Sebelum ini aku pernah membuat pengenalan berkenaan sistem pengoperasian LINUX kali ini mari kita sama2 apakah yang dikenali pula dengan sistem pengoperasian UNIX ?
Ia disebut sebagai yoo-niks, merupakan satu multi-user yang popular, mula dicipta di Bell Labs ( Bell Telephone Laboratories) pada awal tahun 1970-an. Unix adalah sebuah sistem pegoperasian yang matang, satu perisian yang mengawal komputer dan mempunyai ciri2 terbaik dari segi keselamatan, pelbagai penggunaan dan boleh digandingkan dengan komputer berkapasiti tinggi. Ia direka supaya mudah dikendali, cekap dan mempunyai pelbagai suasana dalam penggunaan komputer. Mempunyai pelbagai versi mengikut pengeluarnya dan agak rumit untuk mempelajarinya bagi kebanyakan pengguna yang masih baru mengenali komputer.
UNIX dicipta oleh sekumpulan pengaturcara. UNIX direka menjadi satu sistem yang kecil dan flexible khusus untuk kegunaaan para pengaturcara. UNIX merupakan sistem pengoperasian yang pertama yang ditulis dalam bahasa paras tinggi iaitu C. Ini bermakna ia boleh di pasangkan secara mutlak dalam mana2 sistem komputer yang terbina Pengkompilan bahasa pengaturcaraan C dari komputer peribadi sehingga ke Supercomputer.
Bell Labs telah mengedarkan sistem pengoperasian ini dalam satu bentuk sumber bahasa supaya sesiapa sahaja yang mendapat salinan boleh membuat pengubahsuaian untuk kegunaan sendiri. Pada akhir tahun 1970, pelbagai versi UNIX telah mula dijalankan di pelbagai tempat dan lokasi. Waktu itu harganya yang murah serta mudah untuk dibawa menjadikannya pilihan utama antara pusat2 pengajian tinggi. (murah oleh kerana peraturan antitrust melarang Bell Labs daripada menjualnya dalam pasaran).
Pada tahun 1982, AT & T mula bergiat menjual UNIX . Ia juga sebagai permulaan proses yang amat panjang dan sukar untuk mentakrif versi piawai sebenar bagi UNIX. Awalnya, terdapat dua dialek utama UNIX iaitu salah satunya dihasilkan oleh AT & T yang dikenali sebagai System V dan satu lagi dihasilkan di Universiti Berkeley dan dikenali sebagai BSD.X,X menjadi nombor dari 1 hingga 3.
Disebabkan ia portable, berkuasa dan flexible, UNIX telah menjadi Sistem Pengoperasian yang penting untuk stesen2 pekerjaan dan pembelajaran. UNIX kurang popular dalam pasaran komputer peribadi tetapi dengan munculnya satu versi baru yang dikenali sebagai Linux , ia telah mula muncul dalam semua platform.
- Standard UNIX yang terkini ialah yang pertama System V Unix yang dibangunkan oleh AT & T ( kemudiannya dimiliki oleh Unix System Laboratories) dan SUN serta OSF/1 UNIX oleh IBM, DEC dan HP. Mereka telah bersetuju dengan standards set yang dibuat oleh Jawatankuasa POSIX , yang kedua adalah keluarga Unix BSD ( Berkely Software Distibution) dan keluaga Unix terakhir dimana kodingnya tiada kaitan lansung dengan koding asal UNIX iaitu klon Unix yang di kenali sebagai LINUX.
Gambarajah (atas): Keluarga UNIX
Sejarah UNIX
- Pada tahun 1965 Bell Lab bergabung dengan MIT dan General Electric dan telah membuat ikhtiar untuk membangunkan satu sistem pengoperasian baru, dengan panggilan Multics yang akan membekalkan sistem fail yang Multi-User, Multi processer dan Multi Level (hierarchical) yang mana adalah antara ciri terbaru.
- Pada tahun 1969 AT & T kurang berpuas hati dengan perkembangan projek Multics mereka lalu menarik diri. Sesetengah pengaturcara Bell Labs yang telah membuat projek ini seperti Ken Thomposon, Dennis Ritchie, Rudd Canaday dan Doug Mcllory telah melaksanakan satu versi sistem fail UNIX yang pertama pada PDP-7 seiring dengan beberapa Utiliti. Ia diberi nama UNIX oleh Brian Kernighan sebagai penggunaan kata2 lucu yang mempunyai bunyi yang sama pada Multics.
- 1970 – Jan ! TIME ZERO untuk UNIX
- 1971 – Sistem ini kini dijalankan pada PDP -11 dengan memori 16 kilobytes termasuk 8 kilobytes untuk aturcara pengguna dan disk 512 kilobytes. Penggunaan pertamanya yang sebenar ialah sebagai alat pemproses teks untuk Bahagian hakcipta di Bell Labs.
-
- Penggunaannya telah memberi sebab yang munasabah bagi penyelidikan selanjutnya oleh kumpulan pengaturcara tersebut. UNIX menjadi popular di kalangan pengaturcara kerana ia direka dengan ciri2 berikut:
- Persekitarannya mesra dengan para pengaturcara.
- Perantaramuka yang mudah untuk pengguna.
- Utiliti2 mudah yang boleh digabungkan untuk melaksanakan fungsi yang berhierarki.
- Perantaramuka mudah ke alat yang selari dengan format fail.
- Sistem Multi-user, multi-process.
- Senibina yang tidak bergantung kepada yang lain dan lutsinar kepada pengguna.
- 1973 – UNIX ditulis semula yang kebanyakannya dalam C, satu bahasa baru yang dimajukan oleh Dennis Ritchie. Usaha untuk memasukkannya ke dalam mesin baru menurun dengan mendadak kerana ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan paras tinggi.
- Pada tahun 1974 Thompson dan Ritchie telah menerbit satu dokumen dalam Communications of the ACM yang menjelaskan UNIX OS yang baru. Ini telah menarik minat komuniti akademik dimana ia dilihat berpotensi untuk digunakan sebagai alat pengajaran dalam bidang pengaturcaraan. Memandangkan AT & T telah dilarang menjual produk ini berikutan dengan Consent Decree 1956, mereka telah memberikan kebenaran mendapat hak kepada Universiti untuk tujuan pendidikan dan komersil.
- 1977 – Mula terdapat kira-kira 500 laman UNIX di seluruh dunia.
- 1980 – Kemunculan BSD 4.1(Berkeley Software Development).
- 1983 – Sun OS, BSD 4.2, Sys V.
- 1984 – Mula terdapat kira-kira 100,000 laman UNIX yang dijalankan pada platform berlainan perkakasan dengan pelbagai kebolehan.
- 1988 -AT & T dan Sun Microsystems bersama-sama mencipta System release 4 (SVR 4). Ini kemudian akan dibangunkan kepada UNIXWARE dan Solaris 2.
- 1993 -Novell membeli UNIX daripada AT & T.
- 1994 -Novell memberi nama ‘UNIX’ kepada X/OPEN.
- 1995 – Santa Cruz Operations membeli Unixware daripada Novell. Santa Cruz Operations dan Hewlett Packard mengumumkan yang mereka akan membangunkan Unix versi 64-bit bersama.
- 1996 -International Data Corpoiration meramalkan yang dalam tahun 1997 telah ada 3 juta sistem UNIX yang dibawa dengan kapal ke seluruh dunia.
- Penggunaannya telah memberi sebab yang munasabah bagi penyelidikan selanjutnya oleh kumpulan pengaturcara tersebut. UNIX menjadi popular di kalangan pengaturcara kerana ia direka dengan ciri2 berikut:
Lihat sumber:
Utama : http://www.unix.org
Forum : http://www.unix.com
salam..
hoo..lama juga unix ni menapak di dunia pengaturcaraan ya..huhu..
bunyi dia sama dng linux plak hee..
huhuhu memang lama suri… cuma linux ni adalah cabangan unix.. sebab tu macam sama jek…
apakah versi-versi unix…?
Unix banyak versi… versi yang terkini adalah versi 10 tapi dalam sepuluh tu banyak cabangnya… boleh tengok kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/Research_Unix dan Unix operating system http://en.wikipedia.org/wiki/Category:Unix_variants juga http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Unix_systems
Huhu, teringat dulu masa belajar kat kolej pasal UNIX =P
huhuhu ader belajar erk… menarik tu…
Wahh lengkap sekali entri ni,boleh buat rujukan bagi mereka yang tercari-cari info unix
masa zaman aku study dulu kena pegi perpustakaan negara nak wat rujukan atau beli kat kedai2 buku (harga mahal tu)… namun sekarang ni boleh dicapai hanya didepan mata… harap dapat menggunakan manfaat yang ada ni erk… huhuhuhu
Thanx for the info
Skrg ni aku tgh mempelajari Red Hat Linux 5 ..
Sebab projek skrg menggunakan open source spt linux…
peh red hat linux tu…. menarik2.. projek gomen ke tu bro?
Artikel sejarah UNIX yang menarik :).
🙂 terima kasih bro melayan posting aku ni…
panjang lebar penerangan bro.. terbaik lah.. baru aku faham apa bende unix ni..
terima kasih melayan posting2 aku ni…
hehe.. sama2 bro..
🙂 huhuhu
hehe.. ok bro.. 🙂
taderk hal 🙂
Cukup lengkap. Banyak kena ambil tahu pasal sejarah komputer ni =)
kalu nak di korek memang banyak… cuma kebanyakannya info dari negara2 barat… aku berminat sangat dengan info2 dari negara2 islam lain, bukan tak ada, mungkin bahasa yang derang guna tu yang aku tak paham…
kebanyakan unix digunakan untuk buat server
tak pernah lagi guna unix
yup sesuai benar untuk server aku pernah layan aix dengan sun solaris….
unix nie kira branded sebenarnya… di mata dunia… rugi sapa tak gunakan nya..
daripada guna windows server 2008 baik guna unix… betul memang rugi kalau tak gunakannya
Salam,wa banyak benda ayieblog ketinggalan,masih jauh ilmu it nie :),thank q bro mancai,sharing so seksi :),hehehe
huhuhuhu… aku pun masih banyak yang perlu nak belajar ni…
memang aku tak pernah dengar benda ni bro..bila baca barulah aku paham bendanya. terima kasih atas perkongsian amar berfaedah ini
sama2… 🙂
terbaik…
aku pun tak amik kisah sgt pasal sejarah dia..
tapi memang best..bercabang2 dia puny rangkaian…=)
huhuhu… aku nak mengingat pun penin
saya pernah juga belajar pasal linux dan unix ni..
pastinya unix agal complicated kan bro?
saya baru tahu apa itu unix bro..sebelumnya saya gatau
huhuhu…:)
pergh…aku tak pernah guna UNIX la plak…skg ada lagi ke?
ader… Mac OS… yang lain banyak pada server yang free boleh layan freeBSD dan banyak lagi…
Aku langsung tak paham benda2 macamni ni bro..hehe,buta it betul aku,pas baca info ni tau la ckit2 ,kalau orang tanya bole gak menjawab…thank
betul tu kalau ada orang tanya sekurang2nya terjawab gak… sama kita
aku memang buta pasal UNIX ni bro.. dah baca baru paham sedikit.. terima kasih bro kongsi info ni..
bagus tu… sama2 bro
hoho..banyak gak aku tak tau nih..
moga2 posting aku ni mudah difahami… kalau kurang faham boleh info kat aku erk bro… mungkin aku boleh ubah cara penyampaian nanti..
salam ramadhan incek mancai… (^__^)
errr.. bnyk bnda sy tak tahu bab2 ict ni.. teringin nak amik ict.. tapi cam pening2 la pula.. ehehehe..
Salam ramadhan juga, kalau berminat aper salahnya… tapi kalau sekadar nak mengatahui dan belajar, layan je blog2 yang wat posting pasal ICT derang semuanya mesra2 belaka itu pun dah memadai….
review menarik tentang unix ni..harap sesiapa yg cri info ni tak kecewa nanti dgn adanya entri ini..heeh
terima kasih bro… mudah2an tak ada yang kecewa…
Salam Bro…
Selamat m`jalani ibadah puasa. Semoga p`olehi k`berkatan dari Illahi.
🙂
salam kembali… sama2 la kita… dan semoga segalanya berjalan dengan baik juga lancar walaupun di bulan puasa ni…
Maknanya Linux tu asalnya dari Unix la ye..
yup betul itulah si asal usulnya bro linux tu…
huu..pernah dgar tapi mmg suri kurg faham bab ni adeh….
huhuuhu.. tak pe, lama2 tu kang paham la tu…
Pergh! Pening aku baca bro. Pusing kepala. Hahaha. Pernah belajar Linux dulu tapi dah lupa. Hehehe.
aku rasa dari linux… unix terlalu complicated…
Ha ah.. goverment punya projek… Sistem ePBT punya…server diorang pkai OS Red Hat Linux…
wah bro satu ilmu yang tak boleh dilepaskan ni… bagus2… buat sehabis baik bro
salam bro,,nk tnya ckit adakah operating system sjnis proses..?
operating system luas makna dia… ada untuk software dan untuk hardware..jika untuk perkakasan komputer, sistem operasi ini adalah penghubung antara lapisan hardware dan lapisan software… kalau di ringkaskan ia boleh dikatakan sebagai pemproses untuk melakukan pelbagai proses dan aplikasi, jadilah ia sistem operasi yang diproses oleh pengoperasian sistem (saling membantu dan berhubung kait…) jadi jika hanya dikatakan sebagai sejenis proses adalah kurang tepat rasanya…mungkin lebih tepat sebagai pengendali proses…