulu..hehe
huhuhuhu… bab perdagangan aku memang agak blur…
Betul sekali, perdagangan inline semakin berkembang dan semakin diminati.
Ecommerce macam kita meletakkan produk fizikal secara tersusun.memudahkan pelanggan untuk mencari info dan membuat pembelian.
yup betul…