Paradigma adalah dari perkataan Greek ‘paradeigma’,dalam bahasa Inggris disebut paradigm dan dalam bahasa Perancis disebut paradigme, istilah dari bahasa Latin, yakni para dan deigma. Secara etimologis, para bererti (di samping, di sebelah) dan deigma bererti (memperlihatkan, yang berarti, model, contoh, ideal). Sedangkan deigma dalam bentuk kata kerja deiknynai bererti menunjukkan atau mempertunjukkan sesuatu. yang membawa maksud model, bentuk atau contoh. Maksud paradigma sebenarnya boleh diperjelaskan dengan kaedah kita melihat sesuatu situasi atau keadaan berasaskan kepada andaian umum, dan bagaimana kita boleh berjaya dalam lingkungan atau batasan yang ditetapkan.
Anjakan Paradigma
Anjakan paradigma menjuruskan kepada perpindahan dari satu situasi kepada situasi yang baru, yang melibatkan perubahan peraturan dan prosedur. Dalam menyelesaikan masalah, biasanya kita selesaikan yang senang dahulu dengan cepat dan cekap, kemudian kita akan menghadapi proses penyelesaian yang perlahan kerana masalah masalah yang tinggal itu tidak lagi mudah dan dengan kecekapannya menurun. Di sini kita perlu satu formula baru yang mungkin melibatkan peraturan dan prosedur. Bagi melaksanakannya, ia memerlukan paradigma baru atau perubahan paradigma. Secara ringkas bolehlah ditakrifkan bahawa anjakan paradigma adalah bisnes penemuan sesuatu yang akan datang.
Siapakah penganjak paradigma?
Ramai berpendapat bahawa cara yang paling mudah untuk menjawab persoalan ini ialah semua staf dalam sesebuah organisasi, walaupun secara disedari atau tidak, sedikit sebanyak menyumbang kepada perubahan paradigma, khususnya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang perlu diselesaikan. Sungguhpun demikian dan bagi memudahkan perbincangan, kita boleh tumpukan kepada empat (4) kategori utama :-
- Kategori pertama ialah staf yang baru tamat latihan. Mereka ini mempelajari paradigma dan ingin mempraktikkanya.
- Kategori kedua ialah orang dewasa yang bidang pekerjaannya telah berubah kepada yang baru. Dalam kes ini Dr. W. Edwards Deming, salah seorang guru dalam bidang Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) merupakan contoh yang boleh diketengahkan. Dr. Deming yang pakar dalam bidang Statistik mempelopori TQM.
- Kategori yang ketiga pula ialah mereka yang sedang melaksanakan tugas itu sendiri di mana sentiasa melihat pelbagai masalah yang perlu diselesaikan. Mereka mengamalkan paradigma yang sedia dipraktikkan dan mengetahui jalan untuk mengubah paradigma ini.
- Kategori yang keempat pula adalah terdiri dari orang luar yang melihat masalah sesebuah organisasi itu dari jauh dan cuba menyumbangkan sesuatu sebagai jalan penyelesaian.
Cuba dan uji tahap pemikiran paradigma korang dibawah ini secara tepat dan cepat:
Adakah korang nampak gambar diatas ini? Cuba korang jawab soalan dibawah :

Hasil bacaan peribadi aku dari “7 tabiat orang yang berkesan” tulisan Stephen R. Covey.
macam lirik lahu kedai kopi.. “anjakan paradigma bila kena kopi”
.-= kanip´s last blog ..Terkini!! : Din Beramboi Kembali Kritikal =-.
huhuhu… ada erk? lagu aper tu erk kanip? nak jugak dengar le…
Bila saya dengar pasal paradigma ialah pasal anjakan paradigma yang membawa maksud perubahan yang hebat =)
huhuhu… seelok2nya perubahan2 yang baik2 belaka insya-Allah.
erm baru paham kira ia penemuan sesuatu yang akan datang… macam innovation pun ada gak.. huhu..
.-= zik´s last blog ..Yang pergi takkan kembali. =-.
huhuhu… pemahaman aku adalah ianya merangkumi suatu asas dan perkara utama bagi kehidupan harian agar ini sempurna dan lebih bermakna… selain berpegang teguh kepada yang utama iaitu tiang agama. hanya pendapat aku sahaja…
kupasan yang menarik bro mancai…kalau boleh aku tambah, mungkin jugak kepimpinan (leadership) boleh membantu mempercepatkan proses perubahan paradigma…., terima kasih bro informasi ni 😀
.-= etomyam´s last blog ..Terkini: Sah Pelawak Din Beramboi meninggal Dunia =-.
tambahan yang menarik tu bro… aku setuju benar … terima kasih kembali
amat benar dengan apa yang diperkatakan oleh bro tom kemimpinan(leadership) 🙂
aku pun setuju benar…
salam,bro satu entry yang bagus anjakan paradigma.. betul anajakan paradigma pada individu contoh ayie sendiri dari x suka bergaul dengan orang sekarang dah mula bergaul.. dari berpikiran sempit kepada berpikiran terbuka.. 🙂 thank q bro mancai diatas perkongsian yang menarik ini. 🙂
ayie, dulu aku ni pun seorang yang agak pemalu… jadi sekarang ni syukur ke atas-Nya, dah di hapus keseluruhannya…
entri yang bagus ni bro,kita seharusnya berani membawa perubahan dengan anjakan paradigma ni
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.
hidup mesti berani… untuk yang baik2 jer lah yer… Insya-Allah
Mata memang kadang bisa membuat beragam banyak persepsi.Sudut pandang orang beda-beda ya..
— Agen & Konsultan Pengadaan mesin bordir komputer —