Setelah WordPress 3.1-“Reinhardt” dan beberapa versi pembaikpulihan kini muncul pula versi terkini WordPress 3.2 yang baru dilepaskan dengan bertemakan “Gershwin” iaitu nama seorang pemain piano dan komposer terkenal pada suatu masa dulu iaitu George Gershwin. Seramai lebih15 juta pengguna telah pun memuat turun versi terbaru ini sejak pagi tadi dan jumlahnya semakin meningkat sehingga kini. Begitulah penangan inovasi wordpress pada dunia teknologi dan informasi masa kini.
- Mahukan maklumat sepenuhnya mengenai ciri terbaru lihat di: codex.wordpress.org
- Menguji sendiri Default Theme terbaru wordpress “Twenty Eleven” bercirikan HTML5 sepenuhnya secara online: twentyelevendemo.wordpress.com
Ada jer update. best wordpress ni. 🙂
huhuhu.. update jgn tak update.. jgn lupa backup dulu…
Dahupdate semua blog saya ke wp 3.2 tapi photoblog saya theme lak jadi bug sikit…biar dulu..nanti ok bila kuar mcm wp 3.2.1…
oh… pelan2 kayuh…
Memang terbaik WordPress 3.2 ini. Konsep minimalis, dan lebih simpel. Dengar cerita pula, mereka sudah mahu keluarkan versi 3.3. Laju betul. 🙂
heran jugak developer derang memang sentiasa bersemangat lain macam…
dah update.. ada blog lain tak boleh nak update… terpaksa guna manual… dan berjaya..hehe…
salah satu blog aku juga mengalami gangguan ketika nak update database.. tapi dah ok…
nampaknya wordpress melangkah setapak lagi
dengan versi terbaru ni,dashboard kelihatan lebih tersusun
dan ruang lebih besar… memudahkan pengurusan…dah nak hampir macam drupal pun ada rasanya…