kenali teknologi hybrid

By | November 10, 2010

Model produksi pertama kenderaan bersifat komersial ialah Ford model T yang diperkenalkan pada era 1900. Ketika itu ia langsung tidak dijangka menjadi antara penyumbang utama pencemaran alam sekitar. Kekaguman dunia terhadap industri automotif memuncak tanpa adanya kesedaran bahawa kemudahan yang kita kecapi hari ini penyebab kemusnahan dunia.

Model Ford T

Hakikatnya bahawa pencemaran oleh gas karbon monoksida hanya mula disedari 70 tahun selepas itu dengan negara maju mengambil inisiatif memperkenalkan alat catalytic converter, had pengeluaran asap dan jangka hayat kenderaan.

Teknologi enjin hybrid adalah pilihan sumber bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel yang dimana kedua-dua bahan api fosil itu sentiasa terdedah kepada kenaikan harga.Teknologi enjin hybrid sudah dimajukan oleh beberapa gergasi automotif dunia dan terbukti berhasil melahirkan kenderaan mesra alam.

Definasi Teknologi Hybrid:
Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak.

Bagaimana teknologi hybrid berfungsi:

  • Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.
  • Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa,sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan itu.
  • Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada bahan api itu. Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan asap,sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.
  • Komponen lain ialah motor elektrik sebagai penjana kuasa,bateri voltan bersaiz kompak yang menyimpan tenaga,manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional lain.Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah.

Jika ditinjau situasi semasa, kereta kuasa elektrik terbukti tidak mencemarkan alam sekitar,sebaliknya hanya berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicaj semula selain kereta itu bergerak perlahan dan kesukaran mencari tempat untuk mencaj semula.

Faktor:
Kebanyakan kereta memerlukan enjin bersaiz besar untuk menghasilkan kuasa bagi menggerakkan kereta dengan pantas tetapi penggunaan enjin kecil boleh ditingkatkan dengan menggunakan komponen lebih ringan termasuk mengurangkan jumlah silinder dan memaksimumkan penggunaan enjin.

  • Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan di dalam bateri yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat tetapi dibantu kuasa bateri biasa. Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.
  • Kini teknologi hybrid muncul bagi merancakkan lagi usaha ke arah menjadikan bumi lebih hijau. Antara gergasi automotif yang telah memperkenalkan teknologi hybrid mereka ialah Toyota (Hybrid Synergy Drive) melalui model Toyota Prius, Honda (Integrated Motor Assisstant) melalui model Honda Civic Hybrid, Ford (Fusion Hybrid) melalui model Ford Fusion Hybrid dan sebagainya dan tidak ketinggalan syarikat automotif tempatan, Proton (Lotus Range Extender) melalui model kereta konsep mereka, Proton EMAS.
  • Malaysia juga antara negara di rantau ini yang komited dalam polisi Teknologi Hijau malah, dalam Dasar Automotif Negara (DAN) yang dibentangkan tahun lalu, ia termaktub bersama. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.
  • Syarikat-syarikat yang mengamalkan aktiviti2 penjimatan tenaga layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan dan Status Perintis.
  • Walaubagaimanapun buat masa ini teknologi hybrid masih lagi mahal. Harga sebuah Toyota Prius di Malaysia ialah RM 175 000, Honda Civic Hybrid RM 130 000 manakala Proton EMAS dijangka akan berada di jalan raya seawalnya 2012. Ketika mana dunia mengalami penyusutan bekalan petroleum, pengenalan dan penambahbaikan teknologi hybrid amatlah dialu-alukan.
  • Jika sekarang sebuah kereta bersesaran 1600 cc yang menempuh kesesakan jalan raya selama 45 minit untuk ke tempat kerja berjarak 12 km (penghuni Pulau Pinang Pulau Mutiara lebih memahami) memerlukan 7.0 L petrol untuk perjalanan sejauh 100 km, maka dengan teknologi hybrid jumlahnya boleh dikurangkan kepada 3-4 L petrol sahaja. Jadi bayangkan penjimatan petrol dan wang yang ditawarkan selain pengurangan asap dan bahan pencemar lain ke atmosfera bumi. Harap2 dengan belanjawan 2011 yang telah keluar baru2 ini kita akan mempunyai kenderaan hybrid mampu milik.

Ringkasan:

Namun apa yang lebih utama ialah menjadikan teknologi hybrid sebagai teknologi mampu milik untuk segenap lapisan masyarakat dan juga untuk setiap jenis kenderaan. Kita telahpun melihat bas2 di Putrajaya menggunakan NGV sebagai bahan bakar utama dan siapa tahu kita akan melihat bukan sahaja kereta hybrid bahkan juga motosikal hybrid, lori hybrid dan bas hybrid suatu hari nanti.

Berusaha gigih dan bersungguh-sungguh wahai para jurutera automotif sekalian. Kita mampu lakukan.

14 thoughts on “kenali teknologi hybrid

    1. hazlan Post author

      kalau dah ada sambutan yang menggalakkan.. mungkin akan murah dalam jangkamasa tertentu… aku teringin gak nak merasa ni

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul2… oh terima kasih bro pasal kasi tau.. dok tunggu2 gak bila nak muncul kembali tu…

      Reply
  1. suri cahaya cinta

    salam..
    satu kupasan yang bagus…
    harap Malaysia ada terus maju dlm industri automotif nnti..

    luar negara cipta kereta pelik2 & berkuasa tinggi terasa kerdil pula huuu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      dulu berminat juga nak kerja dalam arena automotif ni tapi dah bkan rezeki kat stu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      khabarnya proton akan mengeluarkan versi hybrid tidak lama lagi dengan banyaknya… harap khabar ini adalah benar… kalau salah maafkan aku…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge