Teringat aku di mana zaman pembelajaran aku di dalam kejuruteraan elektronik di mana antara bahasa yang digunakan dalam arahan peralatan elektronik adalah sangat mudah iaitu bahasa pengiraan 1 dan 0 sahaja. Sama juga dengan komputer, kerana ia juga adalah salah satu daripada peralatan elektronik.
Apakah persamaan komputer dengan pengiraan?
Komputer dan pengiraan memang tidak boleh dipisahkan. Komputer merupakan suatu peranti atau peralatan yang boleh melakukan pengiraan dan operasi logikal dengan kelajuan yang jauh lagi tinggi daripada manusia. Mesin ini hanya mampu meyimpan, mengolah atau memproses data. Ia tidak berfikir tetapi hanya menjalankan arahan yang di berikan kepadanya.
Arahan tersebut dipanggil aturcara atau program yang ditulis oleh pengaturcara. Komputer hanya memahami bahasa yang dikenali sbagai bahasa binari dan kemudiannya ia memproses data itu untuk menghasilkan output yang difahami oleh bahasa manusia yang dipaparkan di skrin atau pencetak.
Apakah nombor binari?
Dalam Komputer terdapat bahasa pengaturcaraan menggunakan kod dipanggil kod binari, iaitu aturcara yang ditulis dalam bentuk susunan digit 1 dan 0.
- Kesemua data dan arahan akan di masukkan ke dalam komputer dan setiap satu daripadanya akan diwakilkan secara elektronik dengan nombor binari (1 dan 0).
- Secara mudahnya,nombor binari adalah nombor yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 1 dan 0. Dua digit ini di sebut sebagai bit iaitu singkatan untuk binari digit.
- Dalam istilah komputer, nombor (0,1,2,3…), huruf (A,B,C,D…)dan simbol khas (!@#$%…) dipanggil atau di sebut sebagai askara.
- Askara2 ini diwakili dengan 1 bait yang bersamaan dengan 8 bit (1 bait = 8 bit) untuk memahami lebih mudah, 0 adalah mewakili tindakan off dan 1 adalah tindakan untuk on, sepertimana kita membuka dan menutup lampu dirumah.
- Oleh itu semua data yang melalui komputer akan ditukarkan kepasa nombor binari yang merupakan tindakan on dan off ini yang ditulis sebanyak lapan kali.
- Sebagai contoh untuk pemahaman, askara W sama dengan isyarat elektronik 01010111 yang mana angka 1 dan kosong ditulis sebanyak lapan kali kerana ia merupakan 8 bit.
Terdapat 3 jenis kod binari iaitu:
- Kod ASCII (American Standard Code for Information Interchange) yang digunakan untuk sistem mikrokomputer secara meluas.
- EBCDIC (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) dibangunkan oleh IBM dan digunakan oleh komputer yang berkuasa besar.
- Unicode (yang menggunakan 16 bit serta menyokong bahasa antarabangsa seperti China dan Jepun). Bahasa ini mempunyai terlalu banyak karakter untuk disampaikan dengan 8 bit kod ASCII dan EBCDIC.
Sehubungan itu, kod2 baru telah dibangunkan oleh Unicode, Inc., dengan sokongan daripada syarikat Apple, IBM dan Microsoft.
Bagaimana Kod berfungsi?
Apabila kita menekan kunci di papan kekunci (keybord), karakter tersebut secara automatik akan bertukar kepada satu siri denyutan elektronik.
- CPU akan mengenalpasti denyutan ini. Sebagai contoh apabila huruf W ditekan pada papan kekunci, ia akan menyebabkan isyarat elektronik dihantar ke CPU. CPU kemudian akan menukarkannya kepada ASCII iaitu 01010111.
Terdapat 4 unit gunaan pengukuran untuk membaca kapasiti ingatan:
- 1 kilobait (KB) = 1,000 bait atau (lebih tepat lagi 1 KB = 1,024 bait). Ia merupakan unit ukuran saiz sesuatu fail.
- 1 megabait (MB) = 1 juta bait. Sistem mikrokomputer disenaraikan dengan 16 MB ingatan utama.
- 1 gigabait (GB) = 1 billion bait. Digunakan hanya dalam komputer besar.
- 1 terabait (TB) = 1 trilion bait. Untuk kegunaan komputer yang cukup besar.
jika disambungkan nama2 unit pengukuran ini akan menjadi petabait (PB) , eksabait (EB), zetabait (ZB) dan yotabait (YB).. bayangkan dengan nilai2 ini adalah sememangnya tersangat2lah besar. Apakah yang akan berlaku dengan dunia pengkomputeran di masa akan datang?
yup… data yang lalu lalang kat kabel talefon/wayerless setiap saat dan setiap detik… adalah data binary 01001001 01100010 01011100 dsbg… apabila sampai kat rumah… akan diubah oleh modulator /demodulator (modem) menjadi fail data paparan seperti video, images, text dll….
terima kasih info ni bro
rasanya pngkomputeran masa depan jauh lbih canggih.sekarang ni pun, penghntaran objek secara fizikal secara maya msih dalam experiment hnya dengan bermain digit..cool.. 🙂
macam cerita ironman tu erk… memang cool
cool giler bro tahu ilmu2 komputer gini, code2 tu buat aku penign, dh, tp aku minat gk. hehe
huhuhu selagi ada minat… jangan patah semangat, tuju dan teruskan…
Ape habaq bro lama tak dengar citer?…kekal mantap dengan info2 yg berkualiti.
baik je farez… ko lak baik ke?aku dok gilos tengah bz ni.. apa pun terima kasih menyinggah bro…
Arkhhh….
Pening. Susah nak faham kalau orang memang tak tahu bahasa komputer.
Kalau boleh dupermudahkan untuk layman macam saya kan bagus.
tengah berpikir jugak ni… macamana caranya agar mudah difahami oleh semua orang… belum jumpa lagi tips yang sedemikian rupa
oh yang ni..biasa matapelajaran digital ada..serabut gak bermain nombor 1 ngan 0 ni
dulu2 paling serabut bila tiba exam… peh
hoo kod binari menari juga ini..
disebalik nombor ada abjad 🙂 bijak sungguh org yang mencipta kod2 binari ini ya 😉
oh baru ada idea dengan komen suri ni… tq2