Bagaimana kita mendapatkan akses internet selain dail-up ataupun streamyx jika kita tinggal di kawasan pendalaman yang jauh daripada kabel telefon bagi subcriber line (DSL) dan tiada kabel televisyen.
DSL merupakan teknologi yang menyediakan transmisi data digital melalui rangkaian telefon. Oleh itu pengaksesan internet satelit mungkin amat berguna kerana ia sesuai bagi kawasan penggunaan internet luar bandar yang memerlukan akses jalur lebar ini.
Internet satelit tidak menggunakan talian telefon atau sistem kabel bagi komunikasi data dua hala (muat turun dan muat naik). Hala tuju muat naik adalah kira2 satu persepuluh daripada halaju muat turun iaitu 500 kilobit persaat (kbps)
Kabel dan DSL mempunyai halaju muat turun lebih tinggi tetapi sistem satelit adalah kira2 10 kali ganda lebih pantas berbanding modem biasa. Menariknya tiada sebarang gangguan akan di terima oleh kita dengan penggunaan satelit internet ini. Berbanding dengan penggunaa kabel DSL yang kerap kali mengalami beberapa gangguan.
Namun kos ini jika digunakan oleh perseorangan mungkin agak tinggi. Contoh yang paling hampir dan ketara boleh kita lihat adalah syarikat2 besar seperti stesyen2 minyak dan lapangan2 terbang juga jabatan2 kerajaan seperti pertahanan dan kajicuaca.
Syarikat yang menawarkan internet satelit dua hala ini termasuklah Starband, Pegasus Exspress, Teledesic dan Tachyon. Perkhidmatan Tachyon boleh didapati di Amerika Syarikat (AS), Eropah Barat dan Mexico. Pelan pemasangan memerlukan kawasan jelas ke selatan yang bermakna 5,000 saluran komunikasi boleh didapati daripada satelit tunggal dengan serta-merta.
Pemilihan pelbagai (multitasking) IP menghantar data dari satu hujung ke beberapa kawasan (pada masa yang sama) dengan menghantar data dalam format yang telah dimampatkan bagi saiz dan jalur lebar. Biasanya sistem terestrial bumi mempunyai had lebar jalur bagi menghalang pemilihan pelbagai magnitud berkenaan.
Perghh.. terima kasih bro.. aku suka blog yang berilmu macam ni…
sama2… cuma posting aku je panjang bebenor…
Aku rasa kt Malaysia ni kat Sabah & Sarawak byk pakai yang satelit internet ni.
Jadi Satelit internet ni lebih laju & stabil drpd kabel la spt streamyx???
menurut rujukan aku 10 kali ganda lebih laju dan pantas… ish2 kalau2 boleh test ni..
Wahhhh… bestnya… 10 kali ganda lebih laju!!!!
Perghhhh… mmg puas hati gila kalo speed mcm ni…
tu la tu teringin juga nak merasa…
Salam,wa bro mancai thank q baru je ayie kena siap kan assigment pasal rangkaian internet wan and man,thank q sedikit sebanyak membantu ayie bro.. :).
salam kembali ayie.. oo ye ke… selagi boleh cedok tak ada masalah ayie…
Agaknya la berapa harga pakej satelit internet ni? =d
ntah la… tapi aku cuba2 cari info dengan kekawan lain ni…
wahh info yang menarik nie bro… kiranya lebih stable dari guna cable yang kadang2 ada problem… kelajuan mana lagi better bro??? cuma on cost gakla …
tu la tu dan tentu satelit internet ni lebih laju… parabola plus modem plus bayaran bulanan berapa la agaknya… broadband pun ada kekadang sesangkut bayar… huhuhu
salam bro
waaa bertambah lagi satu ilmu yang bermanfaat
tq tq bro
u r welcome… 🙂
dapat lagi ilmu yang baru.. thanks bro rajin kongsi info macam ni
u r welcome… kekadang otak aku ni suka sangat menerobos entah kemana2…
Dulu adik aku keje dia setting satelit internet untuk comp dia. Comp dia bisnes lembu dan kawasan ternakan agak jauh dari luar. Jadi pilihan yg ada pakai internet satelit.
ohhh… menarik tu kawasan mana tu erk… kalau2 boleh di jadikan rujukan nanti…
ni kalau hujan jadi ape ni bro??
mcm astrto ke nt jadinya?
menurut rujukan tak terjadi masalah macam astro tu…
alangkah bagus nya kalau streamyx tak pakai wire telepon tu lagi..hehe
kg kabel kena kebas, so nak bubuh tak ble la..
broadband je boleh nya =)
kg aku pun wire selalu kena kebas.. tapi bila wujudnya rukun tetangga ok laa tak ader aper2.. tapi rukun tetangga tak jalan jadi lagi… rasanya org2 kg ni jugak… ish2 derang ni…
baik ada satelit ni jika tidak pasti kita agak sukar utk berhubungn dg org luar kan..huhu..
betul tu suri… semakin ramai dan bertambah kawan dan kenal pelbagai budaya…
Benda ni boleh share ramai ramai ke ? atau untuk peribadi je ?
boleh ramai2… janji masing2 bayar sama2… bayar sorang2 tapi ramai2 pakai masak gak…