semangat

By | April 1, 2011

Inilah tajuk yang paling ringkas yang pernah aku buat. Ringkas namun bagi aku ia adalah salah satu aplikasi yang besar jika dilakukan dalam diri kita sendiri. Apa itu semangat? Semangat datang dari hati dan ditunjukkan melalui sikap optimistik, keterujaan, hubungan emosi dan ketabahan. Ia akan memberi dorongan yang membara. Keterujaan berakar umbi didalam kuasa membuat pilihan dan bukannya keadaan. Orang yang teruja mempercayai bahawa cara terbaik untuk menentukan masa depan adalah untuk menciptanya. Malah, keterujaan akan menjadi imperitif moral, ia akan menjadikan seseorang itu sebahagian penyelesaian dan bukannya sebahagian dari masalah dengan merasakan diri mereka tiada harapan dan tidak berupaya.

“Dimana bakat dan apa yang diperlukan oleh dunia bertembung, maka disitulah terletaknya pekerjaan kita”– Aristotle.

Namun kita boleh katakan “Disitulah terletaknya semangat dan suara kita”. Iaitu perkara yang memberi kuasa kepada kehidupan kita dan memberi kita dorongan. Ia menjadi pendorong utama bagi wawasan dan disiplin. Semangat akan membuatkan kita menjadi tabah menghadapi cabaran walaupun perkara2 lain mungkin menghasut untuk berhenti. Sebagai contoh: Apabila disoal oleh seorang doktor tentang berapa jam dalam seminggu dia meluangkan waktu untuk bekerja? seorang lelaki menjawab, “entah? Berapa jam seminggu kamu bernafas?” Apabila kehidupan, pekerjaan, keseronokan dan kasih sayang semuanya berkisar pada perkara yang sama, sememangnya kita mempunyai semangat!

Kunci untuk mencipta semangat didalam kehidupan adalah mencari bakat unik kita juga peranan istimewa dan tujuan kita di dunia ini. ia amat penting sekali untuk kita kenali diri sendiri sebelum membuat sebarang keputusan tentang sesuatu kerjaya yang ingin kita ceburi. Kenali diri kita, kawal diri kita, serahkan diri kita. Bakat misi atau peranan dalam kehidupan seseorang selalunya dirasai berbanding ianya dicipta.

Terdapat satu tanggapan yang salah dimana kemahiran seseorang adalah bakat mereka. Akan tetapi kemahiran bukanlah bakat. Bakat, disebaliknya, memerlukan kemahiran. Orang mungkin mempunyai kemahiran dan pengatahuan didalam bidang dimana mereka tidak mempunyai sebarang bakat. Jikalau mereka mempunyai pekerjaan yang hanya memerlukan kemahiran mereka tetapi bukan bakat mereka, organisasi tidak mungkin dapat mencungkil semangat atau suara mereka. Mereka akan terus melakukan tugas, tetapi tidak mungkin akan menjadikan mereka seperti memerlukan penyelesaian dan motivasi dari luar sahaja.

Sekiranya kita dapat mengambil pekerja dimana semangat pekerjaan mereka saling bertemu, mereka tidak memerlukan sebarang penyeliaan. Mereka akan dapat menguruskan diri mereka sendiri dengan lebih baik daripada diuruskan oleh orang lain. Semangat membara mereka datang dari dalam diri, dan bukan dari luar. Motivasi mereka datang dari dalam, dan bukan dari luar. Cuba imbas kembali semasa kita sangat bersemangat dengan satu projek, sesuatu yang amat menarik dan mengasyikkan sehingga kita tidak memikirkan perkara2 lain. Adakah korang perlu diurus selia? Tentu tidak: Untuk memikirkan yang kita perlu di beritahu bila dan bagaimana untuk melakukan tugas kita tentulah seperti ianya menghina. Apabila kita boleh menyerahkan diri kita kepada pekerjaan yang menyatukan satu keinginan, bakat dan semangat, kuasa akan dibebaskan.

25 thoughts on “semangat

  1. Mrs.Ayie

    Assalamualaikum.

    Apabila kita bersemangat, kita akan berusaha menyempurnakan sesuatu yang kita laksanakan.

    * Akan lebih bersemangat apabila kerja yang kita lakukan adalah sesuatu yang kita minat.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu minta dalam sesuatu juga boleh memberikan semangat

      Reply
    1. hazlan Post author

      harap mereka akan lebih bersemangat nanti ni… gud luck bro…

      Reply
  2. Ali ridha

    Semangat semasa mula tu aku ada.
    bila ada pengkianat ni yang ganggu
    semangat ni.kena buat projek baru.
    bila la orang kita nak saling membantu
    diantara satu sama lain.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… bila dah ada kepercayaan tiba pulak ada penghianatan… memang stress rasanya… harap henti2kanlah sikap dengki khianat yang menjadi darah daging ni… tak kemana pun kan bro?…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kekadang datang semangat yang hilang…. harap2 tidaklah erk…

      Reply
  3. chii

    semangat,kemahiran,bakat…hrus seiring..br kerja2 yg ingin dilakukan akan berjln ngn lncar..dan dilakukan tanpa sebarang paksaan..

    kalo semangat da ilang..kena tanya xpdc mcm mn nk cari blk :p

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2… namun payah juga nak dapat atau nak cari pekerja yang begini…

      Reply
      1. suri

        kemahiran hee..sy suka bab deco kertas jadi kad…

        lukis dah lama tinggal rasa tangan kaku huu…

        Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu adik aku memang suka bab2 deko ni.. aku je yang kureng sikit… pernah nak try tapi tangan aku ni kalau dah keras memang tak ada seni nak buat… walaupun jadi…

          Reply
  4. zik

    mencari semangat yang telah hilang…. sapa curik nih… apepun kalau hilang kena cari, ia takda dijual… huhu

    Reply
    1. hazlan Post author

      kalau jual kat pasar… berapa la pulak reganya tu erk? pastinya memang sangat2 mahal… tak termampu dan tak ternilai rasanya…

      Reply
  5. suri

    minggu ini saya kena bersemangat jitu untuk lulus dalam hal itu..

    doakan saya berjaya ya sahabat mancai πŸ™‚

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu apa pun halnya semoga berjaya dan selamat segalanya… rakan2 lain jom kita doakan suri juga…

      Reply
  6. wazy

    bila baca entri ni
    teringat lagu Xpdc-Semangat Yang Hilang
    ada skit kaitan dalam lirik-lirik tu

    Reply
    1. hazlan Post author

      lirik lagu tu memang banyak yang tersiratnya tu…

      Reply
  7. Sabahan Bloggers Club

    Di dalam pejabat, saya suka terapkan semangat kerjasama. jadi masing-masing dapat menghargai kerja kawan yang lain dan mudah mesra di antara satu sama lain.

    Reply
    1. hazlan Post author

      memang mudah sekiranya sama2 memahami… namun kadangkala dalam 10 org mesti ada seorang atau lebih, yang jiwanya dan caranya agak berlainan…. kekadang penin gak nuntuk kita hadapi org yang begini… pendek kata kena pandai tackle…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *