Kita sambung lagi dengan Teknologi Pensuisan yang lepas iaitu berkaitan 3 fungsi suis. Aku tonjolkan berkenaan Address Learning dahulu. Apabila suis dihidupkan buat kali pertama, pengkalan data MAC adalah kosong. Rujuk gambarajah di bawah.
Gambarajah: Menunjukkan pembinaan pangkalan data alamat MAC.
- Stesen 1 satu menghantar satu frame untuk stesen 3. Alamat MAC stesen 1 adalah 0000.7f11.111 dan alamat MAC stesen 3 pula adalah 0000.7f11.2222
- Suis menerima frame tadi pada antara muka E0 dan menyimpannya alamat penghantar ke dalam jadual alamat MAC.
- Memandangkan alamat penerima masih tiada di dalam pangkalan data MAC, frame tersebut akan dibawa kesemua antara muka “Assalamualaikum, siapa alamatnya 0000.7f11.3333?” Semua antara muka akan mendengarnya tetapi hanya stesen 3 akan menjawap.”Walaikumsalam, itu alamat saya.” Apabila stesen 3 menjawap, antara muka E2 akan mendengarnya dan menyimpan alamat itu di dalam pangkalan data MAC.
- Sekarang stesen 1 dan 3 akan berhubung secara terus (point to point connection). Penghantaran data akan diteruskan dari stesen 1 dan 3, stesen 2 dan 4 tidak akan melihat frame tersebut. (Berbeza dengan hab yang berada di dalam lapisan fizikal, setiap frame yang dihantar akan dilihat oleh stesen 2 dan 4.)
Sekiranya 2 stesen tadi berhenti berkomunikasi di dalam tempoh yang lama, alamat MAC mereka akan dihapuskan dari pangkalan data MAC. Ini membolehkan hanya maklumat terkini berada di dalam pangkalan data.
salam bro,
memang kagum betul ngan orang yang buat benda ni…
tu la tu.. aku kalau di suruh buat pun tak reti nak buat… setakat installation ngan setting tu je la…
Aku hanya mampu membaca je Lanz
tak pe.. lagipun ada kekawan yang minta tu hari… sori bro jgn pening2 erk…
dulu pernah gak bace2 psl neyh. ade mac tu. ingat mac os tu. hehe
rupenye adress.
huhuhuu… refresh2 balik…
dulu masa sekolah tahu sikit jer ttg wayar ni tu pun tak silap suri kelas kemahiran idup heee
oh kemahiran hidup… dulu aku kelas perusahaan tak pernah jumpa menda ni…belajar bertukang, elektrikal, elektronik adalah…
Ho3.. Cukup buta untuk memahami semua ni.. Banyak nak kena bljr bila da buta it..hu3
huhuhu… tak pe bro… pelan2 kayuh….
pangkalan data yang kat tengah nie apa nama dia ek bro?? dalam english dia..
yang gambar tu ke bro.. tu pic switching hub atau di kenali juga sebagai network switch.. pengkalan data tu adalah switching hub…
barang2 nie range harga dia berapa agaknya??? kalau beli second , rasa2nya elok tak??? takut tak boleh guna pulak…
kalau untuk yang simple network murah je bro… baru pun tak silap bawah rm200 boleh dapat dah… yang rm puluh2 pun ada (biasanya yang untuk desktop : 5 port network)… secondhand lagi la murah tapi harap2 bernasib baik la… contoh: http://www.lelong.com.my/tp-link-tl-sf1024-24-port-unmanaged-10-100m-rackmount-switch-I894738-2007-01-Sale-I.htm
bahasa ni buat aku pening la.
1 0 10 10 11 00.
oh no binary tu.. boleh refer kat sini : http://hairilhazlan.com/arahan-komputer/
Selepas baca http://hairilhazlan.com/teknologi-pensuisan-switching-technologies/
Masih lg blurr, kena face to face explanation baru leh paham 😀
huhuhu kena bukak kelas praktikal percuma gayanya ni….
Ha ah, better practical, hahahahahah
huhuhu.. better2..