apakah dimaksudkan dengan robot

By | March 29, 2011

Dengan perkembangan teknologi nanoelektronik kini manusia dapat dan mengaplikasikan ciptaan yang memang menjadi kegemaran dan kehendak iaitu mencipta dan menghasilkan sebuah mesin yang bergelar robot. Pada dasarnya robot ini ialah untuk golongan mesin2 yang akan membantu manusia untuk kerja2 harian mereka. Kita akui rata2 kita semua sudahpun tahu apakah itu robot. Perkataan robot  berasal dari bangsa Czech,Karel Capek  yang dipanggil sebagai robota  pada tahun 1920 pada alat permainannya yang dipentaskan dan bertajuk Rossum’s Universal Robot (RUR) di mana ia bercirikan sama seperti istilah robot zaman sekarang. Juga rabota pada tahun 1933 oleh bangsa Bulgaria dan Rusia.

Al-Jazari atau nama sebenarnya Badi Al-Zaman Abullezz Ibn Alrazz Al-Jazari

Adakah korang tahu Al-Jazari adalah antara umat islam yang awal mencipta  perkakasan mekanikal dan orang penting dalam ilmu robotik islam sekitar tahun 1136–1206. Beliau telah mencipta beberapa sistem peralatan automatik  juga dikenali sebagai “automata” atau berjalan dengan sendiri mengikut tabii dalam islam. Penciptaannya seperti:

  • Pembentukan penggunaan air dalam sistem dwifungsi, arus air menjadi penolak alat takungan ke kedudukan atas berulang kali dengan bantuan graviti, sambil saliran air disalurkan untuk keperluan diri dan tanaman juga ia di kenali sebagai kincir air.
  • Dua mesin pertama ciptaannya adalah hasil pengubahsuaian shaduf dan yang ketiga saqiya di mana tenaga air digunakan menggantikan tenaga binatang.
  • Mesin yang menggunakan engkol, alat yang menghasilkan gerakan berterusan dan penemuan itu berjaya mencipta sejarah kerana engkol adalah peralatan mekanik paling penting bagi orang Eropah awal abad ke-15.
  • Yang paling utama adalah jam air berbentuk gajah. Malah, jam buatan Al-Jazari telah mampu menghasilkan bunyian dan suara. Dalam manuskrip al-Jazari, jam ini merupakan jam terawal yang menggunakan flow regulator, sebuah sistem penutupan lubang dan sebuah mesin automatik sama seperti sebuah jam burung yang kita kenali sekarang.
  • dan banyak lagi rekaan2 pentingnya yang lain….

Jam Gajah setinggi 8.5m rekaan al-Jazari yang dipamerkan di Ibn Battuta Mall, Dubai.

Lihat sahaja siri kartun dan filem Tranformers yang mengaplikasikan robot sebagai satu mesin yang melindungi manusia dan robot yang akan memusnahkan manusia. Walaupun desas-desus ia adalah mainan pihak tertentu untuk menyesatkan. Cuma aku lebih suka lihat dari sudut pendekatan evolusi teknologi yang tidak mustahil suatu hari nanti akan terbina dan akan menjadi benar2 wujud robot seperti transformers ini. Hanya bentuk dan pergerakannya mungkin, dan tidak pada akalnya.

Mari kita kenali apakah itu robot. Robot adalah sebarang mesin yang dapat bergerak dan melakukan pelbagai tugas tanpa bantuan manusia dan tidaklah bermakna robot itu bentuknya seperti manusia. Ianya boleh jadi berbentuk seperti haiwan, perkakasan, serangga dan sebagainya. Itu adalah takrif dan penjelasan mengenai robot.

Harus diingat peralatan yang boleh dikawal dari jauh, mesin automatik dan komputer tidak boleh diklafikasikan sebagai robot. Namun peralatan2 ini terlalu penting bagi digunakan sebagai sebahagian besar daripada penciptaan sebuah robot. Ianya akan berfungsi dan amat membantu bagi meningkatkan keupayaan robot sebenar dalam pergerakan, pengesanan dan kepintaran buatan (artificial interlligent). Aku dapat istilah ini daripada MOSTI dan IMEM.

Definasi dan istilah lain berkenaan robot:

  • Robotik adalah sebagai sains dan teknologi dan termasuklah rekabentuk, pengeluaran dan kepelbagaian kegunaan – Webstar’s New Worl Dictonary 1969.
  • Robotologi: Cara bagaimana penggambungan mesin dan robot untuk melakukan kerja – Eropah

Walaupun istilah robot ini pelbagai di lain2 kawasan  namun memang jelas, peralatan juga mesin yang telah mempunyai sifat dan kelakuan seperti manusia sehingga kini masih lagi tinggal impian dan harapan penciptanya walaupun berita tentang robot terbaru hampir kepada manusia yang boleh mengantikan guru di dalam kelas yang dinamakan sebagai “saya” sudahpun tercipta di negara Jepun.

Impian para saintis dalam penyelidikan robot versi terkini ialah dengan menggambungkan kepintaran sebenar makhluk yang hidup dengan perkakasan elektronik dan komputer bagi penghasilan sejenis robot yang dapat beroperasi seperti makhluk hidup sebenar.

Antara komponen robot di integrasikan daripada manusia:

Robot Manusia
Sensor Pancaindera
Aktuator Otot
Pendayaan Sistem pencernaan
Komunikasi Mulut dan Telinga
Pergerakan Kaki
Manipulasi dan Efektif Lengan dan Tangan
Kerangka Tulang
Controller/Pengawasan Otak
Program Pemikiran

Universiti Reading, United Kingdom, robot yang dinamakan sebagai “Gordon” telah dicipta oleh para saintis menggunakan sel otakbenda hidup atau neuron menggantikan komputer dan digunakan  sebagai otak robot. Otak robot Gordon diperbuat daripada 50,000 hingga 100,000 neuron yang diambil daripada tikus yang masih berada dalam fetus. Sel otak fetus ini kemudiannya disambungkan dengan 60 elektrod di mana setiap dari denyutan saraf sel ini akan ditukarkan kepada isyarat elektrik yang akan melalui litar khas yang dibina di dalam struktur elektronik robot tersebut.

Gordon

Kevin Warwick, profesor di Jabatan Cybernatics, Universiti of Reading, United Kingdom, menurutnya, robot Gordon pada masa ini hanya dapat berhubung dengan dunia luar melalui pengesanan bunyi atau sonar. Sistem pengesanan sonar ini akan memberitahu maklumat tersebut kepada otak robot jarak antara dinding dan persekitaran sekelilingnya. idea sebenar di sebalik kajian ini ialah bagi melihat fungsi neuron benda hidup yang boleh dilatih untuk digunakan di dalam sistem robotik. Pengharapan para saintis ialah boleh berfungsi seperti manusia yang boleh dilatih dan belajar melalui tabiat dan pengalaman yang disimpan di dalam memori sel otak yang dikenali sebagai neuron. Warwick mengharapkan dengan adanya ciptaan terbaru itu akan dapat meningkatkan kefahaman yang lebih jelas tentang keadaan2 penyakit yang melibatkan sistem otak seperti strok, gangguan mental dan sebagainya. beliau juga tidak menolak kemungkinan akan datang akan menggunakan sel2 otak manusia sebagai bahan kajian robotnya.

Kesimpulannya di sini, inovasi penciptaan robot yang digabungkan di antara sistem biologi benda hidup bersama pengkomputeran elektronik adalah kehendak, keinginan dan impian manusia untuk menghasilkan makhluk baru mirip manusia sebenar tanpa mengambil peduli akan  sempadan etika dan moral atas nama dan tiket penyelidikan. Seperti juga robot transformers yang aku perkatakan sebelum ini, juga penciptaan vaksin untuk H1N1 yang telah dikatakan mempunyai nano robot, jika ianya telah masuk ke dalam badan, nano robot ini akan dapat mengawal segala perlakuan dan tingkah laku manusia, termasuk membunuh.

Apapun banyak juga nilai2 positif yang dapat dijadikan panduan di dalam penyelidikan “Gordon” walaupun kita memang tahu hampir mustahil untuk mencipta sesuatu yang sama seperti manusia termasuk akal. Hanya kuasa Yang Maha Esa sahaja dapat melakukannya.

Antara lokasi teknologi robotik di Malaysia:
1. www.robofest.org.my/index.asp
2. www.irobot.com.my
3. www.cytron.com.my
4. www.robot2u.com

28 thoughts on “apakah dimaksudkan dengan robot

    1. hazlan Post author

      huhuhu…. di dalam sektor perkilangan memang dah banyak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… rasanya Malaysia memang sentiasa link dengan jepun tentang kepakaran robotik ni.. pernah terbaca dulu tapi nak ingat balik kat mana la bahan tu aku letak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tengah mencipta dan belajar mengenainya ke Faaein Himura?

      Reply
  1. Mrs.Ayie

    Rupanya sejarah awal mekanikal dan penciptaan robot ni sudah dimulakan dulu oleh umat Islam.

    *Setuju, macam mana canggih sekali pun robot dicipta takkan mampu menandingi ciptaan Allah. Mungkin robot boleh diprogramkan untuk memudahkan tugas manusia, tapi takkan mampu mengantikan manusia*

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… apapun semua itu atas kehendak-Nya juga…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kekadang kecanggihan juga dapat melalikan…. ish2…

      Reply
  2. Nine

    mantap entri nih..baru tahu yg penciptaan robot org Islam yg reka..caya lah…

    nice info, tq bro Mancai, boleh tahu bro selalu baca buku dari sumber mana ek ?

    Reply
    1. hazlan Post author

      kekadang dalam majalah2 sains dan kekadang aku gabungkan dengan informasi kat internet… sekurang2nya akan dapat satu rujukan dari banyak bahagian…

      Reply
  3. Amirez

    fuh, lengkap!!
    bila sebut pasal robot, teringat filem i-Robot.
    takut juga kalau robot dah terlebih pandai daripada manusia.
    tapi rasanya mustahil berlaku, sebab robot tak ada akal 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… kalau robot terlebih pandai jenuh juga manusia ni nanti…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul… tak ada otak ilmu memang kosong la jawabnya….

      Reply
  4. wazy

    wahh
    sungguh lengkap sekali artikel berkaitan robot ni
    seronok kalau terokai dunia robot ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      sekadar sama2 berkongsi je bro… harap sama2 dapat manfaatnya… insya Allah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *