merangka sistem rangkaian komputer- Topologi Bintang

By | June 7, 2010

Topologi Bintang (Star Topology)

Topologi Bintang merupakan topologi yang menyambung segala elemen dalam rangkaian ke satu pusat. Segala kabel yang menghubung semua elemen rangkaian komputer berakhir di satu titik/pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab. Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab. Dengan topologi ini, kerosakkan fizikal pada satu kabel tidak akan menyebabkan segmen lain tidak berfungsi. Kabel pasangan dawai kembar terpiuh tidak bertebat (Unshielded twisted pair)atau UTP merupakan jenis kabel yang popular mengunakan topologi bintang.

Terdapat dua operasi yang digunakan oleh hub atau switch iaitu operasi penyebaran (broadcast) dan operasi peralihan (switching). Dalam operasi penyebaran, hub atau switch akan membuat penghantaran data yang diterima daripada satu stesyen kepada semua laluan yang bersambung kepadanya. Dalam operasi peralihan pula, hub atau switch akan menyimpan data yang diterima dan menghantar data tersebut melalui laluan stesyen penerima sahaja.

  • Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secar langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi, ianya juga tidak akan menjejaskan rangkaian komputer yang lain.
  • Sebarang kerosakan sambungan di antara nod dengan hub juga tidak akan menjejaskan sistem secara keseluruhan tetapi sekiranya kerosakan berlaku pada hub, keseluruhan sistem akan turut terjejas. Kelemahan utama topologi ini ialah ianya memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan setiap sistem yang dihubungkan kepadanya(komputer, pengimbas, pencetak dan sebagainya) memerlukan kabel yang tersendiri.

Sistem Rangkaian Topologi Bintang (Star Topology)


Topologi Bintang – Penyambungan pada  Network  Port


Topologi Bintang – Arah perhubungan antara sambungan

Kebaikkan

  1. Sesuai untuk sistem rangkaian yang besar dan amat mudah untuk membesarkannya
  2. Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  3. Prestasi sistem rangkaian boleh dipertingkatan dengan menggunakan mengantikan hab (hub) kepada suis (switch)
  4. Boleh menggunakan berbagai jenis kabel UTP, STP dan sebagainya
  5. Mudah melakukan kerja penyelenggaran dan pemeriksaan terhadap sebarang kepincangan sistem rangkaian.Ini dapat dilakukan kerana setiap kabel disambung terus ke peralatan.

Keburukkan

  1. Kos yang tinggi sedikit kerana memerlukan hab
  2. Kerosakkan hab akan menyebabkan seluruh rangkaian akan lumpuh
  3. Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.

48 thoughts on “merangka sistem rangkaian komputer- Topologi Bintang

    1. hazlan Post author

      huhuhu yang nak membuatnya pun keluar bintag kat kepala.. huhuhuhu

      Reply
        1. hazlan Post author

          tapi kalau on site… lagi penin dan pelik (new user)…

          Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… tapi masih digunakan lagi kat company2 kecil… budget pun kecil je… tapi rasanya best lagi guna switch

      Reply
    1. hazlan Post author

      ada… nanti aku update lain kalau berkesempatan… insya-Allah

      Reply
    2. Haris

      Topologi selain Bintang (star) ada..

      ii)Bus
      iii)Cecincin (Ring)
      iv) Hibrid (Hybrid)
      vi) Mesh

      kalau salah, tolong betulkan..harap maklum

      Reply
      1. hazlan Post author

        betul2 tak salah pun… akan datang aku cuba nak cita pasal mesh ngan hybrid pulak… kalau tak ada aral melintang

        Reply
    1. hazlan Post author

      kalau pc sendiri kenalah backup sendiri atau mintak teknikal backupkan atau pada server backup (kalau disediakan): … tapi kalau hub rosak huhuhuhu… kalau company bos la yang beli…

      Reply
  1. Syafrizal

    memang lagi best kalau guna switch
    dulu aku berjinak2 bab network aku gunakan hub
    tapi skrg switch dah mampu dah nak beli

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… mantap2… penggunaan bergantung jugak pada tahap kemampuan… best tu bro dah dapat beli sendiri…

      Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome… cam ne bro koje orait ke? Insya-Allah kalau ader kesempatan nanti aku citer bab lain pulak…

      Reply
      1. aktechpage.com

        Alhamdulillah…setakat ni keje ok , slow2 follow the flow..
        Aku pun sudah mula dapat menyesuaikan diri dgn kehidupan di KL.
        Jalan2 kt KL pun dah nampak bayang2…sblm ni mmg buta laa.. 😛

        Insya Allah, ade masa kita berjumpa nanti 4 mata..

        Reply
        1. hazlan Post author

          insya-Allah… kawan2 sendiri pun aku jarang benar jumpa almaklum masing2 dah ader tanggungjawab… aku kat serdang gak aa…

          Reply
            1. hazlan Post author

              dekat2 je.. aku seri kembangan

  2. Azizi Zulkefli

    Rasanya topologi bintang ni mudah nak diselenggara. Cuma kalau switch rosak habislah semua network. Kalau connect ke router, switch rosak internet pun tak boleh pakai.

    Reply
    1. hazlan Post author

      hahaha… kekadang company besar ada backup swicth atau hub… diletakkan setiap department… kos gilo mahal…

      Reply
  3. botak

    lubang tu mcm lubang wayar telefon pun ade
    mcm lubang wayar lan pun ade jugak..
    sekarang kepala aku yg dah berbintang

    Reply
    1. hazlan Post author

      lubang wayar Lan lama ni… wat contoh je tu bro huhuhu..

      Reply
        1. hazlan Post author

          slow and steady bro…. aku akan tetap menyokong

          Reply
    1. hazlan Post author

      berbintang2.. huhuhuhu… kena sedia panadol ni

      Reply
    1. hazlan Post author

      best umah bujang boleh multigame ramai2… kat bilik masing2

      Reply
  4. etomyam

    gitu caranya..nampaknya kebaikan melebihi kekurangan..cuma kos je lah yang jadi faktor utama tu 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      ongkosnya sahaja dong… lebih2 lagi kalau tukar hub kepada swicth…

      Reply
  5. AyieBlog

    salam,wa banyak ilmu networking bro mancai,boleh ayie buat praktikal tempat bro mancai 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu kat sini tak derk support lak practical ader pun anjuran tempat lain

      Reply
    1. hazlan Post author

      gud2 mari kembangkan ramai2…. tak kiralah aper saja jenis distronya…inux semakin maju dah sekarang…

      Reply
  6. Ayieblog

    Assalamualaikum,bro mancai ayie baru belajar melakar rangkaian setiap topologi,agak memeningkan kepala,tak tahu nak pakai topologi mana,kalau pengalaman bro mancai sendiri,topologi mana kebanyakanm syarikat besar pakai? dan amat memudahkan selenggara pada kerosakan rangkaian? :).. hope bor mancai dapat bagi penjelasan selanjut berkaitan setiap rangkaian :)..

    Reply
    1. hazlan Post author

      Insya-Allah Ayie… pengalaman aku, antaranya pernah dengan MAB di KLIA memang teramat2lah macam2, dengan MAS konsortium juga amat besar .. rata2 terpulang dengan situasi tempat, pejabat, lokasi, penggunaan dan kehendak struktur itu sendiri… kebanyakkanya menggunakan topologi bintang… kekadang diadukkan dengan topologi mesh..

      Reply
      1. Ayieblog

        OO macam 2 erk,thank q bro ayieblog baru belajar melakar topologi untuk buat rangkain menggunaka visio,thank q kongsi pengalaman bro,kebanyakan guna topologi bintang mudah diselenggarakan kan? :),tapi kes agak mahal bergantung kepada bajet sesbuat organisasi syarikat? right..

        Reply
        1. hazlan Post author

          tepat sekali tu bro… melakar rangkaian komputer dengan visio memang senang tarik dan tarik… gud luck ayie

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *