langkah bijak menggunakan jaringan

By | January 6, 2010

Internet Security

Berfikir sebelum klik! Langkah berhati-hati itu boleh menyelamatkan diri korang daripada menjadi mangsa penipuan di dalam Internet, malah langkah berwaspada ini  menunjukkan korang adalah salah seorang yang cerdik dan pintar menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).

Alam siber yang mengamalkan dasar langit terbuka  dan tanpa garis aras sempadan tentunya menghidangkan pelbagai maklumat, sama ada berunsur positif yang memberikan berbagai manfaat atau negatif yang mendatangkan mudarat.

Ketika dunia didedahkan dengan jaringan Internet, negara kita, Malaysia agak ke depan meneroka bidang ini, malah masyarakat kita juga lebih celik dalam penggunaannya jika dibandingkan dengan sesetengah rakyat di negara lain. Perangkaan terkini menunjukkan seramai 16.5 juta pengguna Internet di negara ini iaitu satu jumlah yang cukup besar jika dibandingkan dengan jumlah penduduk seramai 26 juta orang.

Ini bermakna rata-rata di kalangan kita menggunakan kemudahan siber itu sama ada untuk mengisi maklumat dan mengemas kini data, membayar bil utiliti, pinjaman institusi kewangan, permohonan perjawatan atau sekadar mengakses e-mel dan melayari ruangan sembang.

Namun, di sebalik kemudahan itu, ramai yang alpa dengan aspek keselamatan, bahkan ada sesetengahnya langsung tidak ambil tahu mengenainya kerana beranggapan ia isu teknologi dan teknikal yang selayaknya diletakkan pada bahu pakar IT saja.

Apakah persepsi itu tepat atau sebaliknya, terutama ketika kesempurnaan dunia bergantung kepada IT sepenuhnya, malah kitaran hidup kita sendiri dikelilingi dengan kehadiran kepelbagaian media seperti blog, Facebook dan Twitter.

  • Kita perlulah melihat secara ringkas dan cuba memahami aspek keselamatan siber itu dengan baik, sememangnya ia sekadar tertumpu kepada pemain dan pakar dalam teknologi terbabit saja. Lagipun pada waktu sekarang, isu keselamatan tidak hanya tertumpu pada aspek teknologi, malah meliputi isu sosial yang perlu ditangani bersama.
  1. Keselamatan siber pada asasnya tertumpu pada segala perkara yang membabitkan cara menentukan aset (maklumat) termasuk kerahsiaan, integriti, memastikan perkhidmatan sentiasa berterusan dan tidak diganggu.
  2. Keselamatan siber membabitkan keselamatan segala isu penggunaan Internet secara selamat dalam alam siber, termasuk penggunaan komputer riba dan telefon bimbit.
  3. Isu ini sangat penting kerana dapat membantu pengguna daripada menjadi mangsa penjenayah siber, iaitu mengelak diri kita menjadi mangsa, ‘penjenayah siber’ ada pelbagai kategori yang sanggup menggadai ilmu demi wang, termasuk along mencari mangsa melalui Internet.
  • secara umum penggunaan Internet adalah selamat dan tidak sepatutnya mendatangkan bahaya, namun pada waktu sama, risiko kita berada di dalam Internet bertambah disebabkan pengetahuan yang kurang dan ketamakan untuk cepat kaya.
  • Mendisiplinkan diri dan menggunakan daya logik seperti sikap yang berhati-hati di alam nyata, kemungkinan besar apabila memasuki alam siber, agar kita tidak  ditipu dan tidak juga terdorong untuk menipu orang lain.
  • Tetapi yang kita bimbang ialah golongan kanak-kanak kerana mereka tidak tahu membuat penilaian antara yang baik dan buruk.Di sinilah tunjuk ajar dan pengawasan ibu bapa, guru dan rakan atau sesiapa pun, ianya sangat penting supaya mereka tidak terdedah kepada penipuan dan laman tidak sepatutnya di dalam Internet

Almaklumlah zaman moden ni, untuk maju ke depan kita mesti maju dalam Internet kerana ia pintu kepada segala pengetahuan dan melaluinya jugalah, kita berpeluang menghayati keindahan dunia. Kalau tidak kerana Internet, kita gagal mengikuti arus perkembangan dunia. Malah, gagal menguruskan kehidupan kita dengan lebih bersistem. Tetapi di dalam Internet ada baik dan buruk. Inilah yang kita kena dan harus ingat dan kita kena didik nilai diri sendiri supaya tidak terdorong kepada yang buruk. Kita kena ada kesedaran dan peningkatan dalam sudut pengetahuan.

Tanggungjawab keselamatan ini tanggungjawab kita bersama. Di harap semua pihak supaya berwaspada dalam penggunaan komputer kerana mutakhir ini, banyak berlaku kes kecurian identiti dalam talian dan buli siber. Sekiranya tak dibendung entah apa akan jadi di masa akan datang? Cuba tengok ciri2 internet masa depan : apa itu web 1.0, web 2.0 dan web 3.0

18 thoughts on “langkah bijak menggunakan jaringan

  1. Faarihin

    wah.. entri yang bagus untuk kesedaran bagi pengguna-pengguna internet.. kadang2 sy pun alpa tentang hal ini.. lebih merisaukan bila bebudak kecik zaman skang memang lagi advance tentang internet ni.. terlalu merbahaya jika mereka menggunakan internet tanpa kawalan dari ibu bapa..
    .-= Faarihin´s last blog ..Pentingkan Yang Lebih Penting =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… nak kawal memang tak semuanya boleh dikawal yang penting tindakan memberi pengajaran awal, aku rasa adalah sangat2 perlu… itupun terpulanglah pada yang menerimanya (bebudak tu le)…harap2 yang mengajar pun dapatlah menggunakan tatacara yang betul…

      Reply
      1. Faarihin

        tu lah.. bebudak skang ni bukannya nak ikut cakap org dewasa.. depan mungkin pura2 dia patuh.. belakang kita.. ntah apa bendalah yg dibuatnya.. bebudak skang makin bijak..
        .-= Faarihin´s last blog ..Alien 2010 =-.

        Reply
        1. hazlan Post author

          Bijak kearah kebaikan tak pe… bijak arah songsang peh… menakutkan betul

          Reply
    1. hazlan Post author

      itulah… sangat2 mudah terpengaruh… ayat manis sikit terus terjebak… any idea bernas nak dikongsikan?

      Reply
    1. hazlan Post author

      gitula cadangnya… zuwairiaiman… TQ2 sama2 la kita…

      Reply
  2. bloginformasi

    Banyak juga masa dihabiskan menggunakan jaringan sosial. Kalau bijak gunakannya banyak bawa faedah. Cuma orang kita selalu gunakannya untuk aplikasi kurang berfaedah.
    .-= bloginformasi´s last blog ..Nizar Kemalangan =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      adakah faktor umur atau faktor media… ? atau ada faktor lain… peh tak terjawab aku rasanya…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tak tau la anak sendiri lak macamana… mudah2an boleh mengenal erti sume ni… amin

      Reply
  3. mzm

    huhu~ satu perkongsian yg berilmu brO..
    saya setuju.. dlm kita ni sibuk bertenet ni
    tak sedar pun yang kita ni dalam risiko penjenayah siber..

    sekarang byk gak web2 scam ni.. aritu sy kena penjenayah ebay..
    msg dia bg sejibik cam ebay pya.. mntak id n pass..
    tpi rupe2nye scam.. nsib baik mber bgtau.. huhu~
    .-= mzm´s last blog ..Azam Setinggi Awan =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ye ke bro? peh sib baik…. kalau tak ya ampunnn… macamana laa bg org yg tak tau tu agaknya erk? kalau terjumpa lagi leh screenshot tak bro… kita kongsi ramai2…

      Reply
  4. Zymazara

    Aku pernah diterjah oleh seorg wanita yg dikategorikan sbg lunatic di alam siber nihhh.
    Dia memburukkan aku & family aku dlm blog lain.
    Aku buat laporan polis.

    😉
    .-= Zymazara´s last blog ..Happy Ending!!!! =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      peh sungguh teruk perempuan itu… apalah yang nak dicemburukan… elok gak tu buat laporan polis… sekurang2nya tak ada mangsa seterusnya… mudah2an

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *