Situasi ekonomi negara yang semakin pulih dan berkembang baik, musim Ramadhan dan nuzul Quran,lalu Hari Kemerdekaan Malaysia kali yang ke-53 dan akan datang pastinya sambutan Hari Raya mendapat ulasan seluruh penulisan rakan2 blog. Apa yang berlaku dan tengah berlaku dan pastinya akan berlaku itu semua adalah dengan keizinan-Nya. Aku amat bangga menjadi rakyat dan warganegara Malaysia. Apa sekalipun pencapaian Malaysia selama ini adalah airmata darah dan titisan setiap keringat seluruh rakyatnya.
Antara pencapaian terbaik Malaysia dalam bidang teknologi:
- 1972 -MINT: Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983 PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali sebagai MINT (Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia bertanggungjawab memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.
- 1985-MIMOS: Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System – MIMOS) ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih competatif dan inovatif.
- 1996 -MEASAT: (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulunya Boeing Satellite Systems).
- MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.
- Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan teknologi (ICT). Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Juga dikenali sebagai “MSC MALAYSIA” di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi. Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia perkembangan MSC.
- 7 aplikasi negara (e-goverment). Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh inovatif Aplikasi Perdana. Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai bidang multimedia teknologi. Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat Malaysia di era informasi ini.
- Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagaiguna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi.
- Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian. Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan.
- Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.
- Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.
- 1999 – Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Prof Datuk Dr Mazlan Othman adalah wanita pertama dari negara membangun yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berpejabat di Vienna. Beliau adalah pelajar jurusan fizik di University of Otago pada tahun 1970an di bawah Rancangan Colombo, dan merupakan wanita pertama yang berjaya mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fizik dari universiti tersebut.
- MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada, MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. Tambahan pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan biometrik. MyKad menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri tersebut adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem pengendalian pelbagai aplikasi dengan “firewall” dan platform cip yang selamat.
- 2006 – myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
- Kini nama Malaysia di mata dunia. 1 Malaysia Menjana Tranformasi.
sumber asal: www.malaysiamerdeka.gov.my
Puisi Merdeka
Mengulang-ulangkan lafaz
merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!
merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!
merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!merdeka!merdekamengulang-ulangkan perarakan
jalur jalur jalur jalur jalur jalur jalur jalur
jalur jalur jalur jalur jalur jalur jalur jalur
jalur jalur jalur jalur jalur jalur jalur jalur
gemilang di seluruh pelusuk rusuk negaramengulang-ulangkan seruan
mengulang-ulangkan harapan
mengulang-ulangkan gambaran
merdekakan mereka yang tak merdeka
merdekakan mereka yang tak memerdekakan
merdekakan mereka yang tak memerdekakan kemerdekaan
mengenangkan mereka yang bangun memerdekakanmemerdekakan fikiran
memerdekakan harapan
memerdekakan gambaran
memerdekakan seruan
memerdekakan kuasa
memerdekakan hamba
memerdekakan kamukamu
memerdekakan akuaku
memerdekakan perpaduan
memerdekakan belenggu
memerdekakan pisau
memerdekakan sasau
memerdekakan diammengenangkan jasa-jasa mereka yang bangun memerdekakan
mengenangkan keringat darah mereka yang bangun memerdekakan
mengenangkan tak siapa-siapa mereka yang bangun memerdekakanselepas membaca puisi hari kemerdekaan
selepas mendengar amanat tentang hari-hari kemerdekaan
selepas mencatat matlamat berkenaan sebuah kemerdekaan
dewan yang meruangkan suara
tinggal menyepi yang akan didatangi lagi
setiap tahun dan sekali
jalur-jalur gemilang berkibar sendiri
lafaz merdeka tinggal di telinga hingga didengar
nanti tahun kemudiannya berulang diulangkan lagi
habis di sini!
“Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 untuk semua”
Acara perbarisan dan perarakan akan berlansung pada:
31 Ogos 2010
Tempat: Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Masa: 7.00 pagi – 9.00 malam
best info ni.. byk bnda yg kita dpt tau skng nie
tul tu… hanya di depan mata
sebahagiannya aku dah tau. Sebahagiannya, memang aku tak berapa tahu..
tul kan… kadang kat sebelah kita pun kita tak perasan…
bnyak pencapaian malaysia dimata dunia nie… cuma tahu tak tahu jer..
kena kumpulkan banyak info lagi nampak gayanya…yang mungkin tak kita perasan
Dengan kemerdekaan ini kita telah capai seiring dengan kemajuan teknologi semasa.
Selamat Hari Kebangssan Malaysia Bro!~ π
setuju tu… Selamat menyambut hari kebangsaan juga bro
lagi 20 tahun ko rasa apa akan jadi. perang atau lebh maju? ada kereta terbang? tak perlu pg sekolah, belajar pakai 5G je. conference je ramai2. atau, anak luar nikah bertambah maju? bisnes e-bayi meningkat? roflt!
salah satu kemungkinan tu mungkin juga berlaku… tak pun semua… namun kalau penerapan kesedaran yang menyeluruh mungkin ada perkara lain yang tak dapat kita bayangkan masa sekarang…
baru ni dato seri hisyamudin ada datang univ aku. buat pogram utk budak2 sekolah. laungkan 1Malaysia dll. tapi apa aku nampak. seminggu je bekesan. lepas tu? ada yang balik ke pankal jalan. masih nak menegakkan benang yang basah! tak ramai yang nak menghayati hari kemerdekaan ni. diorang tak hidup zaman tu.
oh ya la.. sama gak kalau bekerja dengan syarikat swasta… tak ada lansung cerita pasal merdeka ni… bendera apakan lagi tak nampak lansung…. bila aku outstation dalam bulan ni daripada 30 tempat aku pergi… satu pun tak ada… ish2 derang ni…
thanks info nih bro Mancai..nice..wah MIMOS dalam lama ek, 1985..masa zaman mula2 Internet kat Mesia dalam tahun 1996 kut, diorang kan yg pegang semua nih..tahu apa yang user Internet Malaysian wat ? betul ker bro?
Selamat hari kermedekaan bro , salam merdeka ..
rasanya MIMOS pada masa itu hanya meneroka kearah pembangunan teknologi jalur lebar untuk melaksanakan RND untuk dibangunkan sebagai perlaksanaan kepenggunaan yang menyeluruh … salam merdeka juga bro…
kat surau aku wat ari khatam al-quran esk..start dari kul 6 ptg..
“13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube”
wah menarik tu! lama tak berkumpul ramai2 mendengarkan hari khatam Al-Quran…
memang betol teknologi yg kita kecapi seiring dengan pembangunan negara kita tapi aku harap pada tahun ni kelajuan sistem jalur lebar dapat dipertingkatkan lagi…
memang aku setuju… bila la server di Taiwan tu hendak di bawa pulang ke Malaysia ni… jangkaannya siap sepenuhnya menjelang 2015.. kalau dah pindah pasti kita akan senyum lebar…
Bila kita flashback kembali
memang banyak kejayaan Malaysia tercinta ni
Salam kemerdekaan buat bro
betul tu teramatlah banyaknya.. kita patut bangga
Malaysia sekarang dah maju..
oleh itu kita semua kena bebas minda ni dengan perkara yg memundurkan..
salam kemerdekaan bro…
ya betul… kedepankan minda… tajamkan akal… luaskan pemikiran… buatlah sehabis baik…
Hrmmm… Siapa PM kita pada kebanyakan pencapaian tu yer..?
Selamat menyambut merdeka.
Macam-macam kemajuan yang Malaysia dah terima yek?
Selamat menyambut merdeka… 2 la kan…
selamat menyambut hari merdeka bro, harapnya negara sentiasa selari dengan arus perkembangan teknologi terkini
selamat menyambut hari merdeka juga bro… betul tu selari dan sekata…
salam kemerdekaan bro… tak sangka begitu banyak perubahan yg dikecapi hasil daripada nikmat kemerdekaan negara kita..
tapi sayang, nikmat yg dikecapi ini semakin berkurangan dengan adanya golongan2 yg ingin merosakkan keharmonian yg kita rasai sejak sekian lama…
entah sampai bila kita akan benar2 merasai nikmat merdeka ini..
itulah tu rosaknya di tangan manusia juga… memang rakus manusia ni…
Salam Merdeka bro…
Wauuu.. pencapaian Malaysia di dalam bidang ICT boleh juga dibanggakan…
Semoga Malaysia terus maju terutama dalam ICT.
salam merdeka juga bro… kita juga yang merasainya… hidup Malaysia, maju Malaysia, selamat Malaysia…
Kita memang maju..lebih banyak boleh dicapai sekiranya kita ketepikan perbezaan dan fokus pada persamaan..puisi tu sempoi!!
yup setuju banget… puisi cacamerba je… huhuhu
blog ko byk info la…trimas la atas info yg diberi…keep it up 2 u!!!
Selingan:aiyakk!!!kene saring SPAM gak kt bawah ni?hehe
u r welcome bro… original themes dari wp memang dah ada huhuhu…
banyak perubahan dapat dilihat saban tahun..
semoga Malaysia terus maju..
sekarang ini pun, negara kita sudah termasuk dalam negara 100 terbaik dunia.. π
bukan senang nak termasuk negara 100 terbaik dunia kan…
Salam merdeka bro…bnyak juga kemajuan malaysia dalam bdang tknologi walaupn negara kita bru 53 thun merdeka..bangga jadi rkyt Malaysia
Salam merdeka juga Hanif… Moga Malaysia terus maju…
salam kemerdekaan dari aku bro, semoga negara malaysia terus maju kehadapan dengan bidang teknologi. yang penting internet kasi laju kaw2. hehe
salam merdeka juga bro… maju dan laju selaju2nya… huhuhu
samal kemerdekaan..kena kibar bendera until 16 sept tau..
huhuhu salam merdeka juga bro… kat kereta dan kat rumah sentiasa berkibar tiap2 tahun mesti ada… dah biasa zaman bujang2 dulu asal merdeka sahaja bendera tak dilupakan….
banyak lagi info yg tak tau nihhh
tengah mencari2 info terkini untuk penambahan lain di masa akan datang jugak ni….
salam merdeka..
dari zaman gelap..ke zaman pelita terus pada sambungan elektrik kini telah melangkah setapak ke era it.
sedar dgn tdk kita sbnarya tlh jauh melangkah..namun apa yg sdihnya jiwa di sebahagian anak muda kita msh di takuk yang lama jua..
semoga teknologi yang sedia ada ini akan diguna pakai dgn sebaiknya..
salam merdeka juga suri… mana yang terlalai eloklah kita sedarkan mereka agar jangan terlalai… bagaimana? rasanya usaha berblog.. berFB juga ada serba sedikit menyumbang kearah kesedaran…. mudah2an mereka sedar… amin
teknologi malaysia sekarang ni dah semakin maju..
harap rakyat dapat gunakan manfaat ni sebaik mungkin..
betul sangat tu bro… manfaat yang ada harus dimanfaatkan…
ceh..banyak betul yg aku x tau lagi pasal malaysia ni rupanya..tu lah asek2 baca surat khabar metro dan kosmo je..lepas ni kena baca utusan dan berita harian lah pulak..baru la macho kan bro!
merdeka!
huhuhuhu… kena tambah modal sikit nampaknya tu bro…
Teknologi bnyk memudahkan kita. Tapi sayangnya zaman teknologi ni moral rakyatnya makin teruk pulak.
zaman dan teknologi berubah.. manusia pun banyak berubah… yang penting kita sama2 fikirkan bagaimana untuk mengatasinya…
Walaupun aku terlambat sikit tapi aku tetap mahu mengucapkan “Selamat Hari Merdeka”…dah 53 tahun kita merdeka. Alhamdulillah..
selamat merdeka juga bro… merdeka semuanya…
Betul, dah banyak pencapaian Malaysia di dunia nie..
memang banyak pencapaian…