Pengkomputeran awan (Cloud) bukanlah satu konsep yang baru, cuma akhir2 ini kita sering dengar tentangnya setelah Microsoft secara besar2an membuat pelaburan dan pengumuman komitmen serius mereka terhadap pengkomputeran awan. Jika mahu diikutkan konsep perkomputeran awan ini telah lama wujud sejak tahun 1960 lagi apabila John McCarthy menyatakan pendapatnya bahawa perkomputeran satu hari nanti akan diuruskan sebagai satu kemudahan awam. Masanya telah tiba dan kini pengkomputeran awan sudah semakin popular di kalangan pengguna, syarikat mahupun organisasi seluruh dunia.
Secara asasnya kita boleh memahami pengkomputeran awan sebagai pengkomputeran berasaskan internet di mana perkongsian sumber, perisian dan informasi di sediakan untuk komputer serta peranti secara talian. Jika hendak menaip dokumen misalnya tidak perlu lagi memasang sut Microsoft Office kerana dengan menerusi pengkomputeran awan, aplikasi ini juga boleh didapati dan digunakan secara talian.
Pengkomputaran awan merupakan satu anjakan paradigma yang muncul selari dengan perubahan pelayan client pada awal 1980. Perincian diabstrak daripada pengguna yang tidak lagi memerlukan kepakaran, kawalan atau infrastruktur teknologi yang terlalu teknikal. Pengkomputeran awan kebanyakanya dibina dengan konsep “pengguna” di minda membolehkan sumber; penggunaan dan model penghantaran service IT difahami serta digunakan dengan mudah menerusi internet.
Infrastruktur paling lazim untuk menjelaskan konsep pengkomputeran awan ini adalah peralatan atau aplikasi berasaskan web yang boleh diakses pengguna menerusi pelayar web. Ia seolah-olah terpasang (install) pada komputer peribadi, contoh seperti Picasa dan Picnic yang membenarkan suntingan gambar menerusi pelayar. Suntingan daripada Adobe photoshop juga boleh dilakukan tanpa memasang perisiannya menerusi adobephotoshop.com. Juga kepelbagaian aplikasi2 lain mengikut kemudahan dan keperluan pengguna seperti Windows Azure, Google App atau Zoho yang menawarkan suntingan dokumen. Selain itu banyak juga applikasi yang pastinya telah kita tahu cuma tidak begitu mengenalinya sebagai aplikasi di bawah konsep pengkomputeran awan.
National Institute of Standard and Technology (NIST) pula menyediakan definasi lebih spesifik dan objektif tentang pengkomputeran awan. “CLOUD” yang sering digunakan untuk mewakili rangkaian telefon dipinjam dan diapdatasi dalam diagram rangkaian komputer untuk mewakili infrastruktur yang disediakan olehnya dan untuknya (komputer). Mungkin kerana inilah terlahirnya perkataan “cloud” bagi menjelaskan infrastruktur atau servis yang menjadi tunjang utama konsep ini.
Bro, boleh terangkan lebih details tak pasal cloud computing neh? infrastruktur dan aplikasi bagi penghasilan cloud computing neh? gua blur habes la menda neh… huhu
insya-Allah next post bro…
sekarang nie, menda nie dah jadi cam perkara penting dalam dunia perkomputeran. nak tengok ChromeOS dari Google yang banyak guna cloud-computing nie nanti. π
tul tu.. aku pun teringin nak tengok…
Waaaaaa.
bagus ni. Kita tak perlu nak keluarkan duit banyak-banyak nak beli macam-macam software kan? Sekarang ni pakai pirate jer. Kalau pakai ori mesti dapat bantuan support.
kalau pakai cloud ni kena ada internet baru boleh guna… rasanya pirate pun dah susah cari makan kalau di gunakan meluas… salah satu juga cara penghindaran…
makin lama makin famous la cloud computing..
Google OS pun pakai…
rasanya netbook la akan gunakan
setahu aku salah satu netbook contohnya asus pun ada menyediakan cloud ni… ya memang dah semakin meluas sekarang ni…
rasanya belum sempat kita nak katam satu ilmu dah ilmu versi yang baru sudah terhasil hee…
huhuhu… kalau bab ilmu ni memang aku pun tak terkejar… tapi lagi seronok dengan cara mengejar… eh apa yang aku melalut ni suri?
macam pernah baca, ada dalam majalah PC kan bro. aku rasa dunia semua dah pakai pengkomputeran awan…semua nak dalam talian. hehe
tul tu bro… aku baca dan akukongsi2kan sama2.. ayat ubah je sikit2…
dulu selalu pakai web picnic tu edit gambo
aku pun kalau nak cepat layan je kat picnic tu… tapi baru2 ni qualiti gambar kat picnic tu agak kureng a sikit…
pergh..bile di bahasa melayukan berbelit lidah aku nak sebut π
aku dah berapa kali tergeliat lidah ni… huhuhu
wahh bro pun peminat majalah pc eh
hehehe
hahaha… company langgan… aku yang sibuk tumpang sekaki
dunia semakin luas..penggunaannya semakin pantas sekali π
cuma kita je yang tak terkejar… memang pantas betul…
computer awam nie sangat penting sekarang nie…
rata2 semuanya nak ada depan mata dan mudah… pemalaskah manusia sekarang ni erk?
malaysia mcm take time sikit kot..
sebab kita punya line masih slow..
so, nak x nk kena pakai software dulu lah..
kat negaralain dah bolehapply kot benda2 ni
ada yang dah ada jugak cuma belum popular je lagi…kalau berkesempatan, nanti aku riki2kan… kat negara lain dah bercambah dah menda2 cam gini..
saya baca artikel ini dari Majalah PC (Karangkraf) keluaran September 2010, ditulis oleh Ani Nadila Yusof. Artikel 14 Okt & 22 Okt dari website saudara ini, dijadikan satu artikel. Siapa yang tulis sebenarnya?
Saya hendak menggunakan artikel ini sebagai bahan pembentangan minggu hadapan kepada guru2…. hasrat saya, cuma hendak menyampaikan ‘fenomena’ terkini dunia ICT.
Majalah PC (Karangkraf) keluaran September 2010, ditulis oleh Ani Nadila Yusof adalah penulis asal sebenarnya dan aku ubah sikit2 kat sini, kerana artikel dia amat menarik dan aku kongsi2kan cuma terlupa nak letak kredit pada dia… hasrat yang menarik tu bro… terus2kan
Adakah en hazlan tahu bagaimana perisian Microsoft Office 365 berfungsi. Adakah kita perlu install di dalam komputer kita. Kalau dah install di dalam komputer bagaimana pula ia berfungsi sebagai ‘cloud’?
oh… Microsoft Office 365 adalah berbayar dan perlu di install ke dalam pc… perlu sentiasa ada internet untuk cloudnya berfungsi… ia adalah untuk golongan profesional bisnes yang sentiasa sibuk…