Sembang kuat

By | March 12, 2020

Sembang bisnes bukan main. Member jual lemang sebatang RM10 pun tak ‘support‘. Siap kutuk lagi kot belakang kata lemang kawan tu tak sedap. Makan pun belum sudah pukul canang.

Kalau betul kata mahu ‘support‘ bisnes member dan perjuangkan ekonomi orang Melayu, pergi beli dulu barang dagang dan jualan orang Melayu. Jika tak sedap atau tidak baik, tegur dengan hikmah, bukan cakap belakang.

Sembang bisnes bukan main. Bergegar meja bertepuk tampar. Bunyi angka semua juta-juta. Tapi jiran sebelah rumah dan kawan-kawan terdekat berniaga ‘haram’ dia tak pernah support. Takda ‘class‘ katanya. Sembang.

Support dulu sahabat handai dan jiran tetangga yang berniaga, baru boleh tepuk meja. Baru ‘gentle‘ bro.

Kredit nukilan: Ikram Al Banjari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *