rekabentuk unix dan linux

By | March 4, 2011

Sistem pengoperasian adalah ruang dan jalan kita, dimana ia mempunyai sebuah perisian bagi menghubungkan kita pada komputer. Tiada sistem pengoperasian ini sangatlah mustahil bagi kita menghasilkan sebarang jenis perisian tanpa melibatkan koding2 yang panjang berjela dan amat sukar, terutamanya untuk berhubung dengan perkakasan komputer itu sendiri. Dengan adanya sistem pengoperasian dapatlah membantu pembangunan dengan meringkaskan bagi tujuan dan usaha ini.

Sistem pengoperasian akan menjadi lebih mudah untuk dibangunkan seperti dos atau kecanggihan os/2 juga VMS. UNIX yang mencuba berada ditengah2 bagi menyediakan keperluan yang sering diperlukan oleh pengguna dan perisian tetapi cuba tidak melakukan untuk memuatkan keseluruhannya. Sebelum itu bagi yang ingin mengenali UNIX pernah aku sediakan tentangnya di sini: apa itu unix dan pengenalan dan bagi pengenalan Linux pula ada di sini: Linux, Linux, Linux

Untuk pengatahuan, falsafah di belakang UNIX adalah bagi menyediakan UNIX dalam pembahagian kecil yang tidak terikat di antara satu dengan yang lain (modular). Cara ini juga dapat mengenali setiap fungsi UNIX mempunyai perisiannya tersendiri yang kadangkala di sebut sebagai utiliti atau perisian dapat digabungkan bagi penghasilan fungsi yang baru di dalam UNIX. Inilah kelebihan utama dalam UNIX.

Gambarajah atau lakaran di atas adalah gambaran bahagian2 penting didalam sistem pengoperasian UNIX. Kernell, Shell dan Aplikasi/Utiliti pengguna atau arahan pengguna.

Kernel

Adalah nyawa dan jantung kepada Unix dan GNU/Linux. Fungsi kernel ini adalah untuk mengawal kemasukan ke sistem komputer, menguruskan penggunaan memori komputer, menjaga sistem fail dan membuat pembahagian sumber komputer kepada pengguna juga perisian. Koding yang paling banyak pada kernel adalah yang bergantung kepada perkakasan komputer. Fungsinya sama seperti CPU, di mana fungsi kernel tidak dapat dilihat oleh pengguna.

Shell

Adalah sebuah perisian atau aplikasi dimana sebagai alat untuk kita berhubung dengan sistem pengoperasian. Apa sahaja yang kita masukkan shell akan berfungsi dengan cepat membaca dan memahaminya di mana ia adalah satu arahan bagi menjalankan perisian lain, manipulasi fail dan memberikan output. Pengenalan shell yang lain ianya dikenali sebagai “Command Line“. Didapati dalam pelbagai jenis dan bentuk shell pada UNIX/Linux ini, di mana nama2 shell itu antaranya di kenali sebagai Korn Shell atau POSIX shell, ia adalah shell yang biasa dikebanyakan jenis2 pada UNIX dan Linux. Bash (Born again Shell) adalah shell yang biasa didapati pada distribusi Linux atas sebab ianya adalah GNU. Kebanyakan shell adalah mematuhi standad yang sama dan jika ada perbezaan sekalipun mungkin pada fungsi logik atau di beri penambahan pada fungsinya.

Arahan (Command)

Perisian ini adalah satu kumpulan arahan bagi komputer. Bagi pengguna UNIX dan Linux, sebagai pengguna, kita mempunya pelbagai perisian, alatan dan utiliti yang boleh digunakan. Tidak kira samada kita sebagai seorang pembangun perisian yang memerlukan alatan2 utiliti, seperti contoh gcc, make dan bison atau apa sahaja, juga sekiranya kita adalah pengendali sebuah sistem yang memerlukan sebagai contoh fsck, df, file dan macam2 lagi arahan. Boleh jadi kita adalah pengguna biasa yang ingin menggunakan perisian dalam X, Libre Office(open office), vi dan pelbagai lagi. Kesemuanya arahan ini boleh digolongkan sebagai “programming environment“, manipulasi teks, pengurusan maklumat, utiliti tambahan dan komunikasi.

Sistem fail

Adalah dimana cara sebuah sistem UNIX itu dapat mengendalikan informasi, mendapat informasi dan mengendalikannya. fungsi sistem fail juga dirujuk kepada ruang cakera keras. Sistem fail utama bagi linux adalah ext2, ext3 dan ext4.

33 thoughts on “rekabentuk unix dan linux

  1. tips wisata murah

    wah terimakasih pencerahannya.terus terang masalah linux ini aku masih gelap. dengan membaca artikel hairilhasan dot com ini.jad agak ngerti deh

    Reply
  2. Sabahan Bloggers Club

    Ada kawan ajar benda ni dulu, tapi kalau tak buat memang takkan faham. nak kena try buat sendiri juga, macam wordpress ni. Masih pening lagi dengan bahasa wordpress tapi dah faham sikit2.

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu, aku pun kena ada praktikal baru dapat kalau tak ada praktikal, bolehlah juga paham sikit2 tapi nak buat payah juga…

      Reply
  3. zik

    linux pengaturcaraan sesuatu kompleks kalau difikirkan.. lebih-lebih lagi dalam term programming serta utiliti sistem…

    psst. bro ada pertanyaan , dah tanya kat form Hire me.. harap dapat membantu.. huhu

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. betul tu memang terlalu kojmpleks bro… sebab ianya mungkin bg org yang betul2 ingin mencabar minda dan diri seseorang tu… entahlah… apa aku merepek ni… oh pasal tu bro aku dah pun jawab… kalau masih tak berjaya atau kurang faham harap bagitau… nanti aku try gunakan print screen pulak…

      Reply
  4. Ali ridha

    ni yang aku tertanya.
    apa kena-mengena linux
    dan unix ni.hihi..

    Ps : maaf la lama tak singgah sini.
    kena baiki blog sikit.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuu… linux dan unix sama identity dan boleh dikatakan adik beradik… cuma boleh diringkaskan unix berlesen dan mempunyai script yang advance dan linux adalah percuma (sumber terbuka)… dan script di boleh dibuat oleh semua peminat2nya….
      p/s: ada unix percuma antaranya adalah FreeBSD, OpenBSD dan NetBSD

      Reply
    1. hazlan Post author

      oh dah pernah guna linux… amacam bro apa komen? tapi kena membiasakan diri kan bro…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… asalkan dapat mengatahuinya serba sedikit..

      Reply
  5. fikryn

    Sebelum ni aku tak berapa minat hal Linux ni pasal dia punya tuts kurang.. tp skrg aku dah tau mana tempat aku nak cari.. bleh korek2 ilmu kat sini..

    Thanks bro..

    thumb up!

    Reply
    1. hazlan Post author

      cuma kalau guna linux ni kena rajin godek2… tq2 bro

      Reply
  6. Amirez

    aku masih noob dengan linux..apatah lagi unix hehe.
    thanks entry ni..dapatlah faham sikit, kalau orang tanya nanti bolehlah jawab mana yang patut. nama je student komputer tapi cuma tahu windows je 😛

    Reply
  7. kazuki

    Linux adalah klon unix, sistem operasi sumber terbuka yang mempunyai kos yang murah dan mempunyai ciri-ciri kemampuan unix. disebabkan ketidakmampuan untuk meng’handle’ kod2 unix yang advance maka linux diterbit, kemampuan superkomputer dijalankan di pc biasa dan juga superkomputer itu sendiri. dan tambahan kod unix amat mahal. den pun xpenah lihat unix tu cmne, mgkin sama jekot dgn linux. sbb unix ayah linux 😛 ( pandangan orang baru dalam sumber terbuka ^_^)

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… betul tu… sepengalaman aku unix memang agak sukar…tapi memang seronok menggunakannya…

      Reply
  8. wazy

    Dulu selalu juga guna shell untuk setup ircd untuk mirc dengan member
    kira unik juga semua arahan / command dalam shell tu
    kena berani mencuba je la

    Reply
  9. aktechpage.com

    Hmmmm… menarik !!! dgn post ni aku lebih memahami apa itu UNIX dan LINUX dari segi teori dan konsep… dh nampak dh konsepnya… cuma skrg perlu menggunakan pendekatan secara PRAKTIKAL plak… baru lebih paham…. Thx bro…

    Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome… dengan praktikal memang akan lebih dekat untuk memahami… kalau teori je… penin gak nak paham.. samalah ngan aku…. kena ada praktikal jugak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome… tak dek hal untuk kegunaan semua apa salahnya…

      Reply
  10. zuls

    memang info yang mantap dan penerangan yang ringkas. Aku guna linux untuk buat programming, tapi tak pernah ambil tahu pasal apa dia kernell etc. Edit bash profile tapi tak tau pun bash tu kategori mana.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pun kekadang trlupa menda ni kalau di tanya…. ish2 dah berusia memang cam gini kot…

      Reply
  11. lie

    bnyak info yg blh didpti….blh x saudara hazlan terangkan perbandingan proses pngurusan dalam unix dan windows 7..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *