Seringkali kedengaran masyarakat kita sekarang ini memperkatakan tentang inovasi. Inovasi adalah cara atau pendekatan baru dalam melakukan sesuatu. Tidak hanya inovasi terhadap bidang penciptaan sahaja malah meliputi semua aspek seperti pengurusan, pentadbiran, teknologi maklumat dan komunikasi, perindustrian serta lain2 lagi. Inovasi adalah merupakan pensyarat untuk menjadikan sesebuah negara terutamanya Malaysia yang baru sahaja menyambut hari kemerdekaannya kali yang ke-53 dengan bertemakan “1 Malaysia Menjana Transformasi” . Ia menjadikan Malaysia adalah sebuah negara maju. Keupayaan inovasi dan pembaharuan yang dicipta bakal membawa negara sebaris dengan negara maju terdahulu seperti Amerika dan Britain.
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi?
- Menurut Kinicki dan William (2003), Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea yang kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir(deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation).
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:
- Penghasilan baru
- Berdasarkan proses penyusunan semula
- Menggunakan unsur yang sedia ada
- Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai
Perlaksanaan Inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif untuk peneraju (pioneer) dah meraih peluang yang maksimum.
Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:
A) Peringkat Individu
Peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru. Cetusan idea2 bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah malahan mengubah ketamadunan manusia.
- Sebagai contoh penggunaan mesin taip yang digunakan sekita tahun 1870-an sehingga 1980-an yang dihasilkan oleh Peter Mitterhofer. Kemudian revolusi mesin taip bertukar kepada penghasiln komputer elektronik oleh Charles Babbage yang dilihat untuk membaiki kualiti sesuatu kerja serta di hasilkan seiring dengan arus kemodenan teknologi dan persekitaran semasa. Secara ringkasnya jika dilihat dengan contoh yang diberikan ia diistilahkan sebagai modifikasi. Oleh itu setiap individu perlu sedar kepentingan ilmu untuk mencetuskan pemikiran kreatif dan inovatif dalam usaha menuju kearah pembangunan diri atau organisasi.
B) Peringkat Organisasi
Di peringkat ini pula, inovasi merupakan salah satu ciri penting dalam sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Setiap organisasi sentiasa berinteraksi secara aktif san prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan yang maksimum atau juga memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pekerjanya.
Organisasi inovatif adalah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik. Ini boleh direalisasikan dengan cara:
- Meneliti ciri2 kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem.
- Meneliti kelemahan2 merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas.
- Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang2 yang ada untuk memperolehi secara sistematik.
- Mengatur strategi, dasar dan prosedur untuk menentang ancaman dan bahaya dari luar dan dalam organisasi.
Hanya negara yang memiliki perisian intelek dan berteknologi canggih seta terkini dapat berada di barisan hadapan. Bahawa inovasi bukan lagi milik sesiapa, bukan juga milik mana2 negara atau bangsa. Ia boleh dimiliki oleh semua dan jika dijadikan amalan budaya hidup, ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa.
Budaya inovasi merupakan salah satu daripada aspirasi. Dalam pengertian yang mudah, budaya inovasi merujuk kepada kesediaan untuk berubah serta mencuba sesuatu yang baru dalam semua aspek kehidupan.Tujuannya adalah untuk mencapai kemakmuran, kedamaian, kesenangan,kesejahteraan dan kelestarian melalui penyelesaian secara kreatif. Marilah kita sama2 mentransformasikan diri kearah budaya berinovasi dan penuh dengan kreativiti bukan mentransformkan diri menjadi transformers. huhuhu… saja nak gurau2.
Memang jelas antara faktor kejayaan sesebuah organisasi adalah mengamalkan budaya inovasi yang tinggi. Penyelidikan, program pembangunan serta penglibatan anggota amat penting dalam memastikan sesebuah organisasi dapat terus berinovasi dan bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah. Pengalaman kejayaan adalah bagi badan perniagaan organisasi manapun boleh dijadikan contoh dan model sebagai sandaran sekiranya kita ingin terus berjaya. Maka sudah tiba masanya kita menanamkan semangat berinovasi dengan menyediakan pelbagai program dan platform untuk kreatif dengan semangat berinovasi yang tinggi dan ulung. Semoga dengan pendekatan ini dapat membantu kita menuju kearah kecemerlangan. Amin… mudah-mudahan.
innovasi itu penting… innivasi idea dalam blog pun penting jugak tuh..uhuhu
🙂 seadanya zik… huhuhu
Betul tu.. salah satu kunci dari kejayaan adalah inovasi..
Tak terkira berapa yang harus dibayar untuk membiayai inovasi tu..
jom kita berinovasi beramai2…
semoga malaysia hasilkan lebih banyak lagi barangan berkualiti
banyak barangan kat malaysia ni berkualiti sebenarnya… cuma kita sedar tak sedar sahaja…
barang berkualiti halis dari kreativiti dan inovasi rakyatnya sendiri 😀
bro hasilkanlah sesuatu… huhuhuhu, aku sentiasa menyokong akan usaha2 ke arah itu
eh mana p komen aku?..
dia pergi ke spam la pulak bro.. aku dah approve huhuhuhu
inovasi adalah ide yg tertuang tentunya idenya bermanfaat bagi kaum manusia dan secara umum mahkluk hidup
betul tu bro… setiap manusia pasti ada kelebihan masing2
akhirnya kelebihan kita itulah yg harus dimanfaatkan untuk membuat inovasi tertentu…
dan akan di sambung oleh generasi ke generasi.. dan seterusnya dengan idea2 yang lain pulak…
pnting info ni.. nice sharing
tingkatkan produktiviti dn inovasi hehe
tingkatkan daya usahamu…
inovasi mmg bagus bro..
tp apa yg sy perhatikan,umumnya org2 lama kurang berminat dgn inovasi dan pembaharuan ni..mereka lebih prefer mengekalkan apa yg sedia ada, dan berusaha utk bersyukur dan merasa selesa dgn ape yg telah dikecapi..padahal mereka sebenarnya boleh buat lebih dari tu, cuma mls utk keluar dari “comfort zone”..dan sikap ini lah yg perlu kita sebagai org muda avoid..
sori bro bebel panjang pulak
itu ada juga betulnya… contohnya siaran rtm yang dulunya suram sahaja sekarang ni agak diperbaiki seni grafiknya… huhuhuhu… tak derkk hal bro kalau nak membebel kat sini…
memang perlu adanya daya inovasi ni..
apabila digabungkan dengan kreativiti,
baru ianya dapat mencapai kemajuan dan kualiti yang lebih baik dari sebelumnya..
yang penting ada sifat berdaya maju… barulah ianya bergerak sekata
ghitewww..
😉 yup
semoga rakyat malaysia lebih inovatif dengan adanya galakan daripada kerajaan..
berinovasi ini adalah satu galakan yang baik…
harap Malaysia lebih berinovasi ke arah Islamik..menjadi negara Islam yang maju dan boleh di contohi.
New Entry “Amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya Aidilfitri”
betul tu… sokong benar dengan harapan di atas…
salam ramadha..
ada inovasi maka sudah pasti produk yang lama bertukar kepada yang terbaru akan mdpat sambutan yang baik.
dunia sekarang makin moden pasti produk atau penghasilan barang akan dtg lebih canggih dan bertoknologikan.
cuma rnd tu je yang memakan masa agak lama…
Bukan senang nak cari satu inovasi baru ni.
Kalau pegawai kerajaan ada anugerah inovasi.
Memang untuk orang yang betul-betul terrer dalam kejanya.
betul… tu.. jangan terrer amik duit orang je dah laa… huhuhuhu
Sekarang ni kalau kita nak berkreatif pun dah susah sikit.. jadi lebih senang kalau berinovatif.. idea org lain dan kita improve…
betul tu… kecualilah kalau kita betul2 bijak
bila da inovatif..campur lg dgn kreatif..x mustahil produk org malaysia pon boleh bersaing dengan dunia luar
ya betul tu… hasilnya adalah produk yang amat berkualiti…
Salam,bro mancai nice info suka-suka,sorry bro lama tak lepak sini terlalu sibuk kadang-kadang jengok tak sempat nak baca habis entry bro :),selamat hari raya bro.. maaf zahir dan batin,duit raya jangan lupa banking kan.. hehehe
hahahah.. ayie tak derk hal… dah nama pun entry panjang berjela… selamat haru raya aidilfitri… mintak maaf banyak2 zahir dan batin juga… duit raya erk… insya-Allah…
Kita sebagai manusia nih kadang banyak idea yang datang. Cuma kita tak berani bersuara…meluah kan pendapat. Yang tu la yg aku nampak…sbb aku rase aku camtu gak. Tapi makin lame2…pemikiran kite makin berubah…orang dah byk yg lebih berani.
betul tu bro… aku harap masyarakat Malaysia akan berani kejalan yang betul bukan berani ke jalan yang sebaliknya.
otak kena kasi think outside the box, baru kreatif dan inovatif. menda ni kena latih, jangan biar otak duk senyap je. kena selalu jadi thinker.
yup betul tu… latih tubi berkali-kali dan jangan mudah mengalah
Berfikir di luar kemampuan
dengan kata erti lain keluar dari kepompong
btw nice sharing bro
keluar dari kotak pemikiran, ya betul juga tu wazy… u r welcome
Inovasi hasil dari ilmu dan kreativiti,
Ps : nasib baik aku dah folow kau punya post dari awal… ada kaitan semuanya hahaha 😀
thaank bro 😀
u r welcome bro… tq juga kerana memfollow
Mohon izin penulis untuk menggunakan info-info berguna berkaitan inovasi.
Terima kasih
boleh jer… tapi edit2 la sikit… bahasa tu… ayat aku ni cacamerba skit…
great sharing.
Inovasi merupakan satu kaedah menambahbaik dan sesuai dijadikan budaya selaras dengan kehendak Islam untuk menjadi lebih baik setiap masa dalam setiap apa kita laksanakan. Tetapi cabaran untuk beradabtasi dengan inovasi bukan mudah. Selama lebih 10 tahun ncuba untuk terapkan budaya inovasi, masih terdapat rakan-rakan kerja yang sukar menerima kebaikan budaya inovasi ini.
Dari kerajaan lama sehingga kerajaan baru, kita masih mahu duduk dalam tampuk lama. Mungkin betul budaya inovasi ini mengganggu zon selesa, tetapi berapa lama selesa itu, istilah selesanya bertahan… Mohon kongsikan kaedah agar budaya ini dapat kita amalkan dalam kehidupan dan kerja seharian 🙂
terima kasih menyinggah…