pengenalan bahasa pengaturcaraan C

By | August 20, 2010

Akar dan asal dari bahasa pengaturcaraan C (C language) adalah bahasa BCPL yang dikembangkan oleh Martin Richards pada tahun 1967. Bahasa ini memberikan idea pada Ken Thompson yang kemudian mengembangkan bahasa yang disebut dengan panggilan B pada tahun 1970. Perkembangan selanjutnya dari bahasa B adalah bahasa C yang ditulis oleh Dennis Ritchie sekitar tahun 1970-an di Bell Telephone Laboratories Inc. (sekarang adalah AT&T Bell Laboratories). Bahasa C pertama kali digunakan adalah pada komputer Digital Equipment Corporation PDP-11 yang menggunakan sepenuhnya sistem pengoperasian UNIX.

Standard bahasa C (Ansi C) yang asli adalah standard dari UNIX. Sistem operasi, kompiler C dan seluruh program aplikasi UNIX yang esensial ditulis dalam bahasa C. Kepopularan bahasa C membuatkan setiap versi dari bahasa ini banyak dibuat untuk komputer jenis mikro. Bagi membuat versi2 ini menjadi standard, ANSI (American National Standard Institutes) membentuk suatu komite (ANSI Committee X3J11) pada tahun 1983 yang kemudian menetapkan standard ANSI untuk bahasa C. Standard ANSI ini didasarkan kepada standard UNIX yang diperluas.

Bahasa C mempunyai kemampuan lebih dibanding dengan bahasa pemprograman yang lain. Bahasa C merupakan bahasa pemprograman yang bersifat portable, iaitu suatu program yang dibuat dengan bahasa C pada suatu komputer akan dapat di jalankan pada komputer lain dengan sedikit (atau tanpa) ada perubahan.

Bahasa C merupakan bahasa yang biasa digunakan untuk keperluan pemprograman sesebuah sistem operasi, antara lain adalah untuk membuat:

  1. Assembler
  2. Interpreter
  3. Compiler
  4. Sistem Operasi
  5. Program Bantuan (utility)
  6. Editor
  7. Paket program aplikasi

Beberapa program paket yang beredar seperti dBase dibuat dengan menggunakan bahasa C, bahkan sistem operasi UNIX juga dibuat dengan menggunakan bahasa C. Bahasa C sesungguhnya merupakan bahasa pemprograman yang serbaguna dan pemakaiannya tidak terbatas untuk pemprograman sistem sahaja, namun juga dapat digunakan untuk aplikasi lain seperti ruangan bisnes, matematik mahupun alatan permainan.

Dalam beberapa struktur, bahasa C digolongkan sebagai bahasa pertengahan (medium level language). Penggolongan ini bukan bererti bahasa C tidak kukuh atau terlalu rumit dibandingkan dengan bahasa tingkat tinggi (high level language – seperti Pascal, Basic, Fortran, Java, dan lain2),ditegaskan bahawa bahasa C bukanlah bahasa yang berorientasi pada mesin yang merupakan ciri dari bahasa tingkat rendah (low level language), iaitu bahasa mesin dan assembly.

Pada kenyataannya, bahasa C dikombinasikan oleh elemen dalam bahasa tingkat tinggi dan bahasa tingkat rendah, iaitu kemudahan dalam membuat program yang ditawarkan pada bahasa tingkat tinggi dan kecepatan perlaksanaan dari bahasa tingkat rendah.

Kelebihan dan Kelemahan bahasa C

  • Bahasa C mempunyai beberapa kelebihan dibanding dengan bahasa pemprograman yang lain, iaitu:
  1. Bahasa C mempunyai operator yang lengkap untuk memanipulasi data.
  2. Berbagai struktur data dan pengendalian proses disediakan dalam C, sehingga memungkinkan dibuat program yang terstruktur, bahkan program yang berorientasi pada objek (OOP = Object Orientied Programming).
  3. Di banding dengan bahasa mesin atau himpunan (assembly), C jauh lebih mudah difahami dan pemprogram tidak perlu tahu lebih mengenai struktur komputer yang digunakan sehingga tidak mengikut waktu dalam menyelesaikan masalah ke dalam bentuk program. C adalah merupakan bahasa yang berorientasi pada permasalahan (objek), dan bukan berorientasi pada mesin.
  4. Kecepatan perlasanaan C mendekati kecepatan perlaksanaan program yang dibuat dengan bahasa tingkat rendah, namun kemudahan dalam memprogram setara dengan bahasa tingkat tinggi.
  5. Bahasa C memungkinkan memanipulasi data dalam bentuk bit maupun byte secara efisyen. Disamping itu juga memungkinkan untuk melakukan manipulasi alamat dari suatu data yang dalam C dinamakan pointer.

Kelebihan lainnya adalah prosesnya yang cepat dibandingkan dengan kecepatan proses bahasa pemrograman lainnya. Bila dibandingkan dengan bahasa pemrograman BASIC, bahasa pemprograman C boleh melakukan 50 kali lebih cepat daripada bahasa pemprograman BASIC. Bahasa pengaturcaraan C memiliki pustaka (library) yang memungkinkan programmer dapat mengembangkan programnya lebih luas tanpa harus menulis dari keseluruhan programnya.

  • Adapun kelemahan; atau lebih tepatnya kesulitan bahasa pemprograman C terutama yang dirasakan oleh pemulaan pemprograman diantaranya adalah:
  1. Banyaknya operator serta fleksibiliti penulisan program kadangkala membingungkan pengguna yang masih baru kerana tidak biasa dengan masalah.
  2. Para pemprogram C tingkat pemula umumnya belum pernah mengenal pointer dan tidak terbiasa menggunakannya, walhal kemantapan bahasa C adalah memang terletak pada pointer2nya.

Namun kelemahan dan kesulitan yang tertulis di atas biasanya hanyalah bersifat sementara saja. secara ringkasnya, bahasa C lebih luas penggunaan dalam pembangunan Sistem Pengoperasian dan Penyusunan.

45 thoughts on “pengenalan bahasa pengaturcaraan C

  1. aktechpage.com

    Huh, bahasa C++adalah bahasa programming yg pertama aku belajar,
    Tp sayang smp skrg aku x paham2 lg mcm mana nak wat programming menggunakan Bahasa C++.. xde bakat kot… 🙁

    Reply
    1. hazlan Post author

      pengalaman aku kena mengadap berjam2 untuk menyesuaikan diri dengan bahasa pemprograman ni… tinggl 3 hari sah aku pun dah ingat2 lupa… huhuhuhu

      Reply
  2. Muhd Suhaily

    Salah satu bahasa programming yg agak minat juga dulu..bermula dari QBASIC then try C program baru ++. Skang ini pegi advance sket dlm unix dan UNBUNTU.

    Reply
  3. adamfaiz

    alamak! sori bukan nak spam…tapi memang tak reti nak komen..tapi aku gerenti programmer di luar sana suka ngan entry camni…peace!

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. tak pe bro tak derk hal tu… kalau bahasa tak di kenali memang aku delete dah… harap2 derang suka lah… amin

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama la macam aku dulu masa bujang2.. roomates aku advance2 aku dok melopong jek… kebanyakanya pun aku belajar dari derang2 gak…

      Reply
  4. Mr.Z

    banyak peluang kerja bagi yang expert language ni..
    saya tak expert la sangat..hehe.. berguna untuk buat program dan software..

    Reply
    1. hazlan Post author

      memang sangat2 berguna… sekarang programmer2 dari Malaysia pun menjadi buruan negara2 luar..

      Reply
  5. zoul

    Pergh….

    Mula2 baca ok… pastu pening2 sikit… pastu sakit kepala… pastu pitam….

    … uih nak sahur dulu lah…

    Reply
    1. hazlan Post author

      yang seronoknya bila buat tu menjadi… menarik tu pawaka19

      Reply
  6. Mentol Bulat

    Bagus ada ilmu ini dan saya doakan semoga berjaya satu hari nanti dengan ilmu yan ada neee yang lebih saya bangga adalah orang melayu dah “expert”

    Reply
  7. kulanz

    info yang menarik bro,
    beruntung betul kita kan… hasil kepakaran orang terdahulu, kita dapat merasai kemudahan macam2 perisian hasil daripada bahasa pengaturcaraan C tu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      ialah memang beruntung…. harap2 di guna pakai untuk kebaikan

      Reply
    1. hazlan Post author

      c dan c++ setahu aku tak sama… c ialah subset kepada c++, oleh itu most c feature ada dalam c++. beza dia, c++ menyokong OOP, ada STL. C agak mudah nak belajar dia, sebab bahasa dia kecik. tapi nak mastering c ambik masa bertahun2.

      Reply
  8. boy_bersahaje

    mantap betul ilmu kopasal C. aku dulu belajar c++ dapat B-. pastu ambik micro-p, pun dapat b-…memang pecah kepala time final hahahaha. bukan phm sangat pn, aku dok hapal je la konsep kihkihih

    Reply
    1. hazlan Post author

      lebih aa kurang masa aku blajar pun dulu cam tu gak… tapi pasal kerja terpaksa la menahukan diri… berulang2 lama2 baru la paham tu pun pelan2 jugak…

      Reply
    1. hazlan Post author

      hahaha.. tak apa tak kisah… sekurang2nya pernah dengar ya tak…

      Reply
  9. etomyam

    teknikal ni, pernah dengar benda ni disebut-sebut tapi tak tahu detailnya begini..memang best penerangan dari bro mancai

    Reply
    1. hazlan Post author

      tq bro… alahai sekadar mengisi hobi berblogging sambil berkongsi maklumat je bro…

      Reply
  10. DonHa

    aku IT student. pernah juga belajar C,C++. sekarang tgh blajar java. dah ramai yang pro bab2 ni. tgk la.sekarang ajax tgh meletop2. jom selongkar..

    Reply
  11. suri

    msa study bljar c++ jer habis smesta trus ilng heeee..tapi tak tau pula yang sbnarnya msh terdapat juga bhsa C..

    mungkin sb mbukan minat tu yang blh jadi pelupa. klu minat pasti dia akan terlekat kat memorikan huhu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… kekadang apa yang kita belajar tu adalah bukan kehendak dan minat kita… aku pun sama jugak ada mata pelajaran yang tak leh lansung nak masuk…

      Reply
    1. syah

      mcm mane nak bagi student aku faham bahasa C nie… pening bila diorang x faham – faham

      Reply
      1. hazlan Post author

        erm…oh pensyarah aku dulu ada buat lagu untuk koding2 ni… tapi maaf bro akupun dah tak ingat lagu2 tu… try la kot2 menjadi…

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *