
Martin Cooper
Bermacam-macam jenama produk telefon bimbit semakin bercambah dengan kepelbagaian fungsi aplikasi yang canggih pada zaman teknologi ini. Ada orang yang tak boleh lekang daripadanya. Namun begitu adakah kita tahu akan sejarah terciptanya telefon bimbit ini? Siapa pencipta telefon bimbit? Mungkin sesetengah daripada kita ada yang sudah tahu dan ada sesetangah daripada kita yang ingin tahu. Di ruangan ini aku kongsikan sedikit kronologi ciptaan telefon bimbit yang kini menjadi satu keperluan dan kegilaan manusia sejagat.
Siapa pencipta telefon bimbit?
Telefon bimbit yang pertama terhasil pada tahun 1973 di mana Martin Cooper individu yang bertanggungjawab mencipta dan menghasilkan telefon bimbit ini. Beliau mengambil masa selama sepuluh tahun baru ramai yang mula menerima telefon bimbit berada di pasaran.
Kronologi ciptaan telefon bimbit
- 1973 – Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan yang pertama mula dilancarkan di negara Jepun oleh NTT.
- 1973 – Data Telecommunication System (Datel / Sistem Telekomunikasi Data) telah diperkanalkan.
- 1973 – Telefon bimbit Motorola Dynatac 800X telah dihasilkan, waktu itu saiznya agak besar dan berat. Harganya adalah mahal sekitar AS4,000.00. Dengan menggunakan telefon bimbit Motorola DynaTAC 800X juga pada 3 April 1973 adalah tarikh keramat dimana panggilan pertama telefon bimbit dibuat oleh penciptanya sendiri iaitu Martin Cooper.
- 1985 – ATUR, sistem telefon tanpa wayar pertama diperkenalkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM).
- 1993 – Nokia hadir dengan telefon bimbit pertamanya dengan memperkenalkan fungsi panggilan dan sms.
- 1988 – Celcom Malaysia Sdn. Bhd mula ditubuhkan dibawah nama STM Cellular Communications Sdn. Bhd adalah syarikat yang pertama menyediakan perkhidmatan mobil berdasarkan GSM.
- 1988 – Bluetooth mula diperkenalkan pada pasaran dunia dimana pengguna menggunakan telefon bimbit dengan “hands-free“.
- 2005 – Penggunaan nada dering berdasarkan lagu dari selebriti pilihan semakin meluas diseluruh dunia.
- 2007 – Tarikh keramat dimana iPhone telah dilancarkan dengan perisian teknologi sentuhan dan kepelbagaian aplikasi baru dan hebat.
masih ingat lagi zaman brother gua pakai hp motorola botol air , sesuai sangat buat main baling – baling haha
huhuhu…seronok kan…
Macam ni kisahnya..belum ada rezeki lagi nak mencuba gadget terbaru..hehe
insya Allah lambat laun ada tuh…. manalah tau hasil berblog…
diam tak diam dah 40thn hphone wujud. besar sumbangan Martin Cooper pada era hp.
lama gak tu… dekat setengah abad dah… nama beliau tenggelam nama jenama sentiasa terserlah…
diam tak diam dah 40tahun evolusi hp, besar jasa Martin Cooper dalam industri hp.
teringat zaman sekolah dulu arwah ayah guna telefon ATUR. dah rasa hebat dah masa tu hehe
huhuhu… kenangan yg indah tu…
ohh..macam itulah rupanya kronologinya..tak pandai aku nak cari.
huhuhu… gitulah adanya… blog earncent tak leh nak komen la bro… masih dalam pembaikpulihan lagi nampak gayanya tu?
Teknologi, makin lama makin hebat. Entah apa lah yg sedang manusia hasilkan skg?
huhuhu.. itu baru ilmu sebesar zarah. kalau seluas lautan? Masha Allah…
handphone pertama beli dulu sangat mahal dan tiada prepaid..sekarang pun ada yang masih mahal terutama yang ada aplikasi muktahir
ada sahaja keluaran baru mesti gila mahal2 belaka…
Maknanya telephone bimbit pertama kali dibuat memiliki jenama motorola?
betul lah tu… dan penggunaan telefon pertama tanpa wayar kalau tak salah…
Tahun 80 hingga 90-an,telefon bimbit memang besar dan tahan lasak,bagus sejarah ni,sesekali boleh flashback ,pejam celik hampir 40 tahun tu
saja aku nak simpan2 data… huhuhu
tgk gambar tu, teringat citer hindustan dulu2, pakai tepon macam tu.. hihi..
huhuhu… layan gak tengokkk… terbaikk
org zaman skrg ni tinggal pakai jer.. teknologi dah ada depan mata.. syukur, xmacam org dlu2x, handphone besar gabak..
tul tu…
Salah satu kesan yang baik dari Perang Dingin. Soviet Union dan USA masing masing berlumba untuk memiliki teknologi terhebat serta yang terbaik dalam penjelajahan angkasa seterusnya menghasilakn teknologi yang seterusnya terciptanya telefon bimbit.
namun begitu teknologi jepun pernah satu ketika mendahului zaman… nampaknya korea semakin hebat juga sekarang nie
masa zaman saya dulu, nokia paling popular.. tapi skrg org dah tak pandang dah nokia…
walau samsung sgt popular, saya tetap pilih sony ericson…
nice info bro 😀
sony memang best… tapi aku lebih tertarik kat motorola… ntahler kenapa…
1st handphone aku alcatel
huhuhu lama dah tak nampak hp tu bro… aku lak ericson masa tu sony lum ambik alih lagi…
Para develop tidak pernah putus asa untuk mengembangkan telefon bimbing hingga sekarang sudah sangat jauh berkembang pesat, salut dengan mereka semua…
sudah semakin berlumba2 sapa yang terbaik… saya sebagai pengguna tahu pakai jer…
keren ya,,teknologi semakin maju saja untuk menciptakan hal-hal yang manusia butuhkan
Sekarang ni dah keluar macam2 jenis dah.. Akan datang x tahu la macam mana.
tak terfikir lagi dek akal sendiri aku ni… hihihihi