web portal percuma

By | March 1, 2012

Perkhidmatan internet percuma seperti wordpress.com dan blogspot adalah pilihan pengguna-pengguna baru untuk menceburkan diri dalam pembinaan laman web peribadi mahupun laman web syarikat-syarikat kecil. Ini mungkin disebabkan ianya mudah digunakan dan mempunyai publisiti yang sangat meluas, lebih-lebih lagi ramai yang telah meletakkan tutorial bagaimana cara untuk menggunakannya.

Dengan inisiatif komuniti Drupal, kini kita boleh membina laman web portal yang selamat secara percuma. Aquia adalah sebuah syarikat di bawah penyeliaan pencipta Drupal dan telah membina laman web portal percuma menggunakan perisian CMS Drupal yang dikenali sebagai Drupal Gardens.

drupalgardens

Kita tidak perlu untuk membayar nama domain dan penghosan untuk sebuah laman web. Dengan pelantar menggunakan Drupal 7 versi terkini kita sudah mampu memiliki sebuah laman web portal percuma dan selamat.

Saranan aku kepada yang ingin mengenal Drupal ataupun mana-mana perisian pengurusan laman web lain janganlah lepaskan peluang untuk mencuba dan membiasakan diri secara online. Kita tak akan tahu selagi kita tak mencubanya sendiri.

Kelebihan yang ada pada Drupal Gardens ini ialah kebenaran kita membina laman web portal seakan-akan penggunaan Drupal yang telah dipasang secara manual. Modul-Modul yang telah diletakkan juga sudah lebih daripada cukup untuk dimanfaatkan oleh pengguna-penggunanya. Menariknya tidak perlu tahu sebarang koding untuk pengubahsuaian template yang digunakan melainkan korang sudah expert dengan koding dan itu juga dibenarkan. Jom terjah web portal percuma Drupal Gardens!

itsmy.drupalgardens.com

Contoh laman web portal dari Drupal Gardens

Preview

Category: Drupal Freebies Tags: , , , ,

About hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

37 thoughts on “web portal percuma

  1. akubiomed

    Saya pernah mencuba mengunakan Drupal tapi disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai Drupal ini. Setahu saya Drupal senang dapat kedudukan Page Rank tinggi yang baik.

    Reply
    1. hazlan Post author

      versi drupal 7 nie agak mudah dari versi2 yang lain…

      Reply
  2. lazaac

    thanks bro… pernah belajar drupal ni dlu… tp mcm xbest jer, jd terus tinggal… skrg dah ada yg free, nak cuba la plak.. 🙂

    Reply
  3. hafizmd

    As salam,
    Cantik jugaklah. Bagi aku yg baru kenal benda baru camni, mmg teruja jugak nak cuba. Cam yg bro cakaplah, tak cuba tak tau.

    Teruja aku baca term ni “penghosan”….hehee

    Reply
    1. hazlan Post author

      wakakaka… cuba la bro… sesekali mau guna ayat pasar campur2…

      Reply
    1. hazlan Post author

      cuma aku rasa nama domain agak panjang sikit…

      Reply
  4. suri

    Semakin menarik.blh juga saya mencuba jika ada masa kelapangan.

    selamat hujung miggu bro & kluga

    Reply
  5. suri

    bro ini kira macam kina nak bina sebuah blog atau blogspotlah eh. cuam beza dia cam blogspot jer sb dia free klu wordpress tu mmg berayar. betul ke tanggapan saya atau salah ini heeee

    Reply
    1. hazlan Post author

      sama seperti blogspot dan wordpress.com kalau wordpress.org free juga cuma kena bayar hosting dan domain name…

      Reply
    1. hazlan Post author

      peh dah lawat sweet dan simple tu.. tang nak komen kena register tuhh…

      Reply
  6. zik

    wahhh… alternatif yang cukup baik sekarang nih banyak pilihan… drupal tak pernah cuba lagi…

    Reply
    1. hazlan Post author

      kini dah pun dengar… huhuhuhu cubalah wawa…

      Reply
  7. diden

    menarik2, mmg terdapat mcm2 web free yang didapati di internet, tp lagi bagus kalau ad ssuatu yang menarik! hehe

    wahh lama tol ak tk sngah, bzi skit.. blog bro mmg chantek! kmas trbaikkkkk lah 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      peh diden lama tak nampak…. ala jgn puji lebih2 kembang kempis pulak aku nanti bro…

      Reply
  8. parasolx

    Salam sejahtera,

    Sememangnya benar. Drupal Gardens dikuasakan dengan Drupal 7 yang memudahkan penggunaan dan pembinaan terutama pengguna yang baru dan tidak pernah menggunakan Drupal sebelum ini. Drupal mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya Drupal mengikut apa kemahuan pembangun.

    Bagi yang berminat mempelajari Drupal, kini boleh hadiri kelas belajar Drupal 7 pada harga yang sangat menakjubkan. Boleh kunjungi pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

    http://parasolx.net/kelas-drupal-melalui-skype

    Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih bro info terbaru pembelajaran drupal ni… tiada tarikh tamat kan? insya Allah aku war2kan untuk entry seterusnya…

      Reply
      1. parasolx

        Salam..

        Tiada tarikh tamat.. kalu dah terlepas tarikh slot tuh, kena apply untuk slot yg seterusnya la.

        Terima kasih.

        Reply
  9. Rina

    Dulu awal blogging pernah pakai drupal dan joomla, tapi setelah punyai blog di wordpress.com akhirnya lupa tu dengan cms2 ini
    kedepannya mau belajar drupal lagi, terima kasih infonya 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      drupal 8 akan keluar tak lama lagi… saya drupal 7 pun tak habis lagi nak godek.. mudah2an dapat disambung lagi pelajarannya tu nanti ya…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *