Perkhidmatan internet percuma seperti wordpress.com dan blogspot adalah pilihan pengguna-pengguna baru untuk menceburkan diri dalam pembinaan laman web peribadi mahupun laman web syarikat-syarikat kecil. Ini mungkin disebabkan ianya mudah digunakan dan mempunyai publisiti yang sangat meluas, lebih-lebih lagi ramai yang telah meletakkan tutorial bagaimana cara untuk menggunakannya.
Dengan inisiatif komuniti Drupal, kini kita boleh membina laman web portal yang selamat secara percuma. Aquia adalah sebuah syarikat di bawah penyeliaan pencipta Drupal dan telah membina laman web portal percuma menggunakan perisian CMS Drupal yang dikenali sebagai Drupal Gardens.

Kita tidak perlu untuk membayar nama domain dan penghosan untuk sebuah laman web. Dengan pelantar menggunakan Drupal 7 versi terkini kita sudah mampu memiliki sebuah laman web portal percuma dan selamat.
Saranan aku kepada yang ingin mengenal Drupal ataupun mana-mana perisian pengurusan laman web lain janganlah lepaskan peluang untuk mencuba dan membiasakan diri secara online. Kita tak akan tahu selagi kita tak mencubanya sendiri.
Kelebihan yang ada pada Drupal Gardens ini ialah kebenaran kita membina laman web portal seakan-akan penggunaan Drupal yang telah dipasang secara manual. Modul-Modul yang telah diletakkan juga sudah lebih daripada cukup untuk dimanfaatkan oleh pengguna-penggunanya. Menariknya tidak perlu tahu sebarang koding untuk pengubahsuaian template yang digunakan melainkan korang sudah expert dengan koding dan itu juga dibenarkan. Jom terjah web portal percuma Drupal Gardens!

Contoh laman web portal dari Drupal Gardens
Pengukuran personaliti kerjaya? Bagaimana ianya ditentukan?

1. Kesenian (Artistic)
Mereka yang berada di kelompok ini memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan berinovasi. Juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam situasi tidak atau kurang berstruktur. Dalam ertika “bebas” kerana tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya kreativiti.
2. Konvensional / Kelaziman (Conventional)
Suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dam kemahiran dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
3. Berdaya Usaha (Enterprising)
Mereka ini amat suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang lain juga mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
4. Siasatan (Investigative)
Mereka ini biasanya amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta berkamahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal.
5. Realistik (Realistic)
Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat bekerja di dalam situasi out door berbanding di dalam pejabat.
6. Sosial (Social)
Mereka ini juga suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat, terutamanya adalah membuat kebajikan.

Botani dirujuk mengenai sebuah kajian berbentuk saintifik mengenai tumbuhan yang meliputi tumbuhan biasa, algea, fungus, lumut, ‘mosses’, paku pakis, konifer (conifers) dan tumbuh-tumbuhan berbunga. Adakah korang tahu bahawa sains botani merangkumi bidang yang sangat luas dan dapat dipecahkan kepada lebih daripada 17 cabang sains yang berlainan? Saintis botani ini kerap dirujuk sebagai ahli biologi tumbuhan.
Sebagai contoh, kajian spesis-spesis yang dijalankan oleh ahli-ahli botani yang berminat dengan struktur ekologi, mengkaji interaksi tumbuhan dengan organisma-organisma tertentu dan juga alam sekitar.
Antara bidang kajian ahli botani ini adalah:
- Mengkaji spesis-spesis baru dan juga menjalankan uji kaji untuk mengkaji bagaimana tumbuh-tumbuhan itu tumbuh dalam keadaan berbeza.
- Ada juga yang menggunakan mikroskop untuk memperincikan kajian struktur-struktur sesuatu tumbuhan
- Ada sebagai pengkaji hanya kepada struktur tumbuhan-tumbuhan dengan melakukan kerja lapangan hanya dengan tumpuan kepada corak pertumbuhan sesuatu tumbuhan.
- Ada yang menjalankan sesebuah kajian itu dan menukar bahan kimia yang mudah kepada bahan kimia kompleks semata-mata untuk menentukan bagaimana sifat sesuatu tumbuhan itu.
- Mengkaji bagaimana informasi genetik dalam DNA mengawal perkembangan sesuatu tumbuhan.
Kajian-kajian yang mereka lakukan adalah sangat penting kepada manusia sejagat, antaranya adalah kerana ia dapat meningkatkan dan membaiki bekalan perubatan, makanan, fiber, bahan-bahan binaan dan sebagainya daripada hasil tumbuhan. Maka dengan itu peranan ahli botani ini terlalu penting dalam memberi sumber maklumat tentang bagaimana pengekalan dan pemuliharaan hutan, taman dan persekitaran boleh dilakukan.
Antara pengkhususan dalam bidang Sains Botani:
- Anatomi – Ia berkaitan tentang struktur mikroskopik tumbuhan (sel dan tisu).
- Biokimia – Ianya meliputi pelbagai aspek pemprosesan kimia dalam kehidupan tumbuhan.Termasuklah penghasilan kimia oleh tumbuhan (phytochemistry).
- Biofizik – Pengaplikasian fizik kepada proses hidup tumbuhan.
- Sitologi (Cytology) – Struktur, Fungsi dan sejarah hayat sel tumbuhan.
- Ekologi – Adalah antara perhubungan tumbuhan dengan persekitaran baik secara individu ataupun berkelompok.
- Genetik – Variasi dan asal usulnya tumbuhan itu. Pengkajian gen dan fungsinya dalam tumbuhan dilakukan oleh ahli genetik.
- Biologi Molikuler – Pengkajian fungsi dan struktur biologi molikul makro, termasuk biokimia dan aspek molikul sesuatu genetik.
- Morfologi (Morphology) – Pembetukan makroskopik tumbuhan. Kajian evolusi dan perkembagan daun, akar dan batang dilakukan oleh ahli morfologi.
- Fisiologi – Kajian tentang fungsi dan pemprosesan utama tumbuhan. Sebagai contoh,Fotosintesis dan zat galian adalah subjek yang antaranya dikaji.
- Paleobotani – Mangkaji berkenaan biologi dan evolusi fosil tumbuhan.
- Ekologi Sistem – Model yang digunakan adalah berbentuk matematik bagi menjelaskan konsep tertentu seperti kitaran zat makanan.
Antara pengkhususan bidang Sains Botani dalam bidang organisma:
- Briologi – Mengkaji berkenaan lumut dan juga tumbuhan yang seumpamanya. Aspek identifikasi, klasifikasi dan ekologi turut dikaji.
- Lichenology – Bilogi lichens adalah organisma yang terdiri daripada fungus dan alga.
- Mikologi (Mycology) – Biologi fungus. Fungus sebenarnya mempunyai kesan yang besar terhadap dunia kita. Ia penting dalam biosfera, ianya dapat membantu mengitar semula bahan organik mati. Malah ada beberapa fungus yang penting kerana menjadi pengeluar utama kepada hasil biologi seperti vitamin dan antibiotik.
- Mikrobiologi – Kajian mengenai organisma mikro. pengkhususan dalam bidang organisma di lakukan oleh Ahli organisma mikro sepertimana ahli mikrobiologi yang mengkaji bakteria.
- Pteridology – Mengkaji mengenai paku pakis dan tumbuhan seumpamanya. Ahli pteridologi mengkaji semua aspek biologi paku pakis.
- Phycology – Kajian mengenai algae, adalah merupakan asas rantaian makanan dalam persekitaran ekuatik. Juga dikenali sebagai ahli botani marin.
Antara ahli botani Islam yang terkenal adalah:
- Abu Hanifah Ahmad ibn Dawud Dinawari ataupun dikenali sebagai al-Dinawari (828–896) rujuk: al-Dinawari
- Ibn al-Baytar al-Malqi, Diya Al-Din Abu Muhammad ‘Abdllah Ibn Ahmad juga dikenali sebagai al-Baytar (1248) sila rujuk: al-Baytar
- Abu Abbas Ahmad Ibn Muhammad Ibn Mufarraj di kenali sebagai al-Nabati (1165-6 atau sekitar 1171-72) boleh rujuk: al-Nabati

Dr. Konstantinos (Costa) Karatzas
Saintis, Dr. Konstantinos (Costa) Karatzas daripada Research Institute McGill University Health Centre, Montreal, Canada yang bertanggungjawab membuat penyelidikan mengenai penghasilan sutera labah-labah daripada susu kambing. Untuk pengatahuan, sutera labah-labah ini sebenarnya telah memberikan sumbangan besar dalam bidang perubatan kerana ia dapat menghasilkan benang jahitan pembedahan dan ligamen palsu untuk tubuh manusia yang bersifat organik.
