kembalinya Atuk kerahmatullah sebelum solat terawih semalam

By | August 25, 2010

Malam tadi masa perjalanan  pergi masjid untuk solat terawih dapat panggilan dari makcik aku… katanya atuk (sebelah isteri ) dah nazak. Jadi aku pun patah balik dan berkemas untuk pergi rumah maklong di Bangsar. Sejak atuk sakit kuat haritu dia memang tinggal di KL sahaja… senang anak cucu yang lain untuk ziarah.

Selang setengah jam dapat panggilan yang atuk dah meninggal dunia 🙁

Sedihnya bila tengok balik gambar raya atuk dan abah  tahun lepas ni. Tahun ni atuk dah takde untuk kami beraya bersama2nya… sedihnya Ya Allah :(…by the time entry ni published aku dah on the way bergerak Melaka. Arwah atuk akan dikebumikan berdekatan dengan pusara arwah nenek.

Semoga roh arwah atuk dicucuri rahmat… meninggal dalam bulan yang mulia ni… sedih memang sedih tapi yang pergi tetap pergi… atuk akan sentiasa dekat dihati.. Al-Fatihah…

58 thoughts on “kembalinya Atuk kerahmatullah sebelum solat terawih semalam

  1. DonHa

    Al-fatihah to atuk kamu. Allah lagi kasih pada beliau. Jangan sedih2.

    baru perasan. dalam bidang IT yea? keje ke belajar lagi? aku pun IT jg, tp belajar lagi.

    Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu bidang kerja aku payah nak disebut… nak diringkaskan aku mula menceburkan diri dalam bidang pengkoperasian. Memang ada ambik student untuk praktikal dengan pelbagai2 bidang.

          Reply
  2. catzer

    Takziah bro, aku tahun ni pun beraya takde nenek dah..tinggal nenek belah abah aku jerk skang ni..atuk2 aku dah lama takde.

    Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih…. teringat kecik2 bila beraya dengan atuk2 memang amat2 meriah…

      Reply
    1. hazlan Post author

      Al- Fatihah… semoga rohnya sentiasa tenang di sana…

      Reply
  3. hang kebun

    salam takziah dr kami sekeluarga…moga roh nya di cucuri rahmat terutamanya d bln ramadhan yg mulia ini….al-fatihah

    Reply
  4. diden

    Alfatihah.. semoga rohnya dikalangan orang2 yg soleh InsyAllah..
    Kuatkan semangat utk mnempuh liku2 macam ni 😐

    Reply
  5. mankuchai

    salam,

    Al-fatihah untuk atuk,
    Saya baru sahaja kehilangan bapa saudara sebelah bapa,beliau meninggal dunia pada pagi isnin yang lalu,saya pun baru pulang dari perlis petang tadi.

    Reply
  6. Affan

    Salam takziah.
    Rasanya mmg ada kelebihan meninggal di bulan yg mulia ini.
    Moga roh arwah dicucuri rahmat.
    Amin

    Reply
  7. Mr.Z

    semoga bro tabah sentiasa…
    takziah diucapkan..
    semoga atuk di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..
    al-fatihah..

    Reply
  8. Nine

    Salama Ramadhan n selamat berpuasa bro, Salam takziah dari kami sekeluarga, Al-Fatihah untuk atuk bro, semoga roh beliau berada dalam golongan2 org yang beriman..

    Dalam bulan ramadhan nih kira banyak keistimewaan ye..

    Reply
  9. suri

    salam..
    Al-fatihan..
    kebetulan sebak dihati suri juga masih tersisa..
    kebetulan adik brdik mak suri yang tua pun telah meninggal semalam..

    smoga roh mrka aman dan tenteram disana..

    Reply
  10. titan

    al-fatihah.

    Kedua-dua atok aku dah tak ada 🙁
    Yang masih ada, kedua-dua nenek aku sahaja 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      cedoklah ilmu apa sahaja selagi mereka belum meninggalkan kita…

      Reply
    1. hazlan Post author

      terima kasih.. ya betul tu.. yang hidup pasti akan mati

      Reply
  11. lazaac

    salam takziah dari lazaac.. semoga bro terus tabah dalam meneruskan kehidupan…

    setiap yg lahir pasti merasai kematian… rezeki Ramadhan…

    semoga arwah datuk bro ditempatkan dalam kalangan hamba2-Nya yang soleh… insyaAllah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *