Fungsi utama Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language) ialah untuk membenarkan Juruaturcara menyampaikan hasratnya bagi proses perkomputeran, dengan lebih mudah berbanding dengan apa yang mereka boleh lakukan dengan Bahasa Tahap Rendah atau Kod Mesin. Disebabkan tujuan ini, Bahasa Pengaturcaraan secara amnya direkabentuk untuk menggunakan sintaks tahap tinggi, yang lebih mudah difahami oleh Juruaturcara. Bahasa Pengaturcaraan adalah peralatan yang penting bagi membantu Jurutera Perisian (Software Engineer) untuk menulis Aturcara(program) yang lebih baik dengan lebih cepat.
Pemahaman terhadap Bahasa Pengaturcaraan adalah penting bagi mereka yang mendalami bidang Sains Komputer. Ini adalah kerana sebarang bentuk proses perkomputeran dilakukan dengan Bahasa Komputer. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kebanyakan Bahasa Komputer telah diperkenalkan, bersilih-ganti, dan telah diubahsuai atau digabungkan. Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghasilkan hanya satu Bahasa Pengaturcaraan universal yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan, namun kebanyakan percubaan ini telah gagal. Beberapa Bahasa-bahasa Pengaturcaraan lain masih diperlukan kerana:
- Penggunaannya yang berbeza dari segi penghasilan perisian perniagaan, sains, serta hobi.
- Sesetengah Bahasa Pengaturcaraan tidak sesuai digunakan oleh pengguna baru, dan memerlukan kepakaran.
- Juruaturcara mempunyai citarasa tersendiri
- Masa larian mungkin berbeza bagi aturcara yang *dilarikan pada pengawal mikro(microcontroller), dengan aturcara yang dilarikan pada Superkomputer. *”dilarikan” di sini bermaksud melancarkan aturcara
Terdapat pelbagai Bahasa dengan fungsi khusus dan digunakan untuk situasi tertentu:
- PHP ialah Bahasa Pengskripan yang digunakan dalam pembangunan web
- Perl lebih sesuai untuk memanipulasi perkataan
- Bahasa C lebih luas penggunaan dalam pembangunan Sistem Pengoperasian dan Pengkompil
Bahasa Pengaturcaraan membolehkan aturcara komputer kurang bergantung pada mesin atau persekitaran tertentu sahaja. Ini kerana Bahasa Pengaturcaraaan ditukar menjadi kod mesin untuk mesin tertentu, dan bukan dilarikan secara terus oleh mesin. Ini merupakan tujuan utama penghasilan Bahasa Pengaturcaraan FORTRAN, (salah satu daripada Bahasa Pengaturcaraan yang pertama), iaitu ketidak-bergantungan terhadap mesin.
Terdapat 2 mekanisme yang digunakan untuk menterjemah sesuatu aturcara, yang ditulis dalam Bahasa Pengaturcaraan, kepada kod mesin tertentu pada komputer:
- Mekanisme kompilasi
- Mekanisme Penterjemah
Mekanisme Kompilasi
Mekanisme terjemahan yang menterjemah teks aturcara secara keseluruhan dan kemudian melarikan format dalamannya. Aturcara Pengkompil menerima teks aturcara(dikenali sebagai Kod Sumber) sebagai data input, dan membekalkan kod objek sebagai output. Kod Objek yang dihasilkan adalah kod mesin yang boleh dilarikan secara terus oleh CPU komputer, atau kod yang padan dengan spesifikasi Mesin Maya(Virtual Machine)
Mekanisme Penterjemah
Mekanisme terjemahan yang menterjemah kod aturcara pada masa-larian(runtime), di mana setiap langkah yang diterjemah dilarikan terus. Penghasilan aturcara dengan cara ini biasanya dilarikan lebih lambat berbanding aturcara yang dikompil. Bagaimanapun, ianya lebih fleksibel kerana boleh berinteraksi dengan persekitaran larian. Untuk lebih lanjut, lihat Bahasa Pengaturcaraan Diterjemah(?)(Interpreted Language). Bahasa Pengaturcaraan yang mengguna cara ini dikenali sebagai Bahasa Pengaturcaraan Pengskripan.
Kebanyakan Bahasa Pengaturcaraan boleh diterjemah dengan kedua-dua cara, tetapi kebanyakannya lebih sesuai untuk salah satu cara.
Adakah korang tahu? Apa bahasa pengaturcaraan pertama di dunia?
Ia adalah LISP dan FORTRAN.. sehingga ke hari ini, 2 jenis bahasa pengaturcaraan itu masih di gunapakai oleh para programmer dan hackers elit sedunia (Terutamanya adalah LISP..)
Salam,wa baguslah boleh buat sembur rujukan :),hehehe baru masuk minggu lepas salah satu slot programing iaitu sistem pengoperasian kan? :).
tak derk hal wat rujukan ayie… yup betul tu ayie…
Penah belajar FORTRAN tapi satu apa pun tak tau masa tu. Skang langsung tak ingat dahh… huhuhu
huhuhu… kalau jumpa lagi takla susah nak ingat kan bro?
macam wordpress ni dia guna php kan?
yup betul… joomla dan drupal pun sama… banyak dah cms yang menggunakan php kerana mudah nak diurus…
Salam Bro…..
Bagus you kasi ilmu mengenai programming language.
Bukan semua org punya ilmu cenggini……..
