7 perkara rahsia yang selalu difikir oleh lelaki

By | February 20, 2020

Aku bocorkan rahsia orang lelaki. Ini antara 7 perkara yang kami selalu fikir dan mungkin wanita tidak pernah tahu.

1. Aku mahu anak isteri aku kenyang dan cukup makan di rumah. Aku berlapar tak apa, aku lelaki dan aku kuat. Sesekali aku nak juga bawa mereka makan sedap di restoran.

2. Aku mahu lihat anak isteri aku cukup pakai atas ke bawah. Aku ulang pakai baju yang sama tak apa, bundle pun aku okay, orang tak tahu pun. Sesekali aku mahu belikan mereka pakaian baru yang bagus-bagus di pasaraya.

3. Aku mahu lihat anak isteri aku ada tempat berteduh yang selesa. Aku tidur berbantal lengan pun tak apa, aku kuat dan aku dah biasa begini. Bila sampai waktunya aku mahu beli rumah yang selesa untuk kami anak beranak.

4. Aku mahu lihat anak isteri aku bahagia ke sana sini dengan kereta yang selesa. Aku naik kapcai pergi kerja pun tak apa, sebab aku lelaki dan aku dah biasa. Tak apa, ada rezeki nanti aku beli kereta yang lebih praktikal untuk kami sekeluarga.

5. Aku mahu lihat anak isteri aku gembira bila dapat bercuti setiap kali musim cuti sekolah tiba. Aku sanggup kerja lebih masa untuk dapatkan modal berjalan, aku lelaki dan aku kuat. Bila ada rezeki nanti aku nak bawa mereka bercuti dengan travel keliling dunia.

6. Aku mahu lihat anak isteri aku sihat sentiasa. Aku tak apa, demam dan pening sikit-sikit aku memang sudah biasa, aku mesti kuat sebab aku lelaki. Jika ada rezeki lebih, aku mahu belikan makanan tambahan dan ambil pakej perlindungan untuk seisi keluarga.

7. Bila tiba musim raya, aku orang pertama dalam keluarga yang fikir banyak benda. Sebelum isteri tanya tentang persiapan raya, aku dah siapkan jawapan-jawapannya. Malah, aku sudah mula berusaha lebih awal sebelumnya. Aku mahu mereka beraya dengan sempurna.

Ya, aku lelaki dan tipu kalau aku katakan aku tidak pernah fikirkan semua benda ini. Apa nak jadi, jadilah. Aku hanya mahu buktikan aku juga mampu persembahkan yang terbaik buat anak dan isteriku yang tercinta.

Aku percaya, walaupun mereka tidak pernah tahu apa yang aku sedang fikir dan usaha, mereka tetap akan berdoa. Dan aku amat percaya, kejayaan ini memerlukan masa. Aku takkan berputus asa.

Kredit: 70apparel Sdn.Bhd

2 thoughts on “7 perkara rahsia yang selalu difikir oleh lelaki

  1. Blog Pendidikan

    Bener sekali apa yang dituliskan diatas pada pont 1 janganlah terlalu memanjakan mulut dengan makanan diluar, dirumahpun cukup untuk makan sekeluarga.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ya tuan… lagi mengeratkan sirraturrahim dengan air tangan keluarga…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *