Teknologi Pensuisan-Address Learning

By | January 16, 2011

Kita sambung lagi dengan Teknologi Pensuisan yang lepas iaitu berkaitan 3 fungsi suis. Aku tonjolkan berkenaan Address Learning dahulu. Apabila suis dihidupkan buat kali pertama, pengkalan data MAC adalah kosong. Rujuk gambarajah di bawah.

Gambarajah: Menunjukkan pembinaan pangkalan data alamat MAC

Gambarajah: Menunjukkan pembinaan pangkalan data alamat MAC.

  1. Stesen 1 satu menghantar satu frame untuk stesen 3. Alamat MAC stesen 1 adalah 0000.7f11.111 dan alamat MAC stesen 3 pula adalah 0000.7f11.2222
  2. Suis menerima frame tadi pada antara muka E0 dan menyimpannya alamat penghantar ke dalam jadual alamat MAC.
  3. Memandangkan alamat penerima masih tiada di dalam pangkalan data MAC, frame tersebut akan dibawa kesemua antara muka “Assalamualaikum, siapa alamatnya 0000.7f11.3333?” Semua antara muka akan mendengarnya tetapi hanya stesen 3 akan menjawap.”Walaikumsalam, itu alamat saya.” Apabila stesen 3 menjawap, antara muka E2 akan mendengarnya dan menyimpan alamat itu di dalam pangkalan data MAC.
  4. Sekarang stesen 1 dan 3 akan berhubung secara terus (point to point connection). Penghantaran data akan diteruskan dari stesen 1 dan 3, stesen 2 dan 4 tidak akan melihat frame tersebut. (Berbeza dengan hab yang berada di dalam lapisan fizikal, setiap frame yang dihantar akan dilihat oleh stesen 2 dan 4.)

Sekiranya 2 stesen tadi berhenti berkomunikasi di dalam tempoh yang lama, alamat MAC mereka akan dihapuskan dari pangkalan data MAC. Ini membolehkan hanya maklumat terkini berada di dalam pangkalan data.

21 thoughts on “Teknologi Pensuisan-Address Learning

    1. hazlan Post author

      tu la tu.. aku kalau di suruh buat pun tak reti nak buat… setakat installation ngan setting tu je la…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak pe.. lagipun ada kekawan yang minta tu hari… sori bro jgn pening2 erk…

      Reply
  1. suri

    dulu masa sekolah tahu sikit jer ttg wayar ni tu pun tak silap suri kelas kemahiran idup heee

    Reply
    1. hazlan Post author

      oh kemahiran hidup… dulu aku kelas perusahaan tak pernah jumpa menda ni…belajar bertukang, elektrikal, elektronik adalah…

      Reply
    1. hazlan Post author

      yang gambar tu ke bro.. tu pic switching hub atau di kenali juga sebagai network switch.. pengkalan data tu adalah switching hub…

      Reply
      1. zik

        barang2 nie range harga dia berapa agaknya??? kalau beli second , rasa2nya elok tak??? takut tak boleh guna pulak…

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *