kesalahan Usahawan pada awal permulaan perniagaan

By | December 14, 2009

usahawan

Hari ni aku nak tukar sikit cerita. Korang minat ke dalam bidang perniagaan? Mesti minat kan? Tak kiralah sesiapa pun atau sesetengahnya manusia ni kalau boleh nak berniaga sendiri. Bebas segalanya… ye kan? Walau apa sekalipun ilmu yang cukup juga amat penting,bagi akulah. Aku adalah salah seorang subcriber Dr.Irfan Khairi. Aku suka mendengar program2 usahawannya. Selain daripada beliau ada banyak lagi yang bagus2. Setiap email beliau aku baca, simpan dan mengamati segala azimat2 nak jadi usahawan ni. Aku tertarik dengan tips beliau iaitu:

10 tips kesalahan Usahawan pada awal permulaan perniagaan

1. Perniagaan yang terlalu umum – Perniagaan hendak dibuat terlalu umum, contoh berniaga makanan. Pastikan dalam perniagaan adalah perlu memberikan specifik jenis perniagaan makanan seperti nama2 makanan tertentu. Contohnya: Sate, Nasi Ayam, Sup dan lain2.

Aku rasa ini bab yang susah. Kadang2 banyak sangat memikirkan perniagaan apa yang patut nak dibuat dulu. Banyak sangat idea. Lupa pulak dengan perkara ni…

2. Mesti ada perancangan – Setiap Perniagaan yang ingin dilaksana perlu ada perancangan yang teliti iaitu perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang serta perlu mempunyai hala tuju yang tepat.

Ni kena bersedia dengan time table, structure perjalanan perniagaan dan lain2.

3. Jangan membazir masa pada sesuatu yang tidak perlu.

huhuhuhu… ni paling banyak orang buat… tapi kalau nak release tension sesekali apa salahnya. Asyik mengadap benda yang sama boleh mendatangkan stress… dah penyakit lain pulak dapat…

4. Pada permulaan perniagaan jangan mencari atau menunggu peluang yang besar sahaja, pastikan ikut kemampuan. Ambillah peluang yang ada walaupun kecil daripada menantikan peluang yang besar tapi akhirnya tidak mendapat apa-apa keuntungan.

Jangan nak berkira dengan peluang, mana jumpa atau dapat ambik sahaja…

5. Dalam Zaman internet adalah cara yang bagus untuk mempromosi dan meluaskan perniagaan kita. Caranya membuat website perniagaan tetapi pastikan dengan cara yang betul. tidak perlu membelanjakan kos yang mahal untuk membuat website perniagaan.

–  Aku amat setuju, bagi aku peringkat globalisasi era baru dengan jaringan internet setiap perniagaan harus ada dan perlu menggunakan website sendiri. Adalah kerana untuk kepercayaan dan keyakinan pelanggan dan sekitarnya, sekiranya ada pelabur yang berminat, kan dah dapat peluang. Pelabur tu datangnya dari pelanggan sendiri… ha macamana?

6. Sekiranya membuat flyer, Pastikan tempat yang hendak diletakkan sesuai dengan perniagaan. Contohnya: Perniagaan makanan ringan, oleh itu haruslah meletakkan flyer itu tadi di sekitar kedai2 makan, restoran dan sebagainya.

Aku paling tak suka kalau orang tebar flyer yang tak patut kat masjid. Lebih2 lagi waktu sembahyang jumaat. Nampak gempak bila aku perati, tapi aku campak aje (kat tong sampah)… maaf ye…

7. Percaya pada diri sendiri. Buat sesuatu mengikut perancangan dan juga kemampuan diri.

Ni juga penting . Kalau tak percaya diri sendiri siapa yang nak percaya kita lagi… buat ikut kemampuan jangan buat ikut sedap sendiri ye…

8. Jangan berhenti membuat pemasaran bagi perniagaan yang dijalankan. Ini adalah satu kesilapan besar sewaktu permulaan perniagaan. Kunci utama pemasaran adalah pengulangan supaya orang sentiasa ingat dengan perniagaan kita.

Pemasaran yang berulang ni aku bagaikan ibarat iklan yang tak henti2… iklan itu penting, kalau tak ada iklan siapa yang kenal kita?

9. Motivasi diri sendiri. Jangan mudah lemah semangat.

wake-up, wake-up… berniaga bukan bercintan-cintun erk… cintakan perniagaan sendiri tak apa jugak…

10. Kita selalu sangka orang lain akan membuat kerja kita. Itu adalah salah! Sebenarnya apa yang mereka buat itu adalah untuk diri mereka sendiri bukan untuk kita. Selain itu sekiranya kita meniru cara orang lain, kita akan dapat seperti apa yang mereka dapat.

Ini sendiri mau ingat…

* tips ini juga telah ditulis di dalam majalah usahawan.

6 thoughts on “kesalahan Usahawan pada awal permulaan perniagaan

  1. brenda

    saya memang ingin membuka bisnes reload phone…ingin sangat…saya memang minat membuka perniagaan..tapi,, tidak tahu dari mana nak dapatkan modal untuk membuka perniagaan sedangkan saya bukan kerja kerajaan untuk meminjam pada pihak bank..

    Reply
    1. hazlan Post author

      wah… satu kehendak yang sangat baik tu… modal memang satu masalah jika ingin berniaga… paling mudah guna cara dari bawah… bekerja dengan orang lain, kumpulkan modal, berniaga secara kecil2an / sambilan, pada masa yang sama kumpulkan duit… walaupun lama rasanya agak berbaloi.. itulah yang aku buat selama ni… cuma disiplin diri kena ketat… sekadar bagi pendapat…

      Reply
    2. Azri Othman

      Dulu saya pernah berniaga prepaid, memang perlu modal yang besar sikit sebab nak bank in duit dulu.
      As a student, sy just guna 1/3 drpd duit pinjaman ptptn utk 1 sem utk modal permulaan. balik modal memang kejap je sebab berniaga kat kolej (pembeli ramai)

      Kalau takde modal besar boleh try cara kedua ni..
      Pegi beli topup kat 7e, tak kesah yg harga berapa pun. beli banyak2.
      Contoh beli yg harga RM5. beli 10 keping. 5 keping maxxxis, 5 keping sialkom. then cas 20 sen utk setiap jualan semula. so, dapat la untung RM2 utk setiap 10 keping.

      Reply
      1. hazlan Post author

        kepelbagaian cara adalah baik… yang penting ada pelanggan tertarik..

        Reply
      2. usry

        Satu idea yang bags. Patut dipraktiskan oleh student U. Jangan asyik minta dari mak ayah aje.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *