Perdagangan elektronik atau e-dagang (English: Electronic Commerce atau e-commerce) adalah penyebaran, pembelian, penjualan dan pemasaran barang dengan melalui sistem elektronik seperti internet, televisyen atau lain2 media elektronik. E-dagang ini melibatkan pemindahan dana elektronik, pertukaran data elektronik, sistem pengendalian elektronik secara automatik dan sistem pengumpulan data secara automatik.
Dalam industri teknologi informasi melihat kegiatan e-dagang ini sebagai aplikasi dan penerapan dari e-bisnes (e-business) yang berkaitan dengan transaksi komersial, seperti: pemindahan dana secara elektronik, SCM (supply chain management), e-pemasaran (e-marketing), atau pemasaran online (online marketing), pemprosesan transaksi online (online transaction processing), pertukaran data elektronik (electronic data interchange /EDI), dan sebagainya.
E-dagang atau e-commerce merupakan bahagian dari e-business, di mana kumpulan e-business lebih luas, tidak hanya sekadar perniagaan tetapi merangkumi juga pengglobalan rangkaian, pelayan nisbah, peluang pekerjaan dan sebagainya. Selain sebagai teknologi jaringan internet, e-dagang juga memerlukan teknologi berdata atau pangkalan data (databases), e-surat atau surat elektronik (e-mail), dan kepelbagaian bentuk teknologi bukan komputer seperti dalam sistem pengiriman barang dan alat pembayaran untuk e-dagang ini.
E-dagang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1994 pada saat pertama kali banner-elektronik diguna pakai untuk tujuan mempromosi dan periklanan di sesebuah laman web. Menurut Riset Forrester, perdagangan elektronik menghasilkan penjualan berharga AS$12,2 milion pada 2003. Laporan yang lain pada bulan oktober 2006, pendapatan ritel online yang bersifat non-travel di Amerika Syarikat diramalkan mencapai seperempat trilion dolar US pada tahun 2011.
Sejarah Perkembangan
Istilah “perdagangan elektronik” telah melalui perubahan mengikut zaman. pada awalnya, perdagangan elektronik bererti pemanfaatan transaksi komersial, seperti penggunaan EDI untuk mengirim dokumen komersial seperti pesanan pembelian atau invoice secara elektronik.
Kemudian terus berkembang menjadi suatu aktiviti yang mempunyai istilah yang lebih tepat “perdagangan web” — pembelian barang dengan melalui World Wide Web melalui server selamat (HTTPS), protokol server khusus yang menggunakan enkripsi untuk merahsiakan data2 penting pelanggan.
Pada awalnya ketika web mula terkenal oleh umum, pada 1994 banyak penulis merakamkan bahawa e-commerce akan menjadi sebuah sektor ekonomi baru. Namun, sekitar empat tahun kemudian protokol keselamatan seperti HTTPS memasuki tahap matang dan banyak digunakan. Antara 1998 dan 2000, banyak bisnes di AS dan Eropah mengembangkan web perdagangan ini.
Kunci Kejayaan
Sesebuah perusahaan e-commerce boleh bertahan lama tidak hanya bergantung kepada kekuatan produk semata2, tapi dengan adanya kumpulan sistem pengendalian yang mantap, pengiriman yang tepat pada waktunya, pelayanan yang berwibawa, struktur organisasi bisnes yang baik, jaringan infrastruktur dan sistem keselamatan, laman web yang menarik juga beberapa faktor yang termasuk:
- Menyediakan harga yang sangat kompetitif
- Menyediakan cara pembelian yang mudah, cepat, dan ramah.
- Menyediakan informasi barang dengan cara yang lengkap dan jelas.
- Menyediakan banyak bonus seperti kupon, penawaran istimewa, dan diskaun.
- Memberikan perhatian khusus seperti penyusulan pembelian.
- Menyediakan forum komuniti untuk perbincangan, kemasukan data dari pelanggan, dan lain-lain.
- Mempermudahkan kegiatan perdagangan
Aplikasi Bisnes
Beberapa aplikasi umum yang berhubung kait dengan e-commerce adalah:
- E-mail dan Messaging
- Content Management Systems
- Dokumen, spreadsheet, database
- Akaunting dan sistem kewangan
- Informasi pengiriman dan pemesanan
- Laporan informasi dari pelanggan dan syarikat
- Sistem pembayaran domestik dan antarabangsa
- Newsgroup
- On-line Shopping
- Conferencing
- Online Banking
Kekurangan
- Penipuan dengan cara pencurian identiti dan penipuan pelanggan.
- Hukuman yang agak kurang berkembang.
Beberapa perusahaan yang terkenal dalam bidang ini antara lain: eBay, Yahoo, Amazon.com, Google, dan Paypal.
itulah skang ni sume dah mudah huh time nak bershopping dan nak byr bil2 pun dah mudah. Jadi masa bermasa familypun dah bertambah 🙂
.-= KakiJC´s last blog ..Jersey Bola Sepak WORLD CUP 2010-Ready Stock =-.
tul tu… tapi masih ader lagi yang kurang percaya tu macamana erk?
Sistem eCommerce penting untuk memudahkan pembelian secara online. Semuanya dilakukan oleh sistem. Jadi, kita hanya perlu mempromosikan laman eCommerce kita dan seterusnya menunggu emel untuk tempahan baru. Seronok berniaga dengan sistem eCommerce ni. 😀
.-= Fatin Pauzi´s last blog ..Facial Mask Shiseido =-.
Tul tu…Fatin, awak guna Niagakit kan… leh tahan performance tu… ingat nak guna gak aa satu masa nanti… huhuhu
Kan best kalo kita mengenali e-commerce secara serius pada awal tahun 2000-an, tp masa itu masyarakat Malaysia belum mempunyai kesedaran lg. Tp skrg dah ada rakyat malaysia yg bekerja sepenuh masa base on e-Commerce dimana gaji diterima melalui internet.
Apepun thanks for info yg menarik ini.
.-= aktechpage.com´s last blog ..5 Tips Berpasangan =-.
ye laaa masa tu pun zaman2 kegawatan… apapun kita kena ader inisiatif diri jugak untuk memulakan perniagaan ecommerce ni kan? kita sama2 kongsi maklumat tak derk hal bro…
Penjelasan yang cukup padat…Bagus untuk yang nak wat assignment ni =)
tak pe leh cedok kat sini… sama2 timba ilmu no hal bro…
copy paste..
tp kena mintak kebenaran dulu…
.-= ery´s last blog ..Ada Apa Dengan Petai? =-.
huhuhuhu… boleh2… sila2
Kemudahan telah tersedia tapi masih ramai yang kurang yakin untuk mempraktikkan dalam kehidupan seharian atau mungkin kurang pendedahan.
betul tu abang mezain, macam2 boleh digunakan dalam situasi alam maya ni… cuma nak tak nak je…
ecommerce mmg bagus dan mempercepatkan operasi, tpi… masalah kegemukan bertambaha la sbb ecommerce ni.. hehehe
.-= ery´s last blog ..Ada Apa Dengan Petai? =-.
mean? aku blur skit kenyataan ko ni… sori2
Really nice diagrams, thanks for sharing.