Kita atau setiap pengguna yang membeli barang atau mendapat perkhidmatan pastinya ada tujuan tersendiri. Begitulah juga pengguna yang berminat dengan pelaburan perlu tahu apakah tujuan pelaburan sbelum melabur. Ada beberapa perbezaan diantara matlamat dan objektif jenis penghasilan kewangan ini.
Matlamatnya mungkin untuk:
- Membeli kereta dan rumah.
- Menghantar anak2 ke pangajian tinggi.
- Melancong.
- Merancang persaraan yang selesa untuk masa depan yang terjamin.
Objektif pelaburan seseorang mungkin untuk:
- Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilabur.
- Mendapat pendapatan daripada pelaburan.
- Mengikat nilai aset bersih.
- Gabungan mana2 daripada yang diatas.
Keseluruhannya adalah amat penting bagi membuat perancangan pelaburan yang bersesuaian dengan matlamat dan objektif perancangan kewangan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi mencapai matlamat yang diimpikan. Boleh lihat posting aku sebelum ini : Jenis Pelaburan
ringkas gila entri… >.<"
hahaha sesekali nak try wat entry pendek2 ni… nak belajar2… huhuhu
Ramai yang dah mula pilih emas sebagai medium pelaburan. Banyak faedahnya.
aku rasa emas pun antara yang terbaik… cuma kena pandai pilih jer… namun aku belum khatam lagi bab2 emas ni…
nak melabur kena ada modal… bg yg dah kerja elok la sgt mula buat pelaburan… tp kalau tgh belajar pun dah aa modal utk melabur lg bagus…
setuju2… kalau nak mula kecik2 dulu pun tak apa… untuk timba pengalaman….
Kalau akaun 1 KWSP layak untuk melabur Unit Amanah elok dilaburkan kerana ia adalah pelaburan jangka masa panjang
lagi2 yang muda2 ni….
Uiks.. komennye kena telah.. aderkkk
maza melabur dlm amanah saham aje…..selamat gitew..
untungnya pulak untung sederhana kecil, tidaklah seuntung melantun-lantun.. ahaks.. .
huhuhu… janji ada simpanan kan… sikit lama2 jd bukit…
sekarang pakai kereta terpakai. baru aje beli rumah..so..hutang yang ada cuma rumah aje setakat ni. Alhamdulillah..tak hutang sana-sini..
huhuhu… wah seronok dah tu … baki yang ada boleh lah buat pelaburan atau perkara2 lain…
Matlamat pelaburan buat masa sekarang ni lebih kepada perancangan masa depan.
gitulah nampaknya… tengah jenguk2 san sambil2 belajar jugak ni…
matlamat melabur dia ada beberapa fasa.. tak kira short term or long term… untuk yang long term tuh… kena sabar.. erkkk .. tujuan melabur, nak buat kahwin.. short term …
terima kasih zik kerana memberi tambahan untuk pemahaman…huhuhu melabur untuk kahwin bunyi menarik tu…
untuk long term. rumah..
short term…nak beli motor. senang nak pusing asrama ni. haha..
huhuhuhu… itupun dah bermula mengenali dan mempelajari pelaburan tu…
Hubby buat pelaburan emas je…tak faham sangat pasal tu, yang penting duit tak habis begitu saja, dah lah…
lagi2 kalau wife tengah sarat mengandung… macam2 nak dibuat tu…. huhuhuhu
Melabur untuk jangka masa panjang contoh beli tanah…cool…
dan beli rumah… huhuhuhu
melabur untuk kegunaan masa depan,Insya Allah jika dah cukup nak bawa satu family mengerjakan umrah
dan haji… mudah2an tercapai bro… amin