Setelah WordPress 3.0 “Thelonious” di lepaskan sehingga ke versi wordpress 3.0.5 kini telah muncul WordPress 3.1-“Reinhardt” yang terbaru. Seperti tradisi kebiasaan wordpress dengan mengambil nama2 pemain2 muzik jazz dan versi wordpress yang terbaru ini mereka mengambil nama Reinhardt adalah sempena menghormati gitaris jazz yang bernama Django Reinhardt. Untuk mengenali sejarah wordpress sila lihat di sini: Sejarah WordPress.
Keluaran yang terbaru ini di sertakan ciri2 mudah guna supaya gerak kerja menjadi lebih pantas. Seperti pengguna wordpress.com panel bar di sebelah atas akan tertera walaupun pengguna berada di muka hadapan web page. Ia akan tertera apabila pengguna telah login ke akaunnya. Antara yang di sediakan di panel ini adalah edit profile, dashbord, add new post dan page, widget, menus dan shortlink.
Khas untuk penggemar2 worpress yang di kategorikan sebagai pemaju2 laman web, wordpress memberikan sokongan baru iaitu Format Post yang membuatkannya menjadi mudah bagi pembinaan tema seperti membuat tumblelogs portabel dengan gaya yang berbeza2 dengan kepelbagaian jenis bentuk untuk setiap artikel/posting. CMS terbaru ini juga berkemampuan seperti penyesuaian laman arkib untuk kepelbagaian jenis kandungan, mempunyai rangkaian terbaru bahagian Admin, sistem import dan eksport juga telah dibaiki, berkemampuan untuk melakukan rangkaian taksonomi yang lebih maju. Themes twentyten defaultnya juga telah diberi penambahan dan twentyten versi 1.2 adalah yang terkini.
Dengan keluaran versi 3.1, WordPress kini lebih merupakan kepada CMS sebenar daripada versi yang sebelumnya. Lebih daripada 180 orang yang membantu dengan pembangunan WordPress versi 3.1 selama ini. Tahniah worpress kerana sentiasa diminati dan telah maju setapak lagi kehadapan.
wah, siap ada nama lagi, dah macam versi linux pulak. hehe.
ada invitation lebih tak untuk hellobar? hehe.
kalau ada, roger ye.
haritu mohdisa ada offer, tapi tolak sebab tak rasa nak pakai. skg tgk ramai yg pakai, nak try jugak hehe
ada2 jap2 lagi aku send…
bro dah send… betul erk email dari live.com tu?
betul2.
ok thanks bro, dah dapat.
cuma belum habis setting je. hehe
gud luck bro… huhuhu
wordpress 3.1 ni belum official lunch kan? kalau dah lunch for sure dekat panel admin aku dah keluar popup untuk upgrade wordpress.
Entri Terkini : Fakta Berkenaan Sperma Yang Perlu Kamu Ketahui
oh dah official dah bro…
ok done. baru je upgrade pop-up aku dekat admin panel bgtau suruh upgrade wordpress aku.
alamak tak perasan komen yang satu lagi ni… ok2 gud2… cam ner ok tak?
Baru jer nak cari info pasal ni, laju benor upgradenya wordpress ni, terima kasih bro.
Tak sempat nak update lagi ni, tenet slow tahap gaban…. 🙁
cam ni la kelebihan open source… sentiasa di kemas kini… ramai yang sentiasa berusaha sama…
tumblelogs portabel tu maksudnya apa ya? Boleh bagi penerangan yang lebih terperinci?
tumblelogs… seperti yang di gunakan dekat tumblr.com tu dimana setiap entry/posting ada icon2 utama…contoh pada themes wordpress http://themeforest.net/item/fast-blog/full_screen_preview/145138?ref=mancai cuba lihat icon2 setiap entry…
wah inovasi WP tidak pernah berhenti ya. membaca artikel WordPress 3.1-“Reinhardt”
dari hairilhazlan.com ini. jadi kepingin belajar WP.hehe anda ini provokator ulung..thnks ya dah di share
sama2 bo… sama2 kita kongsi memang seronok..
Baru upgrade pagi nie.Terperanjat gak bila kuar bar tue.Ingatkan plugin dari firefox rupanya kesan dari upgrade WP. Nice.
wp memang sentiasa nice…tapi sapa yang pernah guna wp.com dah biasa dengan bar tu….
You really make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be actually something that I think
I would never understand. It seems too complicated and very broad for me.
I’m looking forward for your next post, I’ll try to get the hang
of it!
baru tahu pagi tadi. dan terus update. malas tunggu2. 😉
huhuhu… rasanya lebih laju dari sebelum loadingnya…. tak tau la org lain… ke themes twenty ten aku ni… mungkin juga…
saya punya blog masih lambat loading. lambat tak? tatau nak wat camne lagi. plugin dah banyak buang dah. sigh.
ermm.. dah 4 ali aku try… tak la lambat.. cepat juga… mungkin sebab line internet kot bro…
Da try ke bro? aku masih teragak2 lagi.. tgk review hg dulu..
dah upgrade pun… tak ada masalah setakat ni….
Lama x update or adjust theme ni.. yang aku pakai skarang ni made during WP 2.X. Harap2 tak kacau format theme or functionality.
oh… themes jarang nak buat hal, cuma biasanya plugin je… huhuhu lama bertahan themes bro tu… aku just layan twenty ten je… kalau ada updating pun dah ada yang menguruskan… setakat ni belum lagi nak layan themes lain lagi… akan datang tak tau laa…
blom ada plan nk tukar theme lg.. kalo nk tukar pun kena cari theme yg lebih kurang biar maintain identity..
thmes bro tu sekarang memang dah best…. tul tu.. konsep dan identiti juga boleh membuatkan sesuatu tu jadi bermutu…
selepas baca review beberapa blogger baru upgrade
oklah…cantik juga – mcm biasa ada yg suka ada yg tak suka
selagi tak ganggu mood berblogging..ok je 😀
tujuannya satu je rasanya untuk permudahkan urusan… kalau ada yang tak minat tu… Allah hu alam…
tak upgrade lagi, blog lain boleh, sebab tak banyak plugin, … malam nie kot…kena manual… isk2…
huhuhu… pelan2 bro, janji tak kacau ruangan tak per…
Dashboard WordPress sudah beri notis untuk upgrade tapi risau juga plugin nanti ada masalah
setakat ni plugin tak mintak update lagi lepas update version baru ni… mungkin derang dah stanby kot…
Terbaik la versi 3.1 ni
smooth je
dan banyak perubahan yang ketara
betul2… smooth sungguh, wordpress dah kearah fully cms
Untuk format post tu kita boleh guna cuma kena manually install dlm functions.php.
oh bro dah guna ke format tu?