Inovasi baru menggantikan penggunaan generator set

By | October 16, 2019

Inovasi baru untuk peniaga pasar malam. Alternatif baru daripada penggunaan generator set atau genset yang menggunakan minyak ini adalah jauh lebih baik, murah, ringan, dan mesra alam. Aspirasi yang di ilhamkan dengan penggunaan bateri kereta. Mohd Feroz Zainal adalah seorang peniaga pizza foodtruck pasar malam yang telah mencipta Battery Pack 13.

Tanpa sebarang pengalaman, kepakaran dan juga peralatan yang cukup, beliau mulakan langkah pertama dengan membina kotak bateri mudah alih. Ideanya ialah mencipta bateri dalam bentuk kotak mudah alih dan dimuatkan dengan soket 3 pin yang sesuai digunakan oleh peralatan eletrik konvensional. Biasalah, percubaan pertama tidak selalunya sempurna. Wayar berselerak, susunan tidak teratur, pemasangan longgar dan macam-macam lagi. Tapi ideanya berjaya dihidupkan dan bateri ini mampu berfungsi dengan baik.

Namun begitu, di kesempatan masanya beliau masih mencuba menambah baik baterinya. Langkah selanjutnya, beliau bertindak lebih proaktif dengan mendapatkan bantuan rakan-rakannya yang lebih mahir dalam selok-belok bidang elektrik dan elektronik. Dengan khidmat nasihat itu, bateri yang direkanya lebih tersusun dan stabil. Dengan versi yang lebih baik dari sebelumnya, beliau telah menggunakan bateri ini selama tiga tahun.

Ciptaannya ini telah memenangi anugerah Mainstreaming Grassroots Innovations (MaGRIs) 2018 yang di anjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Sejak daripada itu jauh lebih baik dari sebelumnya. Malah fungsi turut bertambah dengan meletakkan lampu yang siap dipasang pada bateri tersebut. Malah, soket UBS untuk mengecas telefon turut dimuatkan juga oket UBS untuk mengecas telefon.

Maka, sesiapa sahaja sebenarnya boleh menjadi inovator walaupun tidak ada kepakaran dalam bidang tertentu. Yang penting Idea dan kemahuan, disitu ada jalan. Beliau wajar dijadikan inspirasi kepada semua orang untuk berinovasi dalam menyelesaikan masalah seharian di samping menjana pendapatan tambahan.

Informasi Produk:-

Nama : Battery Pack C13
Berat : 6.25KG
spesifikasi : 12 Volt DC, 3 LED Bulbs, 2 Amp Pengecas dan 2 USB Ports
Karaktor: Boleh dicas semula sehingga 2,000 kali, bersamaan ke 2,000 malam (8 jam semalam)

 

Bolehlah singgah ke laman-laman berikut kalau korang berminat nak membeli ataupun lain-lain perkara:

https://www.facebook.com/watch/batterypackc13
https://www.ferozztech.com/
https://www.facebook.com/BattPack-C13-718280441700960

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *