apa itu web 1.0, web 2.0 dan web 3.0

By | December 25, 2009

web123

Pergerakan arus teknologi dan maklumat sangat cepat dan aku pasti tak terikut oleh kita. Ada sahaja idea dan koleksi2 terbaru wujud dan muncul. Informasi kali ni aku nak kongsikan apa itu web 2.0 dan web 3.0.

Pada tahun 2006 John Markoff telah menyebut tentang sebuah konsep web masa depan yang merupakan arah perkembangan teknologi web yang akan melangkaui generasi web 2.0, dan ini lah dia web generasi dan teknologi baru Web 3.0. Dimana konsep Web 3.0 adalah smart internet experience, atau mudah disebut intelligent internet experience.

Menurut Nova Spivack, perkembangan web 3.0 akan terus beredar pada tahun 2010-2030, beliau adalah pakar dan pioner di bidang semantic web, ianya adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep 3.0 adalah semantic web.

Era Perkembangan Web
Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001
Adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.

Era Bubble Burst bermula tahun 2000
Dikenali juga sebagai DotCom Bubble Burst atau Dotcom Crash juga DotCom Doom. Pada tahun 1998, Google berdiri dan internet menjadi semakin mudah untuk digunakan.Waktu itu potensi laman wen dengan format portal dengan berita dan kedai2 online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur2. Di Amerika sendiri berbillion dollar dilaburkan untuk masuk didalam bidang jaringan online yang sayangnya tidak semua laman web dengan modal yang amat besar berjaya dihasilkan. Pertengahan tahun 2000, gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah (burst).Dana ini tiada pusingan untuk menjadi keuntungan.

Era web 2.0 bermula dari 2001 sehinga sekarang…
Ianya merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Pada web 2.0 content tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung2 yang lainnya dapat memberi komen,bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 adalah: youtube, facebook dan korang sendiri sudah sedia maklum. Bertapa mudahnya ia.

Era web 3.0
Dikatakan akan bermula pada 2010 tak lama lagi tu kalau mengikut karangan ini ditulis (Dis-2009). Syarat dan konsep yang paling penting dan perlu ada ialah bercirikan semantic web.Semantic Web adalah laman web yang dilengkapi struktur komputer yang boleh berfikir.

Antara ciri2 khas web 3.0

  1. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu
  2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media
  3. Network Computing: Perisian adalah sebagai model2 bisnes, service laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran computer, pengskalaan komputer,pelebarluasan komputer.
  4. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open source/percuma
  5. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas
  6. The interligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based datastores.
  7. Distributed Database: Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database)
  8. Aplikasi bersifat pintar dan bijak

Jadi jika keseluruhan diatas dapat dilaksanakan dan dihasilkan barulah akan wujuds emantic web. SIOC ( http://sioc-project.org ) adalah pejuang yang menghasilkan semantic web.

Ringkasan: Ianya hanyalah sebuah istilah untuk konsep dan cara bekerja dari manusia kepada informasi di dalam jaringan. Ianya bukanlah teknolagi bernama 1.0, 2.0 atau 3.0. Web 1.0 membicarakan komunikasi 1 hala.Web 2.0 membicarakan komunikasi 2 hala dan web 3.0 adalah membicarakan mengenai semantic web: iaitu web cerdas yang boleh memahami keperluan user berdasarkan sejarah aktivitinya di jaringan.

Carian sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Semantic_Web
http://semanticweb.org/wiki/Main_Page

12 thoughts on “apa itu web 1.0, web 2.0 dan web 3.0

    1. hazlan Post author

      Faarihin slow2… pasal ni gak aku slowkan entry bagi peluang2 kekawan lain dapat memahaminya…

      Reply
    1. hazlan Post author

      Dengar khabar web 4.0 akan menyusul… untuk pengatahuan internet Malaysia adalah di Taiwan jadi kena bawak balik sini kalau nak betul2 laju… gempa bumi kalu sume abis… tak kiralah apa jenis line internet sekalipun yang ada kat malaysia ni

      Reply
  1. malik

    maaf, saya sebenarnya tidak berapa faham lagi tentant konsep web 2 ni. boleh tak tolong ceritakan sedikit tentangnya. konsepnya, tujuannya. sekian.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu kalau nak di cerita tu panjang lebar… konsepnya ringkasnya mudah je… berhubung dan mencapai apa sahaja maklumat secara terus menerus dihujung jari dan di depan mata.. tujuannya adalah kemudahan yang di letakkan untuk digunapakai tanpa batasan. Hanya pandangan aku ..

      Reply
    1. hazlan Post author

      tunggu hsbb siap satu malaysia… mungkin dapat menikmatinya kelak…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge