1. Sebagai orang berniaga, kita kena belajar meraikan pendapat masing-masing. Ini bukan medan mahu tunjuk siapa yang hebat kerana kita semua sudah cukup hebat. Kita nampak hebat kerana Tuhan menutup aib kita. Itu saja.
2. Kita semua ada kisah pilu tersendiri. Kita jadikan derita masa lalu sebagai panduan hari ini. Kita belajar untuk jalan terus dengan lebih kuat. Apa yang tidak elok kita perbetulkan, mana yang sudah bagus kita teruskan. perbaiki diri dan jaga amalan.
3. Apabila mendengar perbezaan pendapat, kita belajar untuk hormat. Barulah kita pun akan dihormati. Apabila mendengar kesamaan pendapat, kita belajar raikan. Barulah kita akan disenangi. Belajar diam diri dan bercakap bila perlu. Kita akan lebih tenang.
4. Apabila kita merasa betul, jangan pula kita cepat melatah menyatakan yang orang lain salah. Apabila kita bersalah, kita mohon maaf dan perbaiki kelemahan. Kita berkawan-kawan dengan semua orang dan kita belajar mengukuhkan silaturahim. Kita kena hargai orang sekeliling.
5. Kerana sesungguhnya kerja yang paling penat bagi orang berniaga bukannya berniaga, tetapi ternyata yang memenatkan itu ialah berfikir untuk membuat keputusan dan urusan mahu menjaga hati orang lain.
6. Biar kita nampak kalah, tetapi kita sentiasa menang. Biar kita nampak kecil, tetapi kita sentiasa membesar. Biar kita sering dilihat lemah, tetapi kita sentiasa menguatkan diri. Persepsi takkan berjaya membunuh kita. We are what we think.
” Diam adalah jeritan yang paling bingit “
” Kecil adalah besar yang baru “
Di petik terus dari: https://ikramalbanjari.com/6-nasihat-berguna-untuk-peniaga/