Bahan fiber ini bukan sahaja boleh digunakan didalam bidang perubatan seperti mikro struktur,benang jahitan bagi pembedahan, ligamen tiruan, dan pembuatan tekstil malah ia juga boleh dijadikan peralatan kejuruteraan dan tali tangsi serta raket.
Kekuatan lembaran sutera labah-labah yang telah dipintal setebal mata pensel mampu menghentikan sebuah pesawat Boeing-747 yang sedang bergerak kerana mempunyai daya serapan tenaga kinetik yang sangat tinggi. Sutera labah-labah digelar sebagai bio besi kerana ia adalah 7 kali ganda lebih kuat dari besi dengan mempunyai beberapa ciri unik seperti kukuh, teguh, tahap regangan yang tinggi serta tahan kepada impak besar. Maka Tidak hairanlah jika fabrik yang diperbuat daripada sutera labah-labah ini telah digunakan dalam penghasilan baju kalis peluru.
Dengan menggunakan spesies labah-labah dari Florida dan kambing baka dari Afrika Selatan, kajian ini menunjukkan kejayaan penghasilan sehingga 0.5 hingga 6 gram sutera bagi satu liter susu bergantung kepada labah-labah yang digunakan. Dr. Konstantinos telah menjalankan kaedah genetik iaitu gen bio besi daripada labah-labah dimana kelenjar mamari kambing akan bertindak memproses sebagai pemintal sarang labah-labah yang berupaya menghasilkan sutera.Kaedah suntikan ini dilakukan ke dalam sperma kambing supaya darahnya berupaya mengandungi molekul bio besi. Setelah beberapa tahun, susu kambing itu akan diekstrak untuk mengeluarkan bio besi melalui beberapa proses sebelum ditukarkan kepada bentuk fiber.
Sutera yang diekstrak daripada susu kambing itu menjadi resolusi kepada masalah semula jadi labah-labah yang susah untuk dibiakkan kerana ia akan berbunuhan sesama sendiri untuk menguasai kawasan. Namun begitu tidak timbul perubahan genetik kambing dengan memberi analogi nyawa seorang kanak-kanak yang memerlukan rawatan sepatutnya lebih penting daripada kambing.
Perbankan adalah hasil daripada kata terbitan “bank” yang berasal daripada perkataan Itali iaitu “banko” yang bermaksud kepingan papan tempat meletak buku atau sejenis meja iaitu “bench”.
Definasi bank juga diistilahkan sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan menerima pertukaran bil. Qamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam pula menyatakan bank adalah sebagai pusat untuk meletakkan harta bagi tujuan pekerjaan tertentu di bawah penyelenggaraan yang khusus.

Manakala Perbankan Islam, didefinasikan sebagai perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan etos Islam. Dengan erti kata lain, ia merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank khususnya kepada umat Islam yang berlandaskan syarak. Ini bermakna, perbankan Islam bermaksud pelaksanaan operasi perbankan yang berlandas prinsip yang ditetapkan Islam. Ia juga merupakan instisusi kewangan yang berobjektif untuk mengimplementasikan prinsip ekonomi dan kewangan Islam dalam arena perbankan.
Sistem Perbankan Islam (SPI) adalah merupakan alternatif kepada kewangan yang menjuruskan kepada individu yang tidak mahu melibatkan diri dengan amalan perbankan yang berasaskan riba ia penting di dalam sistem kewangan di Negara kita (Malaysia) selain perbankan yang berkonsepkan konvensional.
Apakah Sistem Perbankan Islam?
Berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).
Pematuhan Prinsip Syariah
Kesemua bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain daripada itu, Majlis Penasihat Syariah iaitu badan tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperolehi bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan. Ahli-ahli jawatankuasa Syariah dan Majlis Penasihat Syariah kebanyakannya terdiri daripada para cendiakawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.
Konsep Syariah Dalam Perbankan Islam
Konsep asas Syariah dalam perbankan Islam adalah terdiri daripada perkara berikut:
1. Wadi’ah (Simpanan)
Wadi’ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai manah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau asset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggannya.
