Perasaan

By | May 16, 2011

Manusia dianugerahkan dengan berbagai2 perasaan tidak kira berapa usianya, pasti perasaan adalah satu penghasilan sebuah emosi yang menghasilkan perilaku. Ianya akan timbul apabila sesuatu perkara yang akan, masih dan selepas berlaku. Ia juga sentuhan dan pengalaman yang pernah, sedang dan akan berlaku. Perasaan ini mungkin mudah atau susah untuk dikawal oleh manusia itu sendiri. Apabila pengawalan perasaan ini tidak seimbang dengan keadaan serta situasi, kadang2 boleh menjadi tekanan yang mengakibatkan keburukan. Biasanya bila salah satu tekananΒ  yang dihadapi itu telah berakhir manusia akan jadi lebih bijak dan matang.

Berbanding dengan tiada perasaan. Ia berlaku apabila manusia yang sentiasa mengambil kesempatan melampau kepada manusia yang lain,Β  juga apabila seseorang yang menjadi mangsa sesuatu keadaan merasakan emosi dirinya dianiaya, diabai dan dirasakannya tiada lansung kesudahan.

Namun semuanya bergantung pada diri manusia itu sendiri. Baik yang ada perasaan dan yang tiada perasaan, fikirkanlah sejenak, telah dianugerahkan kepada manusia oleh-Nya dengan akal dan fikiran bagaimana perasaan ini harus dikawal, di didik dan di kendalikan secara sempurna, teratur dan yang penting hasilnya adalah cemerlang.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Al-Imraan 3: 159)

p/s: apakah perasaan korang ketika ini?

22 thoughts on “Perasaan

  1. Sabahan Bloggers Club

    Takde perasaan sebab terlalu letih menulis artikel-artikel di blog hari ni. πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€
    Kena belajar bagaimana untuk mengawal perasaan dalam apa sahaja yang kita buat di dunia ni termasuk berblogging.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… macam2 ada… harap dapat dikawal bro…

      Reply
  2. wazy

    bagus artikel ni bro
    perasaan pada ketika ni tengah teruja untuk melakukan kerja seharian

    Reply
    1. hazlan Post author

      teruja boleh mendatangkan semangat… tq bro…

      Reply
  3. Mrs.Ayie

    Perasaan tu kadang-kadang diri sendiri pun tak tahu macam mana nak terangkan. Waktu rasa gembira, rasa sedih. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

    *sekarang ni perasaan tengah bercampur.

    Reply
  4. aktechpage.com

    Sememang perasaan manusia memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang manusia, jika perasaan negatif maka negatif lah ia, jika perasaan positif makan positiflah sikap seseorang itu… Namun begitu dalam perkhidmatan kerja kerajaan yg tertutup.. perasaan negatif selalu berkeliaran antara 1 sama lain… sabor jer ler…

    Reply
  5. Nine

    ada time suatu ketika..kdg2 rasa tak senang duduk…rasa buat apa pun tak kena jer…mungkin ujian dari Allah….sebab tu kita tak boleh seronok sangat dalam hidup…

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2 kekadang ujian tu kita sendiri pun tak perasan…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *