mengenali apa itu open source?

By | December 12, 2009

opensource-logo

hahaha… ini peringkat sederhana nak faham ni. Korang pernah dengar kan perkataan Open Source ni? Ada yang tau dan ada yang tak tau apa itu Open Source? Tak kisahla biar aku kongsikan dengan korang. Tak salah kan?

Pengertian Open Source kalau kata melayunya sumber terbuka. Secara terangnya adalah perisian sumber terbuka. Source di apdatasikan maksudnya secara teknikal adalah penyusunan suatu perisian. Jadilah penyusunan suatu perisian dengan menggunakan sumber secara terbuka.

Open Source ni juga membenarkan kita mengatahui penyusunan suatu software didalamnya dan kita bebas menggunakan, mengembangkan, menyebarluaskan atau mengendali aplikasi tu tanpa membayar sebarang license kepada penbuat aplikasinya.

Open Source software

Jadi rasanya korang dah faham kan? Kalau korang masih lagi tak faham buat2lah faham ye… Open source software ni pulak adalah perisian yang membuka atau membebaskan source kod didalamnya untuk dilihat dan diketahui oleh sesiapa hasil kerja2 perisian tersebut. Dengan cara ini ianya bolehlah memperbaiki apa juga kesalahan atau kekurangan pada perisian tersebut.Itulah yang menariknya tak payah nak beli license! software2 ni boleh di download kat internet. Melambak tu

Konsepnya mudah saja, ia akan membuka “source code” dari sebuah software, dengan mengatahui logic yang ada pada kod sumber. Maka sesiapa boleh membuatnya semula supaya menjadi peringkat terbaik yang sama fungsinya. Ianya tidaklah harus terlalu hebat. Tapi mantap.

Definasi sebenar open source (OSD:Open Source Definition) sebenarnya adalah:

Free Redistribution
• Source Code
• Derived Works
• Integrity of the Authors Source Code
• No Discrimination Against Persons or Groups
• No Discrimination Against Fields of Endeavor
• Distribution of License
• License Must Not Be Specific to a Product
• License Must Not Contaminate Other Software

Dengan adanya aplikasi terbuka “Open Source” ni memang sangat2 diperlukan dalam jaringan ni. Biasanaya Open source ini akan diambil melalui internet dan kemudianya digunakan oleh sesiapa sahaja dan pada yang expert akan memperbaiki atau menambah baik jika ada apa sahaja kekurangan atau kesalahan. Hasilnya akan disebarkan semula melalui sumber terutama iaitu internet dan begitulah seterusnya dan pusingan demi pusingan yang sama akan berlaku. Oleh sebab itulah open source software akan terus berkembang dan tak mungkin akan ketinggalan zaman.

Dari segi keselamatan pula, ianya boleh dikatakan selamat. Bagi aku yang berlesen akan dikhianati oleh hackers si penggondam. Dengki pasal kena bayar. Itulah mungkin sebabnya open source agak selamat, pasal kita boleh mengenal pasti dan menjejaki kod2 perintah didalamnya. Lagipun yang percuma ni buang masa jek nak letak sebarang virus. Kalau bukan kita, ada org lain yang pro akan mudah menjejaki.

kat bawah ni adalah contoh2 open source software:

– PHP
– MySQL
– Linux
– Apache (web server)
– perl
– fetchmail
– dan banyak lagi

Open source lahir untuk satu kebebasan berkarya, tanpa ada kesempitan berfikir dan sentiasa mengungkapkan apa yang diinginkan dengan menggunakan pengatahuan dan menjadikannya satu aplikasi yang sempurna. Kebebasan ni adalah pertimbangan utama apabila dilepaskan kepada umum. Komuniti yang lain bebas untuk mengatahui, belajar, memperbaiki dan macam2 lagi. Kebebasan ni biasanya adalah atas rasa tanggungjawab bersama. Habis korang berminat ke?

Korang boleh tengok diagram open source software developer ni: http://accuracyandaesthetics.com/651

30 thoughts on “mengenali apa itu open source?

  1. diden

    aku suka open source ni.. sama macam OS Ubuntu, semua open source memang smart, skrang ak duk ikuti forum mcm Ajax, Asp.net dan Aution Script

    but still learning…

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… menarik sangat tu diden, mula2 dok usha dulu pas tu mana tau ko akan menjadi pereka open source yang hebat pulak, Insya-Allah.

