WordPress 3.0 dengan panggilan “Thelonious” yang diambil dari penyanyi dan komposer jazz terkenal bernama Thelonious Monk telah pun dilancarkan. Aku rasa masing2 sudah pun tahu berkenaan perkara ini. Walaupun posting berkenaan WordPress 3.0 – “Thelonious” dari aku agak terlambat namun aku cuma ingin berkongsi sedikit maklumat dan pengalaman mengenainya. Sebelum ini aku ada berikan sedikit informasi mengenai sejarah wordpress. Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarahnya bolehlah tengok dan rujuk di laman ini: Sejarah WordPress.
Pada mulanya aku agak ragu2 untuk terus update dari versi 2.9++ ke versi wordpress 3.0 ini, Manalah tahu ada fungsi yang tak tersupport olehnya, terutamanya tema (themes) dan plugin2 untuk wordpress. Ada beberapa fungsi yang tak tersupport oleh versi wordpress terbaru ini dengan tema yang aku gunakan sekarang dengan hasil percubaan semasa versi betanya. Namun aku amat berterima kasih dengan pengeluar tema yang aku gunakan ini, kerana telah mengambil langkah pantas untuk mengupdate fungsinya agar sesuai dengan keluaran terbaru wordpress.
Setelah aku update dan gunakan versi wordpress 3.0 ternyata aku rasa ianya lebih pantas dari versi sebelumnya. Syukur aku belum jumpa apa2 masalah lagi setakat ini tak pastilah akan datang macamana. Nasihat aku pada semua sekiranya ingin update ke versi wordpress 3.0 yang terbaru ini agar bersabar dan tunggu dalam tempoh masa seminggu atau lebih agar pengeluar, pengusaha juga para freelancer atau sesiapa sahaja yang mengeluarkan plugin juga tema melakukan kerja2 mereka supaya keseluruhan fungsi2nya dapat digunakan di dalam versi wordpress 3.0 ini.
Antara fungsi terbaru wordpress 3.0:
- Menggunakan tema terbaru iaitu ” Twenty Ten” menggantikan tema ” Kubric yang telah digunakan untuk sekian lamanya pada versi2 WordPress sebelum ini.
- Beberapa API baru juga telah diperkenalkan bersama WordPress 3.0 atas tujuan membolehkan para pembangun tema mengintegrasikan beberapa fungsi terbaru, termasuklah membolehkan kita menukar fungsi latar belakang secara terus daripada admin panel, kawalan juga di tambah untuk kepelbagaian jenis artikel, menu boleh diubahsuai dengan mudah dan juga penggunaan taksonomi dan macam2 lagi atau korang boleh layan video kat bawah, juga boleh merujuk terus melalui laman web: http://codex.wordpress.org/Version_3.0
tak upgrade lagi ni
wp 3 lebih mesra seo dan keselamatan ditingkatkan
betul tu… yang penting mesra seo…
wah memang cool…best… kena explore lagi nie…masih duk usya2 nie…nak kasi biasakan..katanya…hehe
upgrade jgn tak upgrade
alahai..cam tak sempat jer nak bermesra dg wrds yg lama..huhu..
suri dah jadi pembaca setia kat blog ni 😉 hehee
wala wala terima kasih la suri… memang betul tak terkejar oleh kita pun kalau bab2 teknologi… eh sorry lama tak update post sibuk yang melampau sekarang ni…
kebanyakan orang tak berani upgrade ke 3.0 sebab tak cuba 3.0 beta. Sebelum release 3.0 stable, saya dah try 3.0 beta cara offline, saya lihat ok je, so saya tak teragak-agak terus upgrade ke 3.0 stable. Tiada problem setakat ini.
kena pulak dengan kemesraannya pada seo… wah themes baru lebih mantap tu
satu percubaan yang harus dilakukan ini..hehhehee..
nak buat2 sendri mmg tak berani..kena mitak kawn yg pakar dlm hal ni buatkan..huhu..takut silap langkah..
elok jugak tu… try in error pun ok gak huhuhu…
tapi apapun kena bt backup dulu..huhu
tu sudah semestinya suri… ilang kalu ya ampun mau di godek2…
saya dah siap upgrade ke wp 3.0,memang terbaik la version baru ni,load page pun laju je
aku pun puas hati…
Salam,ayie pun dah upgrade pada verion 3.0,load page macam laju hope tak ada masalah lagilah,dah berapa kali tukar theme.. hope yang sedia ada boleh run version 3.0 :),thank q bro sharing info yang amat berguna kepada platform CMS wordpress. 🙂
huhuhu… padan la tengok blog ayie dah berubah themes tu… tak pe.. akan datang tu ada yang support tu nanti… janji entry boleh dibaca… huhuhu
Salam,hehehe hopelah ada theme support version terbaru huhuha 🙂 , thank q bro mancai 🙂 .
tu la tu… themes lama aku pun support jugak versi terbaru ni… tapi themes twenty ten wordpress ni… lawa la pulak… nak try mod sendiri (kalau ada masa) letap apa2 yang patut huhuhuhu
ok bro mancai terbaik, 🙂 insyallah 🙂 .
huhuhu 🙂 tq ayie
salam bro..saya dah upgrade ke wordpress 3.0..setakat ni ok je saya guna..
huhuhu… harap2 tak ada la bugs yang critical akan datang…
aku dah upgrade… memang menarik.. WordPress 3.0
kalau ada sapa2 yang rajin boleh lah mengexplore hehe
betul la… memang menarik tapi… masa nak explorer tu jek terhad…. tak per pelan2
bila la aku nk tkr wp ek? huhu
try dulu kat .cc dan free hosting dari 000webhost yang free tu ok gak…
salam,bro mancai dah dua kali ayie masuk laman co.cc tapi bila nak new domain apa entah dia keluar mintak kita main2,last2 kena hantar sms kat depe dulu baru dapat create new domain, adess masalah betul…
eh kenapa jadi macam tu pulak… atau ayie dah lebih had… tak silap 5 domain je limit dia…
domain lama 2 ayie dah buang bro mancai,dah dua kali try masih sama,so ayie nak create domain barulah kan,last2 keluar mcm 2,kan nak try buat akuan baru mcm mana pulak,kalau result sama adess tak tahulah 🙂 .
oo al kisah… kalau susah sangat ayie.. daftar je guna alamat email baru… (kira buat semula) try and error tengok.. tak penah pulak jadi cam ayie ni..
Just upgrade my blog to wordpress 3.0 . Its very good 🙂
so far so good… 🙂
huhu.. ak smkin jles ngn kbolehan wp3 nih, huhu..
xpe2.. betenang2 hehe
huhuhu.. tapi ader jugak community yang tak minat dan suka dengan WordPress ni…
Biasalah adat la tu. Blogger sudah ada blogger draft. So, WordPress buat come back dengan Twenty-Ten. Kira adil jugak macam tu.
huhuhu.. tu la tu… masing2 nak tarik pengguna… tapi macam aku.. belasah apa yang ada…
blom upgrade lg ni.heheh..wp 3.0 securty die lebih terjamin skit…on
tu la tu… bila mau upgrade bro?
wah…sudah guna theme 2010 ni bro..steady 😀
nak lebih mudah mod bro… yang lama tu ok gak…
salam sabtu..
ada masa nnti nak mtik kwn buatkan..jelesnyer..tapi yang lama msh di cintai..tak sanggup nak duakan dia..madu..huhu 😉
wakakaka… oh ye ke suri… tak pe madu tiga pun ok gak… hahaha
Salam,wa bro mancai dah ubah theme,simple and nice i like 🙂
rasanya dah terminat pulak dengan twenty ten ni…
jangan madu hoo..makan madu tak perleh..
theam tu mmg ctklah bro. 🙂
makan madu baik untuk kesihatan… bermadu kalau tak kena gaya tak akan sihat2… penin adala kekekke
haha tak reti lah..
nanti lah try apply kat niche blog yg lain..
kat personal blog ni agak sayang utk dibuat bahan uji kaji
ok jugak tu… apa2 hal pun lebih selamat