bangun daripada kegagalan

By | August 26, 2011

Penulisan aku kali ini adalah mengenai kegagalan dan bagaimana cara untuk cuba mengatasinya. Kita telahpun sedia maklum bahawa kegagalan berlaku keatas sebarang peringkat umur terutama sekali dalam golongan atau peringkat seseorang itu dewasa di mana golongan ini amat mustahak bagi menentukan haluan hidup masing2.

Golongan dewasa sepatutnya sudah mampu memilih satu titik kerjaya dan seharusnya telahpun mempelajari transformasi diri dan menerima pendidikan serta seharusnya menjalani tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Tidak semua orang itu menerima nasib yang serupa. Banyak faktor yang mengakibatkan sesuatu kegagalan itu berlaku. Terutamanya golongan dewasa yang menemui X faktor yang positif menyebabkan tersasar memilih aktiviti negatif yang tidak terkawal semata-mata ingin melihat sejauh mana kebolehan diri mengusai sesuatu yang ingin dilakukan ataupun bagi mengatasi kemurungan (hindar diri).

Golongan dewasa ini mempunyai kekuatan dalaman yang diransang oleh sikap ingin tahu berkeupayaan untuk diubah pada seawal usia terutamanya golongan belia yang masih lagi di peringkat remaja. Kegagalan adalah berkait rapat dengan kepincangan setelah tamat alam persekolahan dan bermula di peringkat inilah mereka amat mudah terpengaruh dan ingin mencuba sesuatu.

Sesebuah kegagalan ini harus dan perlu ditukar kepada kejayaan. Kefahaman harus diberi kenapa boleh menjadi gagal sebelum memilih aktiviti yang ingin diceburi atau dengan ertikata lain ialah diberi peluang semula.

Kaedah:

  • Antara kaedah yang boleh dilakukan juga berkesan adalah dengan melalui Kursus Bersimulator dalam asas pengurusan. Jangan berikan mereka bahan bacaan tetapi bacakan kepada mereka dan praktikkan bersama seperti sebuah permainan ertikata lain perlumbaan. Dengan kaedah ini kita dapat memberi pengatahuan dengan cara menyeronokkan kerana dapat merasai pembentukan yang benar2 berlaku dan berusaha dengan tekanan yang terkawal. Disinilah terdapat lonjakan penerimaan ilmu secara intensif dimana dapat mereka memperhatikan bakat semulajadi masing2.

Sedikit kata2 peransang untuk memulihkan dan bangun daripada kegagalan:

“Sekiranya kamu menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa kamu ke mana-mana. Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu”.

26 thoughts on “bangun daripada kegagalan

  1. akubiomed

    Sekali gagal tidak semesti selama-lamanya akan gagal. Bangun bina kekuatan untuk keluar dari belengu kegagalan.

    Reply
  2. MR.Z

    kegagalan boleh memberi kita pengalaman dan hasil dari kegagalan tu,kita boleh improve untuk melaksanakan dengan lebih baik.. bagus artikel ni bro.. kena berani menemui kegagalan..

    Reply
  3. zulkbo

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
    Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
    Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
    Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
    Mohon kemaafan untuk segala-galanya
    & Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam bro, aku juga pohon maaf zahir batin dan selamat hari raya… raya balik mana bro?

      Reply
  4. wazy

    Sekali gagal tak bermakna kita gagal selama-lamanya
    dan yang paling penting Hidup Berani Untuk Gagal

    Reply
  5. afendi

    aku suka kata-kata peransang tu..

    anyway kalau tak gagal kita tak rasa manisnya kemenangan..hehe

    Reply
  6. Fahmi

    Kejayaan yang dikecapi dengan halangan yang mencabar akan dirasakan lebih manis.

    Nasib orang tak sama, ada orang buat sekali dah berjaya mungkin itu rezeki dia. Ada orang cuba berkali-kali masih belum berjaya, mungkin itu bukan rezeki dia.

    Allah itu maha mengetahui tentang apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jika kita dah berusaha dan masih tidak berjaya, cuba benda lain pula… 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro setuju benar dengan penerangan ringkas ni…

      Reply
  7. zik

    pastinya akan bangkit dari kegagalan ini… tapi untuk bangkit ini.. perlukan ketabahan dan juga kekuatan yang luar biasa

    Reply
    1. hazlan Post author

      yup… yang tidak seperti sediakala… lebih dan lebih lagi… semoga tercapai segala hasrat… amin

      Reply
  8. Ali ridha

    Gagal tu dah jadi perkara biasa dalam
    hidup aku.pernah berjaya dan gagal.
    cuma kena bawa keluar duit ambil peperiksaan
    sekali.duit RM juga tu.

    Reply
    1. hazlan Post author

      kadangkala kita gagal bukan sebab diri sendiri… tapi orang lain… kadangkala sebaliknya… namun walauapapun puncanya harus tanamkan semangat untuk terus berjaya… amin, mudah2an kita akan terus berjaya… insya Allah.

      Reply
  9. suri

    salam.
    klu gagal tu rasa berguling jer huhu..bila naik biarlah bertahan skit..

    jatuh ada sebab tak makna gagal kan sb jatuh ajar kita lbh berhati2 waspada sllu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu suri… jatuh dan bangun adalah diri sendiri… berdoalah sentiasa agar ditemukan jalan kejayaan… insya Allah

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… bukan mudah untuk mencapai sesebuah kejayaan… atau mempertahankan kejayaan… jatuh bangun itu adalah lumrah…

      Reply
  10. Rina As

    Kesuksesan tanpa melalui sebuah kegagalan lebih dulu tidaklah senikmat rasanya dibandingkan dengan kesuksesan yang didapat setelah terperosok didasar yang dalam.
    Postingannya sangat membangun dan motivatif..

    Reply
    1. hazlan Post author

      wah salah satu ungkapan yang menarik ni.. terima kasih menyinggah yer..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *