Tip bekerja dirumah – SOHO

By | June 23, 2011

SOHO atau small office house office kini telah ramai berjinak-jinak  akan mencuba dalam bidang perniagaan ini samada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Mana tidaknya sudah ramai melihat bidang ini mempunyai kelebihan tersendiri  dan yang pastinya bebas dari banyak perkara. Sejajar perkembangan jalur lebar, gaya dan konsep ini kini menjadi ikutan di mana2. Ada yang meminati perniagaan ini secara online dan ada juga yang berminat hanya sekadar offline. Namun motivasi diri dan sedikit ilmu untuk memulakannya juga perlu bagi ianya terus terjamin dan berkekalan. Antara yang paling utama sekali adalah kesediaan menghadapi pelbagai kerenah samada dirumah atau pelanggan2 itu sendiri juga perlu menyediakan peralatan2  yang  lengkap seakan2-akan di pejabat sebenar tapi tidaklah perlu membazir hanya  cukup sekadar peralatan2 penting sahaja. Bagi memulakan perniagaan sendiri  hanya dirumah, antara penampilan penting yang harus dan perlu diambil kira adalah:

  1. Perlunya ada sebuah bilik atau ruangan sudut kecil untuk dijadikan pejabat. Bagi memudahkan menempatkan peralatan pejabat, fail dan stok2 tempahan secara teratur.
  2. Tampilkan dekorasi ringkas atau berkonsepkan korporat penyusunannya ini kerana ianya akan membantu memberi keyakinan diri dan pelanggan.
  3. Pemilihan perabot, ruangan kelengkapan elektronik dan komunikasi yang ideal.
  4. Digalakkan menggantung papan tanda dimana kita dalam tugasan. Kaedah ini secara tidak lansung memberitahu ahli keluarga dan menghormati agar tidak diganggu buat seketika.
  5. Bijak memilih dalam pembahagian masa diantara kerja dan pengurusan dirumah.
  6. Sediakan jadual yang dapat mencatat tarikh dan perkara2 penting supaya kerja dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan sistematik.
  7. Semak setiap peralatan pejabat sekiranya stok mencukupi seperti dakwat pencetak dan kertas.
  8. Memastikan segala bil2 utiliti dibayar dengan tepat pada waktunya agar segala kerja bergerak dengan sempurna. Terutamanya dalam bil2 elektrik dan internet.
  9. Disiplinkan diri dengan memakai pakaian yang kemas. Pakaian yang ideal membantu meningkatkan dan menyerlahkan semangat gerak kerja yang baik.

Namun harus diingat ianya lebih efisyen jika kita:

  1. Sentiasa berani mencuba perkara baru.
  2. Membuat kaji selidik sebelum memulakan langkah bidang ini.
  3. Mencari guru, belajar daripadanya adalah penting  pengalaman sebagai contoh yang baik.
  4. Mencari modal – Biasanya modal tidaklah besar namun jika tidak juga mampu, cukup sekadar memulakannya dengan apa yang termampu dahulu.
  5. Jangan kedekut ilmu ataupun lain2nya.
  6. Tidak mengganggu kenteraman orang lain.
  7. Komitmen – Bijaklah mengurus masa baik untuk keluarga ataupun perniagaan.
  8. Jangan putus asa.

Langkah yang perlu difikirkan sebelum menceburkan diri dalam bidang ini:

  1. Tiada gaji atau pendapatan tetap adakah kita bersedia?
  2. Seberapa segerakah kita dapat membayar keperluan harian?
  3. Mampukah kita melakukan pelbagai gerak kerja dalam satu masa?
  4. Bagaimanakah mengurus masa untuk mengembangkan perniagaan?
  5. Memiliki pelanggan tetap atau pelanggan yang hanya sekali membeli?
  6. Adakah sudah bersedia dengan persoalan di atas?

Sekarang kitalah bos, kitalah pekerja. Pandai2lah kita menguruskannya. Apapun aku ucapkan semoga berjaya . Insya Allah.

13 thoughts on “Tip bekerja dirumah – SOHO

    1. hazlan Post author

      tul2 pening kat lain ada la kot… hahahaha…

      Reply
    1. hazlan Post author

      permulaan tu biasalah kena adjust timing… insya Allah akan berjaya nanti… mudah2an

      Reply
  1. zik

    insyallah kalau sudah cukup ilmu didada dan juga beberapa persediaan dar isegi kewangan, masa dan persiapan perkara asas dalam nak bekerja dirumah (SOHO)

    Reply
    1. hazlan Post author

      bekerja dirumah pun bukan setakat jual barang sahaja… sebagai trainner pun boleh… sekadar bg idea… gud luck bro… semoga tercapai dan beroleh kejayaan… insya Allah

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama2… harap dapat memanfaatkannya kelak… insya Allah.

      Reply
  2. wazy

    Seronok kalau kita serius dengan SOHO ni
    lagipun dah ramai kawan-kawan mencuba,Insya Allah jika tiada halangan,saya pun ingin menceburi SOHO

    Reply
    1. hazlan Post author

      selamat berjaya bro… harap2 menjadi… aku pun tengah cuba2 menSOHOkan diri…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *