Terkini aku kongsikan sedikit informasi berkenaan penggunaan File-Transfer Protocol (FTP). Telah ada versi pengondam yang berniat jahat untuk mencuri data ketika kita menggunakan aplikasi tersebut.
Filezilla adalah diantara salah satu versi aplikasi sumber terbuka FTP yang popular di laman maya. Namun aplikasi ini telah ada penduanya. Versi pendua yang berniat jahat ini telah diubahsuai walaupun pada fizikalnya ia kelihatan seperti yang sebenar (fail asal), namun sebenarnya telah pun diubah dan dimasukkan kod tambahan dengan niat untuk mencuri data kemasukan yang dilakukan oleh pengguna. Data ini akan dihantar ke pelayan yang telah disediakan oleh pereka tadi untuk pengumpulan maklumat terutamanya kata pengguna dan kod rahsia pengguna. Untuk memastikan ianya yang sebenar, pada aplikasi filezilla korang lihat pada bahagian help kemudian klik about dan lihat gambar di bawah untuk memastikan perbezaan adakah ianya yang original ataupun sebaliknya.
Cara yang baik untuk mengelakkan anasir ini adalah dengan memuat turun hanya daripada laman web aplikasi sebenar iaitu www.filezila-project.org atau laman web yang dipercayai sahaja. Elakkan menggunakan custom downloders atau perisian yang mengandungi adware dan tidak memasang aplikasi yang mencurigakan. Jadi sama-sama kita waspada menggunakan aplikasi FTP. Tidak sahaja pada aplikasi filezilla namun apa juga aplikasi yang lain.
terima kasih maklumat yang berguna ni, harap dapat membantu pengguna nanti.
sama2 bro… mudah2han… insya Allah
thanks bro berkongsi tips tentang ftp ni..
bahaya gak tu..silap2, habis hilang…
lama dah tak bukak http://ftp..asyik ikut cpanel jer..hoho
habis ilang kat server tu yang parah tu….
owh… fyna baru tahu. sebelum nih pernah gak guna benda nih. thanks for the info.
u r welcome moga bermanfaat erk fyna
adakah ia berkaitan dengan download wordpss? untuk peringatan saya juga.
malware sukar kita kesan kalau dah masuk kat dalam pc…. sebaiknya check satu persatu software2 yg kita gunakan… kalau kurang jelas google jer bagaimana caranya… mungkin ada aplikasi yang ok tapi ada aplikasi yang telah dijangkiti atau aplikasi pendua kita gunakan selama ni. Hati2 erk suri…
sy dah check.. nasib baik yg official
syukur… mari kita jauh dan elakkan malware2 ni…
salam, terima kasih atas prkongsian info berguna ni
waalaikumsalam… sama2 kita kongsi..
Selalu gak pakai filezilla ni..lepas ni kena hati-hati dah la..thanks kongsikan..
tu lah tu… huhuhuu
sebenarnya kalau bebetul nak selamat memang kalau boleh downloa direct dari website sebenar
betul tu.. tapi kesian pada orang yg baru nak blaja kekadang agak kurang faham selok belok ni…
Benar tu, sebaiknya kita muat turun dari laman web developer itu sendiri. Muat turun benda-benda cam ni dari 3rd party website mmg boleh mengundang masaalah di masa depan. Thanks for sharing. Kawe tak pakai FileZilla. Dari dulu dah selesa dgn ALFTP.
u r welcome.. alftp pun terbaik jugak tu..
Bila wujud aplikasi fake ni? Baru ni je ke dah lama.. takut terdownload yang fake tu je.
rata2 bagitau fake ni dapat dikenal pasti baru lagi… tapi dah wujud tak tau bila…
dah lama tak gunakan filezilla ni..
bahayanya sekarang ni
tu la tu derang ni asal boleh jer…
pernah juga pakai suatu ketika dahulu..
kini pakai software aper bro?
Wah bahaya btul nih.. Data2 rahsia banyak nih.. Ngeh3x
peh… hati2 bro..
memang kena banyak hati2 ni
aku pula tak pernah guna filezilla
sebenarnya aku tak reti nak guna
yup perlu hati12… nanti kalau dah tau ingat2 yer bro…
adakah ia berkaitan dengan download wordpss? untuk peringatan saya juga.
oh bukan.. ini berkenaan pc ker server… tak kiralah wordpress,joomla atau lain2 fail… kata laluan untuk akses ke server tu yang dicurinya…
malware susah banget kita kesan kalau dah masuk kat dalam pc…. sebaiknya check satu persatu software2 yg kita gunakan… kalau kurang jelas google jer bagaimana caranya… mungkin ada aplikasi yang ok tapi ada aplikasi yang telah dijangkiti atau aplikasi pendua kita gunakan selama ni. turnuwun baget infonya..
mohon pencerahan… apa itu “turnuwun”
Terimakasih buat infonya kak, berguna sekali.. 🙂
sama2.. terima kasih singgah
tak pernah guna lagi…
kalau nak guna.. pastikan yang ori bero… hehehehe
bahaya saya guna kena cari ulr yang benar asli.sekarang orang suka ambil kesempatan.uh..
yup betul tu suri…
Terimakasih sudah berbagi.