Penulisan aku kali ini adalah mengenai kegagalan dan bagaimana cara untuk cuba mengatasinya. Kita telahpun sedia maklum bahawa kegagalan berlaku keatas sebarang peringkat umur terutama sekali dalam golongan atau peringkat seseorang itu dewasa di mana golongan ini amat mustahak bagi menentukan haluan hidup masing2.
Golongan dewasa sepatutnya sudah mampu memilih satu titik kerjaya dan seharusnya telahpun mempelajari transformasi diri dan menerima pendidikan serta seharusnya menjalani tanggungjawab terhadap diri sendiri.
Tidak semua orang itu menerima nasib yang serupa. Banyak faktor yang mengakibatkan sesuatu kegagalan itu berlaku. Terutamanya golongan dewasa yang menemui X faktor yang positif menyebabkan tersasar memilih aktiviti negatif yang tidak terkawal semata-mata ingin melihat sejauh mana kebolehan diri mengusai sesuatu yang ingin dilakukan ataupun bagi mengatasi kemurungan (hindar diri).
Golongan dewasa ini mempunyai kekuatan dalaman yang diransang oleh sikap ingin tahu berkeupayaan untuk diubah pada seawal usia terutamanya golongan belia yang masih lagi di peringkat remaja. Kegagalan adalah berkait rapat dengan kepincangan setelah tamat alam persekolahan dan bermula di peringkat inilah mereka amat mudah terpengaruh dan ingin mencuba sesuatu.
Sesebuah kegagalan ini harus dan perlu ditukar kepada kejayaan. Kefahaman harus diberi kenapa boleh menjadi gagal sebelum memilih aktiviti yang ingin diceburi atau dengan ertikata lain ialah diberi peluang semula.
Kaedah:
- Antara kaedah yang boleh dilakukan juga berkesan adalah dengan melalui Kursus Bersimulator dalam asas pengurusan. Jangan berikan mereka bahan bacaan tetapi bacakan kepada mereka dan praktikkan bersama seperti sebuah permainan ertikata lain perlumbaan. Dengan kaedah ini kita dapat memberi pengatahuan dengan cara menyeronokkan kerana dapat merasai pembentukan yang benar2 berlaku dan berusaha dengan tekanan yang terkawal. Disinilah terdapat lonjakan penerimaan ilmu secara intensif dimana dapat mereka memperhatikan bakat semulajadi masing2.
Sedikit kata2 peransang untuk memulihkan dan bangun daripada kegagalan:
“Sekiranya kamu menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa kamu ke mana-mana. Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu”.
Sekali gagal tidak semesti selama-lamanya akan gagal. Bangun bina kekuatan untuk keluar dari belengu kegagalan.
cuba dan cuba sentiasa…
kegagalan boleh memberi kita pengalaman dan hasil dari kegagalan tu,kita boleh improve untuk melaksanakan dengan lebih baik.. bagus artikel ni bro.. kena berani menemui kegagalan..
terima kasih bro, hidup sentiasa berjuang…
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya
& Selamat Hari Raya Aidilfitri
salam bro, aku juga pohon maaf zahir batin dan selamat hari raya… raya balik mana bro?
Sekali gagal tak bermakna kita gagal selama-lamanya
dan yang paling penting Hidup Berani Untuk Gagal
takut pada kegagalan memang payah dah tu….
aku suka kata-kata peransang tu..
anyway kalau tak gagal kita tak rasa manisnya kemenangan..hehe
huhuhu… 🙂
Kejayaan yang dikecapi dengan halangan yang mencabar akan dirasakan lebih manis.
Nasib orang tak sama, ada orang buat sekali dah berjaya mungkin itu rezeki dia. Ada orang cuba berkali-kali masih belum berjaya, mungkin itu bukan rezeki dia.
Allah itu maha mengetahui tentang apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jika kita dah berusaha dan masih tidak berjaya, cuba benda lain pula… 🙂
betul tu bro setuju benar dengan penerangan ringkas ni…
pastinya akan bangkit dari kegagalan ini… tapi untuk bangkit ini.. perlukan ketabahan dan juga kekuatan yang luar biasa
yup… yang tidak seperti sediakala… lebih dan lebih lagi… semoga tercapai segala hasrat… amin
Gagal tu dah jadi perkara biasa dalam
hidup aku.pernah berjaya dan gagal.
cuma kena bawa keluar duit ambil peperiksaan
sekali.duit RM juga tu.
kadangkala kita gagal bukan sebab diri sendiri… tapi orang lain… kadangkala sebaliknya… namun walauapapun puncanya harus tanamkan semangat untuk terus berjaya… amin, mudah2an kita akan terus berjaya… insya Allah.
salam.
klu gagal tu rasa berguling jer huhu..bila naik biarlah bertahan skit..
jatuh ada sebab tak makna gagal kan sb jatuh ajar kita lbh berhati2 waspada sllu..
betul tu suri… jatuh dan bangun adalah diri sendiri… berdoalah sentiasa agar ditemukan jalan kejayaan… insya Allah
Dari jatuh, baru kita boleh bangun.. tak ada kegagalan, tak da kejayaan.
betul tu… bukan mudah untuk mencapai sesebuah kejayaan… atau mempertahankan kejayaan… jatuh bangun itu adalah lumrah…
orang yang boleh bangun daripada kegagalan adalah orang yang berjaya 😉
gagal bukan bererti tidak boleh untuk berjaya…. 🙂
Jatuh itu biasa tapi bangun semula itu LUAR BIASA.
Kesuksesan tanpa melalui sebuah kegagalan lebih dulu tidaklah senikmat rasanya dibandingkan dengan kesuksesan yang didapat setelah terperosok didasar yang dalam.
Postingannya sangat membangun dan motivatif..
wah salah satu ungkapan yang menarik ni.. terima kasih menyinggah yer..