Mekanisme operasi Wadi’ah adalah seperti berikut:
- Kita mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan kepada kita.
- Kita boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
- Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.
- Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit.
2. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untukmenjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah ini boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialamai akan ditanggung oleh pemilik modal.
Mekanisme operasi Mudarabah (Perkongsian keuntungan) adalah seperti berikut:
- Kita menyediakan dana kepada bank setelah setuju dengan terma dalam perjanjian Mudarabah.
- Bank melaburkan dana ke dalam asset atau usaha niaga yang dipersetujui.
- Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.
- Keuntungan akan dikongsi di antara kita dengan bank berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui.
Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai asset/pelaburan dan seterusnya amaun dana yang telah kita laburkan di bank.
3. Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)
Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh beserta dengan satu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.
Mekanisme Bai’ Bithaman Ajil (Penjualan dengan harga tertangguh)
- Kita memilih suatu asset yang dibeli.
- Kita mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli asset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.
- Bank membeli asset tersebut daripada pemilik secara tunai.
- Bank menjual asset itu kepada kita dan menyerah hak milik asset kepada kita pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.
- Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang dipersetujui.
4. Murabahah (Kos tambah)
Seperti BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar asset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.
5. Musyakarah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyakarah merujuk pada perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperole akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkannisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi berdasarkan isbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.
6. Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat:
- Kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan)
- Kontrak Bai’ (Jual beli)
Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul.
Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ adalah seperti berikut:
- Kita memilih kereta yang ingin dibeli.
- Kita memohon pembiyaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.
- Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.
- Penjual kereta member hak milik kereta kepada bank.
- Bank memajakkan kereta tersebut kepada kita.
- Kita membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.
- Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada kita pada harga yang telah dipersetujui.
7. Wakalah (Agensi)
Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus.pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas khidmatnya. Contohnya, seseorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.
8. Qard (Kontrak hutang)
Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walaubaaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada peminjam.
Contohnya: Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM 5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard dan akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM 5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.
9. Hibah (Ganjaran)
Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada menfaat yang diterima. Contohnya, dalam simpanan yang beroperasi di bawah Wadi’ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan Wadi’ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin mebuat simpanan mereka di bank. Terdapat persoalan lazim dikemukakan oleh perseorangan atau kumpulan mengenai perbankan Islam ini.
Persoalannya:
Adakah perbankan Islam hanya untuk orang Islam sahaja?
- Tidak. Perbankan Islam adalah untuk semua individu tanpa mengira kepercayaan agama mereka.
Apakah perbezaan perbankan Islam dengan konvensional?
- Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan konvensional ialah perbankan Islam berlandaskan Syariah. Perbankan Islam juga mesti mengelak aktiviti riba’, gharar (ketidakpastian yang berlebihan), perjudian dan penipuan. Sebagai contoh, di dalam kes pembiayaan, sebagai ganti kepada caj faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan yang diberikan institusi perbankan Islam sebaliknya menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak musyakarah atau perkongsian untung rugi.
Bagaimana bank Islam dan SPI member ganjaran kepada penyimpan sedangkan pembayaran faedah tidak dibenarkan?
- Dalam syariat, terdapat banyak cara untuk berkongsi keuntungan di antara bank dan pelanggan. Contohnya, dalam produk deposit, bank dan pendeposit akan berkongsi keuntungan berdasarkan nisbah yang dipersetujui dan dibayar sebagai dividen. Bank dibenarkan untuk member hibah (ganjaran) kepada pendeposit sekiranya ia bersesuaian.
Glosori:
Gharar: Unsur penipuan atau keadaan ketidakpastian yang boleh membawa kepada pertelingkahan kontrak. Suatu elemen yang mesti dielakkan di dalam perjanjian perbankan Islam kerana Gharar yang berlebihan akan membuat kontrak menjadi batal dan tidak sah.
Riba’: Amaun yang dibayar atau diterima melebihi principal dalam kontrak pinjaman.
Syariah: Undang-undang Islam yang berteraskan pelbagai sumber seperti Al-Quran, Hadis, As-Sunnah, Ijma’ (pandangan yang dipersetujui secara kolektif oleh ulama Syariah), qiyas (analogi) dan ijtihad (pendapat para mujtahid).
Subscribe to Blog via Email
Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.
Archives