Thanks 4 sharing the info ye…
🙂
huhuhu.. seronok kan kalau kongsi ramai2..?
dulu tahu nak keluar duit jer. dan buat pilihan banyak mana yang kita nak klrkan.tapi bila bljar serba sdkit ttg vb ,c++ baru tahu pengaturcraan nilah disebalik tabirnya. huhu..
tak ada menda ni… memang tak la wujud erti internet, linux, cms, laman web, games dan macam2 lagi laaa…
salam..pernah belajar mengaturcara guna Python…tapi sudah lupa..yang pasti…saya rasa python adalah bahasa yang paling mudah berbanding C++ etc
setuju… cuma kena kenal konsep asal lebih mudah nak guna python..
terbaik bro, aku cuma kenal php dan pearl sahaja, tu pun tak tahu detailnya, terima kasih bro 😀
huhuhu… kenal tu pun dah cukup cari makan tu bro… u r welcome
lupa ada satu lagi bahasa..cobalt tak silap..
bagi aku, paling mencabar PHP la..hehe
cobalt aku pun dah tak ingat tu… php kalau nak cun kena gabungkan css, java, ajax…
salam hari sabtu heee..
pkbar tuan rumah uik sht ko?
sebenarnya dunia it luasakan 🙂
uit! sihat2 jo… tuan rumah tengah bejalan2 dan bersantai2…. tul tu kena lebih explore dan explore dan explore…
Senang nak buat website php kalau tahu bahasa php. Tapi macam susah nak belajar =)
mudah kalau pelan2 layan dari mula… dah kenal asas tu senang la sikit nak layan… pendapat aku laa
respect la bro… bukan calang-calang orang…. ko memang blogger berilmu nie… Syabas… kalau ada apa yang aku tak paham nanti…boleh le aku tanya bro…???
boleh jek kalau nak tanya… Insya-Allah kalau boleh membantu… ish2… jgn puji2 rupa gitu bro,huhuhuhu… aku pun masih banyak lagi kekurangan …
pernah dengar jela pasal FORTRAN tue tapi tak pasti pernah belaja ke tak?? tak kot..hehe
menda lama tak ingat ni…. dan aku pun dah lansung tak ingat… huhuhuhu
Salam,
Susah juga nak faham bahasa pengaturcaraan ni yer,saya langsung o pengetahuan dalam bidang ni.
aku pun mula2 jumpa macam baca tulusan rusia je… satu hapah tak paham… lalu aku buat secara berulang2 dan mempraktikakannya… syukur leh aa kenal dan faham… tul tu kalau mula2 memang macam ada kejutan budaya…
dalam byk2 cabang it bab programming atau coding ni la yg paling x minat
pening ooo
kekadang bebudak programming ni tak di sukai orang pasal kurang bercampur… mana taknya otak diorang asyik ingat coding je… slack sikit ilang semua… orang kata.. ya ke tak tu ntah le…
betul 2 bro.. sokong budak programing dan bio.. ada dulu masuk jasper under kerajaan terengganu,programing java dahlah ayie tak ada basic programing,tapi nak seribu daya tak nak seribu alasan :),hehehehe
huhuhu.. tapi kekadang dah banyak masuk menda lain nak masuk menda baru tu yang slow tu… sama gak macam aku ni aa…..
yeep,lebih kuranglah.. memory dah full :),hehehehe
nak upgrade memory dah nak expired ayie….kekekekeke
tahu tak per bro.bila bnda bru bljar sng skit nak dpt.bila nak bg ingt bnda lama makan mas askit heee..
betul 3x… setuju banget
jom tutup buku jap kita g jalan2..heeee
jom2… mau jalan ke mana sih?
Alhamdulillah saya dah x payah belajar programming lagi lepas ni sebab subjek OOP dah lulus cukup makan dulu..hehe
ok tu cukup makan kira dah ada kefahaman jugak tu….
Huhu base 46 pun termasuk dalam pengaturcaraan ni =)
wazy adalah salah seorang peminatnya… huhuhuhu
wah..satu lagi sumber ilmu dari bro..mancai..terima kasih brp
ok jek tak derk hal tu… terima kasih jugak pasal melayan posting aku ni…
saya pelajar IT..bahasa pengaturcaraan memang memningkan kepala..hehe
aku walaupun dah kenal masih lagi pening2 kepala… huhuhuhu
bagus bro.. penjelasan panjang lebar.. aku dulu ada gak belajar skejap C++, susah betul nak faham.. haha
tul2 aku pun masa belajar tu nak tercabut gak kepala ni nak paham2… pasal aku bukan orang yang super genius… aku hanya org biasa yang cuma ada minat sahaja…
hehe.. bgs lah minat ada.. aku lak x tau ada ke tak minat masa tu.. sebab x faham.. ye lah, nak suh berfikir mcm komponen2 tu berfikir.. hehe
hahahah aku pun pernah jenuh nak pikir sampai nak fade-up…
sama lah bro.. rasa malas nak ambik subjek tu.. hehe
biasanya pempuan memang berminat dan tekun wat subjek tu huhuhuhu… entah la.. pandangan aku jek
Salam.. saya baru start blajar programming bahasa C awal tahun ni..
Saya ada masalah sangat2 dengan bhs aturcara ni,… teknik pembelajaran d skola plak susa untuk saya catch up, disebabkan guru kena tumpukan pelajar2 lain jgk… saya nak minta tolong la ngan bro klau sudi nak bantu sy mghadapi Stpm 2010 ni..
huhu..memerlukan masa nak paham benda2 programming ni kan..
adoii pening..gyhahaha
tul tu.. aku pun nak paham dalam satu masa payah jugak nak dapat… yang penting buat secara berkumpulan