      Reply
  2. farahaznil

    jap..keliru suda dgn open source…adakah open office salah satu senarai dlm open source??cets……tak khatam lagi buku comp. si farahaznil ni lg rupanya..hehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      farahaznil, ya betul open office juga salah satu dari senarai open source… Browser Mozilla Firefox juga open Source… kalau nak diikutkan tak tersenarai banyaknya open source ni… huhuhu pelan2 belajar…

      Reply
        1. hazlan Post author

          aku ada tulis ” Pengertian Open Source kalau kata melayunya sumber terbuka. Secara terangnya adalah perisian sumber terbuka. Source di apdatasikan maksudnya secara teknikal adalah penyusunan suatu perisian”. Linux juga dikategorikan salah satu open source.Jadilah penyusunan suatu perisian dengan menggunakan sumber secara terbuka” .. mau panadol?

          Reply
    1. hazlan Post author

      hebatnya sama juga dengan yang berbayar.. kena pandai pilih dan cari je

      Reply
  3. Ali ridha

    kita dah terbiasa guna
    Windows,Adobe ,microsoft office
    autocad dan sebagainya.
    jadi sukar la nak beralih
    ke perisian lain dalam masa terdekat.

    Reply
    1. hazlan Post author

      dah terbiasa, masalahnya sekarang ni microsoft pun support kerajaan bagi penggunaan lebih berleluasa… siap nak bukak U lagi kat sini… ish2

      Reply
  4. nur farah syahira

    nk tau pe perbezaan antara open source operating system ngan licensed OS…???

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh tu open source tu sumber terbuka dan ianya percuma…. coding software2nya boleh di baca dan diedit oleh sesiapa sahaja kat bumi ini untuk memperbaiki tahap kecekapannya… dan sentiasa mempunyai versi yang berubah-ubah dan terkini… contohnya browser mozilla firefox dan vlc media player yang boleh memainkan apa sahaja applikasi video… dan yang ada lesen, koding softwarenya hanya untuk syarikat yang mengeluarkannya… walaupun ada versi terkini tapi agak perlahan… contohnya browser Internet Explorer dan window media player, kalau nak window media player boleh main semua applikasi kena la bayar… rasanya aku pernah jelaskan kat sini tentang perkara ni …

      Reply
  5. Omar

    aku ade soalan….soalan aku cmnie…apew beza antra freeware,open source ngan proprietary software…tolong bgi skali contoh dan anologi skali yer….

    p/s :pertolongan anda amat sy hargai

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuh.. banyak nak kena gondah tu… kalaulah jadual aku tak ketat boleh sahaja nak membantu… struktur kerja harian, aktiviti keluarga dan anak2,kursus2,projek2 luaran,client2… rasanya cari info tu di http://melayubuntu.blogspot.com di ruangan download ebook dia… semuanya sudah dinyatakan kat situ…

      Reply
  6. una

    macam mane nak memahami open source nih dengan lebih memdalam.??atau ada contoh soalan x yg boleh saya buat sebagai latihan

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuh.. open source ni luas… dan amat banyak… contohnya linux distro macam ubuntu, mandriva; software2 macam GIMP, Blender dan macam2 lagi… erm nak buat soalan pun berdasarkan tu je ok la kot… kalau nak buat latihan tertakluk jenis open source mana yang kita minat… sebab memang banyak dan amat luas…

      Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu.. linux tu adalah sistem pengoperasian, macam windows dari microsoft. cuma kod yang digunakan berbeza dari windows dan yang penting ianya pengoperasian sistem pengoperasian terbuka, sesiapa sahaja boleh edit kod2nya… linux banyak versi… antaranya ubuntu, fedora, linux mint dan macam2 lagi, ada beratus-ratus jenama linux ni…

          Reply
  7. Nine

    Seronok guna Linux Ubuntu skrg. GUI open source cantik2. bro, macam Fedora tu kita kena download n burn iso ker ? takde cd yang boleh kita ship it mcm Ubuntu dulu ?

    Reply
    1. hazlan Post author

      tak pernah langgan fedora guna ship.. penah try dulu tapi tak lepas…. so burn je guna iso… aku ada fedora 14 je yang dah burn… linux memang best.. tapi org umah tak reti nak pakai… anak2 aku guna linux ubuntu je sekarang ni… sekadar main game bebudak online je….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *