Kursus pembangunan laman web dengan Drupal 6 ini adalah anjuran daripada saudara Parasolx iaitu pemilik Kripkorn Studios yang memberikan pembelajaran dalam pembangunan laman web dalam Bahasa Malaysia.

Laman Web kripkornstudios.com.my

Siapa mamat yang bergelar Parasolx ni? antara biodatanya adalah peminat Drupal, juga pakar dalam phpBB, sememangnya seorang pakar memang dan mesti telah menguasai ke semua bahasa pengaturcaraan laman web termasuklah HTML, CSS, JavaScript, PHP, ASP, SQL, XML dan banyak lagi.

Apa yang telah, sedang, akan buat? Diantaranya, membantu dalam translasi Drupal ke Bahasa Malaysia di Drupal.org, satu-satunya pemilik yang mengusaha dan membangunkan Kripkorn Studios, menyediakan runding cara secara “Open Source” di pusat latihan dan pembangunan laman web secara atas talian, kegemaranya adalah menghasilkan templat Drupal dari fail PSD.

Untuk pengatahuan semua, ini adalah kursus pembangunan laman web Drupal 6 untuk kali yang kedua. Kali yang pertama aku tak sempat nak infokan di sini, oleh kerana kekangan tugas dan masa yang terhad. Baiklah di bawah ini adalah maklumat tentang kursus yang di anjurkannya:

  • Tarikh: 14, 15 dan 16 Mac 2011
  • Lokasi: Hotel UiTM Shah Alam
  • Masa dan tempoh: bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang selama 3 HARI
  • Modul dan agenda: merangkumi modul sukatan asas, pertengahan dan pembangunan laman secara total dengan Drupal 6
  • Keperluan: sesiapa sahaja boleh menyertai kursus ini, tidak kira ada asas atau tidak (perlu bawa laptop sendiri).
  • Kemudahan:
    Dewan latihan yang selesa dan luas
    Sebanyak 3 kali sesi makan+minum (disediakan pihak hotel) setiap hari
    Nota dan media dalam bentuk CD diberikan, laptop perlu dibawa sendiri
  • Penginapan: peserta perlu menguruskan sendiri penginapan, boleh terus berhubung dengan pihak Hotel UiTM, Shah Alam. Pihaknya akan cuba membantu dalam hal penginapan ini.
  • Bayaran: RM 680 (bayaran tunai) dan RM 780 (RM680 + 15% — cukai dan kos pengurusan) untuk bayaran menerusi LO (untuk kerajaan)
  • Penyertaan: maksimum 10 orang

Bagi sesiapa yang berminat dan inginkan membuat pertanyaan dan inginkan maklumat  lebih lanjut bolehlah terus ke laman web beliau di sini: http://parasolx.net

Tagged with:
 
About The Author

hazlan

Blog ini ditulis kebanyakannya adalah perkongsian berkenaan Teknologi Maklumat, Networking, Software, Hardware, Web Development, Graphic Designer, Programming, Kreativiti, Motivasi dan Inovasi. Biasanya aku praktikkannya dahulu baru aku publishkan di sini untuk perkongsian. Janganlah segan silu atau teragak – agak untuk mengeluarkan apa sahaja pendapat, buah fikiran dan idea masing2. Terima kasih banyak2 atas segala keperihatinan dan sokongan selama ini.

34 Responses to Kursus pembangunan laman web dengan Drupal 6

  1. Tima tak kena la plak. nak juga belajar macamana nak buat drupal ni.
    Harap-harap beliau boleh ajar dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh orang-orang biasa macam saya.
    Sabahan Bloggers Club´s last [type] ..How to add meta description for blogspot

  2. RozaniGhani says:

    mak ai… 10 orang je. belajar sendiri nampak gayanya.
    RozaniGhani´s last [type] ..Tutorial Membuat Header Twenty Ten Theme Sebagai Link Ke Home

  3. Merliza says:

    blogspot saja saya masih raba sana-sini… WP self hosting buta… apalagi yg satu ini… apa lagi ini?!?!? met siang mas :) loh telat ya tanya nya?!?!
    Merliza´s last [type] ..How deep is your love

    • hazlan says:

      tak kisah tu… versi pembangunan laman web ni macam2… jadi setiap satu ada keistimewaannya tersendiri… drupal ni obama dan whitehouse pun guna… bukan mahu menyaport tapi tahap keselamatan sesuatu pembangunan itu penting… dan drupal terbukti lebih selamat… yang pening percuma….

  4. fikryn says:

    Bagus juga ni.. untuk sesiapa yg berminat untuk membuat laman web. Memang kebanyakan laman web menggunakan Drupal. Maklumlah dia lahir dulu sebelum wordpress.
    Namun hari ini, ramai pengguna drupal yang berharap agar drupal dapat menyediakan platform yg mesra pengguna seperti wordpress. Manakala wordpress pula diharap dpt menyediakan penggunanya kelebihan dalam merekabentuk seperti drupal… hurmm
    Secara drastik wordpress juga telah meningkat naik sehingga penggunaannya tidak lagi hanya untuk blog semata2 dan ianya sentiasa ditingkatkan.
    Secara asasnya wordpress (blogging platform) dan drupal (CMS) sedang menuju ke point yg sama tapi dari permulaan yang berlainan.

    Jd, sesiapa yg berminat untuk membangunkan laman web, jika anda ada pengetahuan tentang wordpress (koding). Sekarang ini anda boleh merialisasikannya hanya dgn menggunakan wordpress samada bermula dari scratch atau dengan framework.

    atau mungkin anda boleh memilih Joomla..

    Aduh lari tajuk plak.. sori bro..
    fikryn´s last [type] ..Apa Yang Harus Tiada Di Home Page Blog

    • hazlan says:

      huhuhu… tak per bro yang penting semangat dan semakin bersemangat… walaupun apa jenis pembangunan laman web… kalau di ikutkan memang tak terikut oleh kerana banyak jenis2nya… drupal, wordpress dan joomla antara contoh terbaik setakat ni… fungsinya sama, adalah bahan penerbitan di laman maya… sekadar pendapat….

  5. suri says:

    wah macam2 versi pembagunan ni..

    siap ada kursus lagi :) terima kasoj atas maklumat yang diberi :)

  6. zik says:

    boleh belajar nie.. kalau dah minat kan.. huhu
    zik´s last [type] ..Permainan Yoyo – trend masa kini

  7. Luthfi says:

    fuyooo bro, mahal gila..
    780 hampir seribu tuu tapi ilmu yang dapat tu memang power la kan..
    Luthfi´s last [type] ..Pekena Mee Hokkien di How Pern You Cafe!

  8. decrewz says:

    Drupal? Rasanya ni 1st time Jai dengar.. WP ni pun buta2 lagi.. :)
    decrewz´s last [type] ..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming

  9. Hendro says:

    drupal keren aku juga dari dulu pake drupal dan codeigniter

  10. alifdalya says:

    Drupal memang rock.. setakat ni baru guna drupal 6
    alifdalya´s last [type] ..rezqicom

  11. wazy says:

    wahhh
    kalau dapat join memang bagus ni
    berbaloi-baloi
    wazy´s last [type] ..Cara Menaip Keyboard Menggunakan 10 Jari

    • hazlan says:

      huhuhu.. mintak support ke sokongan sapa2 untuk join bro… huhuhu.. kalau aku kayo rayo, nak je support rakan2 blog aku ni pergi free…

  12. Ramli says:

    Da modal..nak pie gak lak..
    Ramli´s last [type] ..Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

  13. Muhamad Sani Abu Bakar says:

    Ini dah murah cik kak ooi, tempat lain RM1K++++

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge