jadilah kreatif dan unik

By | February 18, 2010

Kenyataan atau tajuk ini adalah berasaskan keupayaan kreatif berkaitan dengan antusiasme dan kegairahan yang dikenali sebagai faktor substantial pada peringkat puncak sesuatu bidang.

Artikel atau tulisan  aku  kali ini akan menunjukkan bagaimana cara kita meningkatkan kreativiti. Jangan sampai korang hanya taksub dengan idea orang lain, sekarang adalah masa korang menghasilkan idea2 cemerlang.

Mengapa kita harus kreatif?
Apakah korang mahu mengabaikan manfaat kreatif yang luar biasa ni yang memang telah dianugerahkan pada setiap manusia? Banyak orang yang mengabaikan kreaitiviti sebab ada yang tidak menyedari manfaat dari kreaiviti. Oleh kerana itu, aku suka berkongsi supaya kita terus akan menjadi seseorang yang kreatif.

  • Hidup memang biasanya berhadapan dengan pelbagai masalah, perlunya ada idea2 untuk mengatasi masalah tersebut. korang harus kreatif mencari idea2 untuk memecahkan masalah yang sedang dihadapi.
  • Persaingan tidak pernah berhenti. Contoh: Korang akan menghadapi produk yang sama dengan yang dijual dipasaran. Korang juga kena kreatif menghasilkan idea2 untuk membuat atau memperbaiki produk korang agar tetap unggul.
  • Seringkali, yang membezakan korang dengan karyawan lain ialah kreativiti dalam mencari penyelesaian, menghasilkan idea2 diluar kotak pemikiran, dan dalam menjalankan tugas harian.
  • Orang kreatif tidak akan menyerah kalah, karana selalu memiliki jalan alternatif.
  • …dan masih banyak lagi manfaat2 lainnya.

Biarkanlah diri kita berfikiran kreatif
Peranan motivasi, mengambil risiko, dan rileks ini adalah diantara sikap2 harus dikembangkan agar korang sentiasa dalam kearah pemikiran yang kreatif.

  • Kreativiti korang ditentukan sejauh mana korang menginginkan hal-hal baru. Motivasi ini berlandaskan sejauh mana korang menginginkan perbaikan dalam hidup, atau sejauh mana korang sedang mengalami kesulitan. Pertanyaan yang sangat penting ialah sejauh mana kita menginginkan hal2 yang baru?

Cantumkan motivasi tersebut dan tetapkan dalam fikiran korang.

  • Aku biasa mendapatkan idea pada masa aku bersantai, daripada masa berfikir perkara yang serius. Jadi masa dan waktu inilah boleh mencari jalan menyelesaikan masalah, atau ingin mencari suatu idea baru cuba sahaja dengan waktu ini. Namun sebelum rileks kita perlu menyatakan apa yang kita cari, katakan berulang-ulang sampai meresap ke dalam pemikiran minda bawah sadar, kemudian berehat seketika. korang akan takjub dengan teknik sederhana ini, idea2 atau solusi akan muncul pada saat2 yang tak korang duga sama sekali.
  • Takut terhadap risiko yang terdapat pada idea lalu akan mencari jalan keluar idea korang. Setiap cara atau jalan penyelesaian mungkin akan mengundang beberapa risiko, tetapi jika korang ingin kreatif perlulah berani mengambil risiko itu.

Mengembangkan Kreativiti
Peluang, kebiasaan, dan sudut pandang. Sikap2 lain yang perlu korang harus miliki agar kreatif

  • Jika korang ingin kreatif adalah fokus pada peluang. aku biasa mendengar ada orang yang mengatakan bahawa jadikan masalah itu sebagai peluang. Namun saranan aku bukan hanya itu, bukan hanya masalah saja yang boleh menjadi peluang.  Apapun yang ada dihadapan korang boleh mencetuskan idea sebuah peluang baru.
  • Contohnya, masa korang sedang memegang sebiji gelas, cuba tanyakan peluang apa yang korang boleh dapatkan dari gelas? masa ini mungkin agak bingung, tetapi dengan terus-menerus mengajukan pertanyaan tersebut, Insya- Allah idea muncul. Setelah idea2 itu muncul korang hanya mengevaluasikan idea mana yang terbaik.
  • Untuk lebih kreatif korang harus berani keluar dari kebiasaan. Jangan terkongkong dengan apa yang ada pada masa ini, itu belum tentu menjadi yang terbaik. Masih ada peluang untuk yang lebih baik. Percayalah, sebab jika tidak percaya, idea2 korang akan tersumbat keluar. Jangan suka dengan status quo, cintailah perubahan, namun perubahan menuju yang lebih baik.
  • Cubalah melihat segala sesuatu dari berbagai sudut . Saya bukan penganut bahwa kebenaran itu relatif, kebenaran adalah mutlak dari Allah SWT. Namun yang dimaksud aku disini, melihat dan memandang suatu masalah dari berbagai sudut pandangan agar kita dapat melihat berbagai aspek yang berkaitan dengan permasalahan yang sedang kita hadapi. Apakah kita berfikir kalau gelas itu hanya alat untuk minum? Ternyata tidak, gelas boleh untuk hiasan jika bentuknya indah, gelas boleh dijadikan alat untuk menyimpan pensil dan pen,atau boleh dijadikan lampu tidur juka korang kreatif, bahkan gelas juga boleh untuk melempar penjenayah jika diperlukan. 🙂 huhuhu

Pola pemikiran orang yang kreatif
Kesalahan, perbaiki, dan perubahan.Sikap-sikap seterusnya yang perlu kita miliki agar kreatif.

  • Dimana masa korang memiliki idea, lakukan atau cuba idea tersebut, jika gagal. Perbaiki idea tersebut sampailah ianya berhasil, jadilah ianya suatu idea yang baru.Inilah tips yang seterusnya, iaitu belajar dari kesalahan. Kesalahan boleh menghasilkan idea baru yang lebih baik. Tanyakanlah terhadap idea lama yang gagal, apa dipelajari dari idea tersebut, bolehkah dilakukan lagi dengan cara baru, apakah masanya agak kurang tepat atau sesuai?
  • Jangan berpikir bahawa kreatif itu hanya membuat hal-hal yang baru.Korang salah, karana manusia tidak pernah membuat hal yang baru. Hanya Allah SWT yang mampu. Manusia hanya boleh menemukan apa yang belum ditemukan oleh orang lain, manusia hanya boleh mengubah atau menggabungkan hal-hal yang sudah ada, sekali lagi bukan menciptakan hal atau sesuatu yang baru. Jadi jika korang ingin kreatif bolehlah memulakan dengan barang yang ada di depan korang, baikilah apa yang boleh korang lakukan terhadap barang tersebut.
  • Jangan terpaku dengan idea lama. Bagaimanapun berjayanya idea itu pada masa yang lepas, belum tentu akan berhasil lagi pada masa ini. Evaluasi lagi, tiada masalah mengeliminasi idea korang sendiri yang sempurna untuk mendapatkan idea baru yang lebih baik. Termasuk juga disini masa idea korang disisihkan oleh idea orang lain, jangan sedih kerana walaupun tidak disisihkan oleh orang lain, sentuhan korang harus menggantinya sendiri jika idea  tersebut sudah tidak relevan lagi.

Kreativiti adalah sesuatu Kegairahan

  • Hidup korang akan terasa gairah jika korang menjadi seorang yang  kreatif
  • Tips seterusnya, bacalah tips awal hingga akhir diatas berulang-ulang sampai meresap dalam fikiran. Semakin melekat tip-tip ini pada diri korang, Insya-Allah akan semakin kreatif .
  • Tip diatas adalah sebagai penemuan yang perlu di miliki untuk menjadi orang yang lebih kreatif.  Penemuan baru? Bererti masih ada selanjutannya? Jawapannya ya. Selanjutan dari penemuan ini ialah korang perlu mengetahui teknik-teknik dalam menggali kepelbagaian idea. Ada puluhan teknik yang perlu korang boleh pelajari dan praktikkan untuk memudahkan kita menggali idea tersebut.
  • Semakin kreatif, semakin tinggi juga tingkat simulasinya, dan kegairahan juga semakin tercipta… maka semakin besarlah peluang untuk memperoleh hasil yang mengembirakan.
  • Kesempurnaan dan kreativiti saling mendukung satu sama lain. Mereka yang paling kreatif itulah biasanya yang paling sukses. Jika kita ingin meningkatkan peluang sukses, maka tingkatkanlah kreativiti.
  • Miliki rasa percayakan diri sendiri, kreativiti dan gairah, kemudian nyatakan keyakinan korang kepada dunia, dan masa akan datang korang mungkin akan menjadi orang yang gilang-gemilang. Insya-Allah.

Pesanan aku, korang harus ingat setiap apa sahaja idea kreatif atau pemikiran baru yang korang terima atau dapat pastikan dicatat dimana2 kertas supaya boleh menjadi rujukan…. membantu jugak daripada menjadi terlupa kelak.

10 thoughts on “jadilah kreatif dan unik

    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pun dalam proses menambah baikkan minda ni supaya menjadi semakin kreatif…. aku doakan semoga semakin bertambah baik dengan usaha yang berpanjangan tu… amin

      Reply
  1. Zymazara

    Salam Hazlan …..

    Apa khabar?
    Lama aku tak singgah sini…

    Ini new lesson utk aku jugak ……thanks a lot.

    🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu baik2 je…. tak de hal punyer… take u time..pelan2… amacam bercuti? seronok gak kongsi2 story ni… sama2

      Reply
      1. Zymazara

        Aku belum b`cuti lagi sbb masih ada saki baki CNY punye holiday. Bisnes kene ON 7 days a week. Kalau cuti dlm masa public holiday atau school holiday….rugi nanti!!!

        🙂 Next week aku cuti la kot……kot je la.
        .-= Zymazara´s last blog ..Tiba2 Rasa Nak Telan Perfume =-.

        Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu… peh sakan cuti… bisnes tetap bisnes rugi kalu mis-soru… aduhai aku bilalah nak dapat cuti panjang2 ni… paling lama pun hari raya 3 hari jek tu pun tak tentu….

          Reply
  2. aktechpage.com

    Fuhhhh…. agak berat utk memahami post entry bro kali ini…susah sikit nak faham… tetapi objektif tu fahamlah…

    keyword di sini ialah mencipta kreativiti tersendiri.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu ye ke… alahai… kena wat ringan sikit entry akan datang ni…. sori2 untuk semua…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *