Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak

By | August 11, 2010

Susah senang silih berganti, Mesti pasrah takdir ilahi, Bulan Ramadan muncul lagi, Melatih mengenal harga pribadi.

Sabda Rasulullah saw.:

“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.”

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

“Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga”

Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.”

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan:

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Puasa dan Teknologi

Sebagai Pencipta manusia, jasad dan roh, Allah s.w.t. pasti lebih tahu apa yang baik untuk manusia. Kewajipan puasa tidak hanya bertujuan merawat jiwa manusia dalam ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah tetapi juga sebagai terapi tahunan untuk tubuh manusia.

Ini jelas dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 184 bermaksud: Berpuasa itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahui.

  • Puasa telah sedia dikenali sebagai satu rawatan semula jadi untuk pelbagai jenis penyakit sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ramai pakar perubatan kuno berpuasa dan menyarankan pesakit-pesakitnya agar berpuasa sebagai satu kaedah rawatan. Contohnya, Ibnu Sina: memang dikenali sebagai seorang pakar perubatan dalam Islam, menyifatkan puasa sebagai rawatan untuk pelbagai jenis penyakit.
  • Malah doktor2 Islam kini mengakui puasa boleh mengubati penyakit cacar dan sifilis. Napoleon ketika menawan Mesir, mengamalkan terapi puasa untuk mengawal penyakit berjangkit. Dr. Fredrick Hoffman, dari Universiti Moscow pada 1769 menasihatkan pesakit-pesakitnya agar berpuasa ketika sakit. Menurut beliau, puasa memberikan masa untuk perut berehat dan memberikan ruang untuk tubuh mengembalikan kekuatan.

Allah sendiri menjelaskan bahawa puasa yang diwajibkan ke atas kita ini telahpun diamalkan oleh umat-umat sebelum ini. Firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

  • Pada kurun ke-19, Zeland, seorang pakar perubatan Rusia, mengumumkan bahawa puasa memberi kesan positif kepada urat saraf, sistem penghadaman dan darah. Katanya lagi, puasa memberikan masa yang cukup untuk tubuh berehat, di samping beroleh kekuatan baru.

Sebenarnya hakikat puasa sebagai terapi melawan penyakit bukan sesuatu yang baru. Rasulullah yang hidup pada zaman gelap sains, mengakui bahawa puasa adalah senjata untuk melawan penyakit. Sabda baginda, “Puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri”. (riwayat Imam Ahmad)

  • Pakar2 moden kini mengesahkan bahawa setiap orang perlu berpuasa, sama ada orang itu sihat, apatah lagi jika sakit. Pelbagai racun memasuki tubuh sepanjang hidup kita, melalui makanan dan minuman moden yang tidak sihat dan sarat dengan bahan kimia dan udara yang tercemar.
    • Tubuh tidak mampu menyingkirkan semua racun ini dan menyebabkan manusia semakin lemah. Puasa dapat memberi ruang dan kesempatan untuk sel2 tubuh membersihkan diri mereka daripada racun2 ini dengan lebih berkesan. Berbeza dengan amalan diet biasa, kaedah puasa Ramadan adalah yang terbaik kerana dilakukan dengan sistematik setiap tahun.
  • Walaupun keberkesanan terapi puasa terhadap tubuh telah diakui tetapi perkara paling menakjubkan ialah kemampuannya untuk merawat masalah psikologi yang kritikal. Puasa memberi masa untuk sel2 otak berehat dan pada masa sama, bertindak membersihkan sel2 darah daripada toksik. Darah bersih yang memasuki otak ini akan turut sama membersihkannya.
  • Hasilnya, orang yang berpuasa mempunyai otak yang lebih kuat dan cerdas untuk berfikir. Ini dibuktikan apabila Pengarah Institut Pesakit Mental Moscow, Dr. Yuri Nikolayev, merawat 7,000 pesakit mental dengan menggunakan terapi puasa, setelah semua kaedah dan ubat-ubatan lain tidak berkesan. Menakjubkan rawatan ini berjaya!
  • Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang tidak membenarkan mereka yang mempunyai masalah psikologi berpuasa seperti pesakit yang menderita epilepsi (sawan) yang disebabkan oleh kekurangan kandungan gula dalam darah kerana memerlukan pengambilan ubat sepanjang Ramadan.
  • Begitu juga dengan pesakit skizofrenia, menggunakan ubat yang menyebabkan mulut kering dan dahaga.
  • Pengguna Lithium juga tidak boleh berpuasa kerana kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan kepekatan darah dan menukarkan dadah menjadi racun.
  • Kebanyakan doktor menyarankan agar pesakit diabetes jenis 2 agar tidak berpuasa kerana memudaratkan. Tetapi, Dr. Riyadh Sulaimani dan rakan-rakannya di Kuliah Perubatan Hospital al-Malik Khaled al-Jami’, pada 1990, telah menjalankan kajian tentang kesan puasa Ramadan kepada pesakit diabetes jenis 2.
    • Seramai 47 orang pesakit diabetes jenis 2 yang terlibat dalam kajian ini telah berpuasa dan didapati tidak terdapat kesan yang memudaratkan kepada mereka dari segi berat badan dan kandungan gula dalam badan.
    • Bagaimanapun, mereka ini sebaiknya mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. Pesakit yang bergantung pada suntikan insulin, tidak disarankan berpuasa kerana mereka perlu makan setengah jam selepas suntikan. Namun begitu pesakit yang menggunakan ubat-ubatan, mungkin boleh mengambil manfaat daripada puasa terutama mereka yang mengalami berat badan berlebihan.
  • Puasa boleh membantu anda kekal muda remaja! Sekurang-kurangnya itulah yang di dakwa oleh Dr. Masora EJ dari Fakulti Psikologi Universiti Texas, yang mengkaji kaitan puasa dengan faktor panjang umur dan awet muda. Dengan mengurangkan 50-70 peratus makanan yang diberikan kepada beberapa ekor tikus, didapati ia membantu memanjangkan jangka hayat mereka serta dapat mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan usia.
    • Terapi yang dinamakan sebagai Antiaging Action of Caloric Restriction (CR) ini berkesan kerana pembersihan berterusan sel2 tubuh melalui puasa dapat memanjangkan umur sel dan melambatkan proses penuaan.
  • Selain itu, keperluan badan terhadap protein juga menurun dan ini membolehkan sel2 berehat dengan baik. Puasa juga dapat memperbaharui sel2 dengan cara yang selamat.
  • Benarlah seperti yang disabdakan Baginda, nabi yang ummi yang tidak mengenal huruf, bahawa puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri. Ini kerana, ketika puasa menyebabkan perubahan hormon di dalam badan.
    • Kajian Dr. Kernt et. al, telah mengesan perubahan dalam pengeluaran Hormon Pembesaran (Growth Hormone) oleh kelenjar pituari dalam tubuh orang yang berpuasa.
    • Ini memberikan kesan positif dalam menguatkan sistem imuniti tubuh. Seperti yang kita tahu, sistem imuniti adalah ‘senjata’ mempertahankan diri daripada serangan luar. Dengan semua nikmat ini, bulan Ramadan layak dinobatkan sebagai Bulan Kesihatan Sedunia!

Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan nikmat Ramadan ini. Kita berpuasa kerana Allah, begitu juga dengan semua ibadat lain. Kerana ketaatan ini, kita menerima kebaikan di dunia dan di akhirat berupa kesihatan yang baik. Sedangkan pada masa yang sama orang bukan Islam berhempas pulas mengkaji tentang puasa, nikmat yang telah lama kita kecapi.

Di kesempatan ini aku ingin menyucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua rakan2 dan umat islam, hayatilah fadhilat Ramadhan dan cari keberkatan dan hidayah-Nya. Moga kita dianugerahkan kekuatan menjalani tuntutan puasa & melipat kali gandakan amal. Maafkan segala kekhilafan aku yang ada, yang zahir atau mahupun yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

56 thoughts on “Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak

    1. hazlan Post author

      selamat menyambut puasa jugak zik… zero zero… huhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      Selamat berpuasa juga bro… semoga kita sama2 dapat barakah di bulan mulia ni…

      Reply
  1. ST

    Info yang padat 🙂 . memang banyak kelebihan berpuasa hingga researcher omputeh pun mengaku puasa ni banyak faedah.

    Reply
  2. Riza

    Assalammualaikum,bro..
    Selamat menyambut bulan puasa,bro. Mari kita sama-sama tingkatkan amalan kita di bulan yang mulia ni.
    Seronok betul puasa.

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat berpuasa kembali… ya memang seronok… rasa meriah jek puasa taun ni… tak tau la naper…

      Reply
  3. kulanz

    salam bro,
    Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa..
    terima kasih juga kongsi info di atas tu..

    Reply
  4. etomyam

    selamat berpuasa bro, besar rupanya hikmah puasa ni bukan sahaja spiritual malahan physical..subhanallah

    Reply
    1. hazlan Post author

      betu tu… memang baik dan elok kan bepuasa… umat islam amat bertuah.. jadi bersyukurlah hendaknya… selamat berpuasa jugak bro

      Reply
  5. Mr.Z

    selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak 🙂
    info yang bermanfaat buat kita semua..

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat berpuasa juga faarihin… memang banyak kalau nak di kumpul tak terhingga rasanya…

      Reply
  6. aktechpage.com

    Salam Ramadhan & Selamat berpuasa bro…
    Uiksss.. banyak jugak yek kelebihan berpuasa dari segi kesihatan badan manusia…
    ye la, nabi pun selalu berpuasa walaupun bukan di bulan ramadhan…
    Ini kerana menurut 1 sumber, perut merupakan salah 1 sumber penyakit utama…
    Kebanyakan penyakit datang daripada cara pemakanan kita..

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat berpuasa jugak bro… memang betul tu setuju banget…

      Reply
    1. hazlan Post author

      alamak aku belum lagi ni… dengan family mentua hari2 ni…

      Reply
  7. AyieBlog

    Salam,bro mancai selamat menunaikan ibadata puasa :),barakallah semuga diberkati allah swt :),nice info thank q so much my bro :).

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat berpuasa juga ayie… sudah beli baju raya kee? huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      Al-Fatihah untuk arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat

      Reply
  8. Eyl

    selamat menyambut ramadhan.. thanks artikel yang bermanfaat ni. moga diberi pahala berlipat ganda.

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat menyambut puasa juga… semoga puasa kita akan diberkati

      Reply
  9. suri cahaya cinta

    sesungguhnya puasa itu sungguh indah dan banyak kelebihannya kepada manusia.

    selamat berpuasa sahabatku..semoga ramadhan akan d sambut dgn penuh ketaqwaan..ksyukuran

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam kenal juga.. dan selamat berpuasa.. terima kasih kerana menyinggah

      Reply
  10. Faarihin

    puasa ni memang bagus untuk kesihatan kan.. sbelum ni sy tak sempat baca.. tengok sekali imbas aje.. hehehe..

    Reply
    1. hazlan Post author

      tul tu.. tak pe.. terima kasih kerana menyinggah lagi erk..

      Reply
  11. lazaac

    selamat berpuasa bro… semoga amalan kita mendapat keberkatan dari Allah… salam Ramadhan.. 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat berpuasa juga lazaac…. apa pun amalan semoga ianya diterima… Insya-Allah

      Reply
  12. hafizmd

    terbukti Islam itu indah dan complete package..same2 kite amalkan Islam yg sebenar dalam hidup..ameen

    salam ramadhan dan selamat berbuke pose 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      Betul tu bro… selamat berpuasa, berbuka dan bersahur…

      Reply
  13. azizan4444

    entri menarik sekali utk dikongsi..selamat menjalani ibadah puasa bro..semoga ramadhan kali in lebih bermakna..

    Reply
    1. hazlan Post author

      amin… selamat berpuasa jugak terima kasih bro sama2 lah kita… Insya-Allah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *