Setelah kita mengenali fungsi suis Address Learning, mari kenali pula fungsi suis Forward/Filter Decisions. Iaitu apabila frame diterima oleh antara muka suis, alamat penerima (destination address) akan dibandingkan dengan pangkalan data MAC. Sekiranya alamat tersebut terdapat di dalam pangkalan data, frame tersebut akan dihantar terus ke penerima. Suis hanya akan membawa frame tadi kepada antara muka penerima sahaja, antara muka suis yang lain tidak akan menerima frame tersebut. Ini dapat menjimatkan lebar jalur (bandwidth) pada segmen yang lain dan ini panggil frame filtering.
Tetapi sekiranya alamat penerima tiada di dalam pangkalan data MAC, frame tersebut akan disebarkan kesemua antara muka kecuali antara muka yang menghantar frame tersebut. Apabila ada yang menjawap, senarai pangkalan data MAC akan dikemaskinikan.
Unicast, Broadcast dan Multicast Frame
Apabila pengirim mengetahui lokasi sebenar penerima, penghantaran frame akan dimulakan. Penghantaran ini hanya melibatkan antara pengirim dan penerima tanpa didengari oleh pengguna lain. Frame jenis ini dikenali sebagai Unicast Frame.
Sekiranya pengirim ingin menghantar frame kepada satu kumpulan, frame jenis Multicast digunakan. Tetapi sekiranya pengirim ingin menghantar frame kepada semua lokasi, ini dipanggil Broadcast Frame. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan antara Broadcast dan Multicast.
| Frame | Binary Code | Decimal |
| Broadcast | 11111111.11111111.11111111.11111111 | 255.255.255.255 |
| Multicast | 11000000.10101000.11111111.11111111 | 192.168.255.255 |
Jadual di atas: Menunjukkan perbezaan antara Broadcast dan Multicast Frame.
Lihat contoh di bawah:
1. Broadcast Frame
Sekiranya seorang guru memberi arahan;
“Semua murid sila berdiri”. Maka semua anak murid akan berdiri. Situasi ini sama seperti apabila pengirim tidak mengetahui lokasi sebenar penerima, pangkalan (port) suis yang bersambung dengan pengirim akan menghantar Broadcast Message kepada semua pangkalan kecuali pangkalannya sendiri.
Maka Broadcast Frame mestilah 255.255.255.255.
2. Multicast Frame
Sekiranya seorang guru memberi arahan;
“Semua murid lelaki sila keluar dari kelas”. Semua murid lelaki akan keluar kelas bila mendengar arahan tadi. Ini dikenali sebagai Multicast Frame kerana hanya satu kumpulan (iaitu pelajar lelaki) mendengar dan patuh pada arahan tadi.
Multicast Frame juga berakhir dengan 255, kita ambil contoh sebuah komputer alamat IP adalah 191.254.10.11, bila multicast frame 191.254.255.255 maka semua pengguna yang berada di dalam rangkaian atau subrangkaian (subnet) yang alamat IP bermula dengan 191.254 akan menerima frame tersebut. Alamat IP yang lain seperti 191.253.xxx.xxx tidak akan mendapat frame tersebut.

penjelasan yang gamblang dan mudah di mengerti di universitar terbuka hairilhazlan.com.hehehe saya sangat berterima ksih dengan sharing yang sangat bermanfaat ini..selamat pagi,dan salam
salam wisata.. aduh baru berkesempatan membuka blog sendiri… maaf lambat approve…
diterjermahkan kepada nombor.. ada juga belajar nie time dip dulu… sekarang nie dah tak ingatlah..
huhuhu.. aku pun ingat2 lupa…pastu ingat balik, dan lupa lansung dah ni… nak refresh balik nampak gayanya ni…