meminjam tanpa perlu melalui proses penolakan

By | August 11, 2012

pinjaman wangRamai usahawan mengeluh apabila permohonan pinjaman mereka ditolak. Apatah lagi di saat syarikat amat memerlukan aliran tunai. Ketika itu, rasa gelisah, kecewa dan marah bercampur-baur. Namun ingin diingatkan disebalik kekecewaan penolakan pinjaman, survival syarikat mesti diteruskan.

Tahukah kita, terdapat beberapa jenis pinjaman lain yang boleh diusahakan sementara menunggu permohonan pembiayaan diluluskan atau Plan B jika permohonan itu ditolak. Meminjam tanpa perlu melalui proses penolakan di antaranya adalah:

  1. Skim Ar-Rahnu
    • Pinjaman ini merupakan cara terpantas bagi usahawan memperolehi sumber pembiayaan melalui cagaran barangan kemas. Pinjaman hanya perlu bayar upah simpan (Al-Ujrah) secara bulanan atau di akhir tempoh gadaian. Pembiayaan ini adalah mengikut syariah dengan kadar lebih murah berbanding pajak gadai konvensional.
    • Penolakan: Tiada (namun, bergantung pada jenis barang kemas yang boleh cagar
  2. Pembiayaan Kontrak
    • Cara Pembiayaan ini adalah berdasarkan 80% daripada nilai inbois atau kontrak sedia ada. Kebanyakan usahawan yang menjalankan perniagaan secara transaksi kredit pasti mengalami aliran wang tunai tersangkut-sangkut. Lebih menyulitkan apabila pembelian terpaksa dibuat secara tunai. Melalui pembiayaan kontrak kita boleh membawa surat tawaran kontrak beserta inbois dan memperolehi pembiayaan 80% daripada nilai kontrak. Pembayaran balik pembiayaan adalah daripada pembayaran pelanggan yang dibayar terus kepada bank.
    • Penolakan: Rendah tetapi bergantung syarat-syarat bank.
  3. Pembiayaan semula
    • Ramai usahawan mempunyai aset tetap yang boleh dibuat pembiyaan semula atau refinance. Antara aset yang boleh dibiaya semula adalah hartanah seperti tanah, rumah atau premis perniagaan atau aset tetap yang lain seperti kereta atau mesin. Kebaikan cara ini usahawan boleh memohon pembiayaan semula daripada bank lain dengan memohon ansuran yang lebih rendah disamping permohonan untuk mendapatkan lebihan tunai. Misalnya, kita mempunyai pembiayaan rumah dengan Bank A bernilai RM250,000 pada kadar ansuran RM2,000 sebulan. Kita boleh ke Bank B dan memohon pembiayaan semula rumah tersebut pada kadar ansuran yang lebih rendah tetapi pada nilai pembiayaan RM 300,000. Namun, berhati-hatilah ketika membuat keputusan. Lihat pada kadar faedah yang dikenakan oleh bank, tempoh bayaran balik dan kos-kos yang terlibat untuk proses pembiayaan  semula.
    • Penolakan: Rendah tetapi bergantung syarat-syarat bank.

Untuk maklumat lanjut boleh bertanya terus dengan pihak bank atau institusi kewangan yang menawarkan cara pinjaman tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *