antara kerjaya dalam IT

By | June 9, 2011

Kerjaya dalam bidang IT (Information Technology) adalah meluas namun bidang yang  diceburi dalam IT  dan seterusnya akan menjadi seorang yang Profesional dalam bidang IT adalah individu yang mempunyai pengetahuan teknikal, pengalaman dan kelayakan untuk bekerja dalam industri IT ini. Jadual berikut memperlihatkan beberapa contoh bidang kerjaya biasa diceburi dalam profesional IT.

Bidang/Kerjaya dalam IT Perihal
Pentadbir rangkaian
  • Pentadbir rangkaian bertanggungjawab untuk menguruskan komputer pada rangkaian.
  • Tugas mereka termasuk memasang dan menyelenggarakan rangkaian dan menambah serta mengeluarkan individu daripada senarai pengguna yang dibenarkan.
Pentadbir pangkalan data
  • Pentadbir pangkalan data bertanggungjawab untuk menyelenggarakan pangkalan data yang mengatur maklumat yang disimpan dalam komputer.
  • Pentadbir pangkalan data juga bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang perlu diberi akses ke bahagian tertentu dalam pangkalan data.
Pentadbir Web
  • Pentadbir web bertanggungjawab untuk menguruskan laman Web. Mereka sama ada terlibat pada peringkat semasa laman Web sedang dicipta atau apabila laman Web berfungsi.
  • Pentadbir Web merujuk pada klien yang memiliki laman Web dan bakal pengguna untuk memastikan laman Web mengikut keperluan mereka.
  • Pentadbir Web juga merancang audit dan menyemak untuk memastikan laman Web selamat dan dikemaskinikan.
Profesional grafik komputer
  • Profesional grafik komputer mencipta grafik dan animasi untuk tujuan komersil dengan menggunakan komputer.
  • Mereka menggunakan perisian pengeditan foto untuk mempertingkatkan kualiti grafik.
Penulis teknikal
  • Penulis teknikal mencipta dokumentasi mengenai sebarang jenis teknologi. Contohnya, penulis teknikal mencipta dokumen bantuan dan fail bantuan dalam talian untuk menyelesaikan masalah teknikal.
  • Mereka juga menulis artikel teknikal untuk majalah dan kertas mengenai teknologi akan datang dan peranti digital.
Pengaturcara
  • Kerja pengaturcara adalah untuk menulis aturcara yang digunakan untuk mencipta perisian. Mereka juga menguji dan menyelenggarakan perisian.
  • Pengaturcara mungkin bekerja sendirian atau dalam pasukan untuk mencipta aturcara.
Pembangun Perisian
  • Terdapat ramai orang yang terlibat dalam pembangunan perisian. Kerja pembangun perisian adalah untuk menyelaras dengan semua orang yang terlibat dan memperkemas keseluruhan proses pembangunan perisian.
  • Apabila terdapat berbilang pengatur cara yang menulis untuk perisian yang sama, pembangun perisian juga bertanggungjawab untuk menghimpun kerja semua pengaturcara dan mengintegrasikan ke dalam perisian.
Pereka laman Web
  • Pereka laman Web bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyelenggarakan laman Web organisasi.
  • Mereka juga bertanggungjawab untuk menganggarkan bajet yang diperlukan untuk menyelenggarakan dan mengemas kini laman Web.
  • Pereka laman Web juga menyimpan rekod bilangan pelawat ke sesuatu laman Web.
Pereka permainan
  • Pereka permainan bertanggungjawab untuk menentukan rupa dan fungsi permainan. Permainan boleh jadi dari pelbagai jenis, seperti permainan aksi, permainan perlumbaan dan permainan pengembaraan.
  • Pereka permainan perlu menggambarkan permainan sehingga ke butiran yang paling kecil. Contohnya, jika mereka sedang mereka bentuk permainan perlumbaan mereka membayangkan jenis berlainan kenderaan, warna kenderaan dan jenis litar perlumbaan.

21 thoughts on “antara kerjaya dalam IT

    1. hazlan Post author

      betultu terlalu banyak… namun permintaanmasih teta ada…jgn risau

      Reply
    2. aktechpage.com

      Mmg banyak Graduan ICT di Malaysia, tetapi peratusan yg benar2 mempunyai pengetahuan teknikal dlm ICT masih lg kecil. Kadanag2 yg ada sijil ICT sekadar ambil untuk mendapatkan sijil je. Kemahiran teknikal xde.. 🙁

      Reply
      1. hazlan Post author

        betul juga tu… bidang ICT memang perlu banyak pada praktikal…

        Reply
    1. hazlan Post author

      permintaan sentiasa diperlukan… lebih2 lagi kalau tahu banyak perkara…

      Reply
  1. suri

    setuju dgn seranai bro di ats..
    it mmg tak lari dari guna pc..walau tak semua perkara dpt d pelajari tapi ada kena mengena sikit2 tu oklah heee..

    Reply
  2. lazaac

    sy lebih berminat nak jadi pentadbir web… lebih mudah, cuma jika laman web dihacked oleh pihak yg tidak bertanggungjawab, sy jgak yg kena bertanggungjawab nanti… :p

    Reply
    1. hazlan Post author

      tul latu… buatlah apa yang kita minat…. tentu seronok rasanya…

      Reply
  3. zik

    masih ada lagi permintaan.. tapi kebanyakkannya nak pengalaman… tapi kalau bergerak sendiri pun ok dah sekarang nie..cuma kena pastikan betul2 serius..

    Reply
    1. hazlan Post author

      boleh nak bergerak sendiri… ingat nak buat perkhidmatan bergerak… ok ke?

      Reply
    1. hazlan Post author

      programmer… dalam pentadbir pengkalan data, pentadbir web, pengaturcara, pembangun perisisn, pereka laman web dan lain2 adalah dari kategori programmer…

      Reply
  4. Fariz

    saya berminat dalam IT… tapi saya tak tau nak pilih yang mana satu..
    saya tahun ni SPM.. apa kelulusan yg di perlukan agar dapat mngambil bidang2 kat atas tu??
    semua saya minat.. tapi boleh bagi cadangan kerjaya mana yg lbeh extreme..

    Reply
    1. hazlan Post author

      Terima kasih kerana menyinggah Fariz… IT memang banyak cabang… untuk lebih extreme bagi aku adalah bidang programming… namun bidang ini juga banyak cabang dan cabarannya tersendiri… apapun jika ada kemampuan dan minat tak ada masaalah… insya Allah… semoga berjaya dalam SPM nanti…

      Reply
  5. AMIRA

    Berminat dalam bidang IT ??
    – DIPLOMA IN INFORMATION TECHNOLOGY –
    Syarat kelayakan : Min 3Credit termasuk MATEMATIK serta Lulus BM & SEJ.
    Kelebihan : –
    *Tempoh 2 Tahun Pengajian
    *Praktikal selama 6 Bulan
    *Layak mendapat 3 Sijil
    *Boleh memilih MAJORING pada tahun kedua

    Hubungi 01133509290 ( Cik Amira )

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *