Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi Bintang merupakan topologi yang menyambung segala elemen dalam rangkaian ke satu pusat. Segala kabel yang menghubung semua elemen rangkaian komputer berakhir di satu titik/pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab. Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab. Dengan topologi ini, kerosakkan fizikal pada satu kabel tidak akan menyebabkan segmen lain tidak berfungsi. Kabel pasangan dawai kembar terpiuh tidak bertebat (Unshielded twisted pair)atau UTP merupakan jenis kabel yang popular mengunakan topologi bintang.
Terdapat dua operasi yang digunakan oleh hub atau switch iaitu operasi penyebaran (broadcast) dan operasi peralihan (switching). Dalam operasi penyebaran, hub atau switch akan membuat penghantaran data yang diterima daripada satu stesyen kepada semua laluan yang bersambung kepadanya. Dalam operasi peralihan pula, hub atau switch akan menyimpan data yang diterima dan menghantar data tersebut melalui laluan stesyen penerima sahaja.
- Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secar langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi, ianya juga tidak akan menjejaskan rangkaian komputer yang lain.
- Sebarang kerosakan sambungan di antara nod dengan hub juga tidak akan menjejaskan sistem secara keseluruhan tetapi sekiranya kerosakan berlaku pada hub, keseluruhan sistem akan turut terjejas. Kelemahan utama topologi ini ialah ianya memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan setiap sistem yang dihubungkan kepadanya(komputer, pengimbas, pencetak dan sebagainya) memerlukan kabel yang tersendiri.

Sistem Rangkaian Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi Bintang – Penyambungan pada Network Port
Topologi Bintang – Arah perhubungan antara sambungan
Kebaikkan
- Sesuai untuk sistem rangkaian yang besar dan amat mudah untuk membesarkannya
- Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
- Prestasi sistem rangkaian boleh dipertingkatan dengan menggunakan mengantikan hab (hub) kepada suis (switch)
- Boleh menggunakan berbagai jenis kabel UTP, STP dan sebagainya
- Mudah melakukan kerja penyelenggaran dan pemeriksaan terhadap sebarang kepincangan sistem rangkaian.Ini dapat dilakukan kerana setiap kabel disambung terus ke peralatan.
Keburukkan
- Kos yang tinggi sedikit kerana memerlukan hab
- Kerosakkan hab akan menyebabkan seluruh rangkaian akan lumpuh
- Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.

waw…ada juga sistem rangkaian komputer topologi bintang ya
huhuhu yang nak membuatnya pun keluar bintag kat kepala.. huhuhuhu
walah..pelik ternyata membuatnya
tapi kalau on site… lagi penin dan pelik (new user)…
skrg ni hub digantikan dgn switch
betul tu… tapi masih digunakan lagi kat company2 kecil… budget pun kecil je… tapi rasanya best lagi guna switch
meamng puas hati.. sistem nie..cuma on cost je nie…
batul2 hanya yang mampu sahaja…
Selain Topologi Bintang, ada Topologi lain kan?
ada… nanti aku update lain kalau berkesempatan… insya-Allah
Topologi selain Bintang (star) ada..
ii)Bus
iii)Cecincin (Ring)
iv) Hibrid (Hybrid)
vi) Mesh
kalau salah, tolong betulkan..harap maklum
betul2 tak salah pun… akan datang aku cuba nak cita pasal mesh ngan hybrid pulak… kalau tak ada aral melintang
huhu..susah gak hub rosak tanpa di sangka2..perlu ada buckup ke bro?
kalau pc sendiri kenalah backup sendiri atau mintak teknikal backupkan atau pada server backup (kalau disediakan): … tapi kalau hub rosak huhuhuhu… kalau company bos la yang beli…
hehhehee..tak per bos kat cini kaya ..cuma kedekut jor…argh!!!!
wakakaka… tu yang lomah tu…
memang lagi best kalau guna switch
dulu aku berjinak2 bab network aku gunakan hub
tapi skrg switch dah mampu dah nak beli
huhuhu… mantap2… penggunaan bergantung jugak pada tahap kemampuan… best tu bro dah dapat beli sendiri…
yg bt bnda ni konpem pening kpla..bro yg bt entri ni x pening ke?hehehe
huhuhuh dah kerja harian aku…
Aku suka post2 entry mcm ni sbb aku kureng ckit knowledge dlm networking…
TQVM bro… 🙂
u r welcome… cam ne bro koje orait ke? Insya-Allah kalau ader kesempatan nanti aku citer bab lain pulak…
Alhamdulillah…setakat ni keje ok , slow2 follow the flow..
Aku pun sudah mula dapat menyesuaikan diri dgn kehidupan di KL.
Jalan2 kt KL pun dah nampak bayang2…sblm ni mmg buta laa.. 😛
Insya Allah, ade masa kita berjumpa nanti 4 mata..
insya-Allah… kawan2 sendiri pun aku jarang benar jumpa almaklum masing2 dah ader tanggungjawab… aku kat serdang gak aa…
Lorrr ko kt Serdang jugak ke???
Kat mana tu???
dekat2 je.. aku seri kembangan
Rasanya topologi bintang ni mudah nak diselenggara. Cuma kalau switch rosak habislah semua network. Kalau connect ke router, switch rosak internet pun tak boleh pakai.
hahaha… kekadang company besar ada backup swicth atau hub… diletakkan setiap department… kos gilo mahal…
lubang tu mcm lubang wayar telefon pun ade
mcm lubang wayar lan pun ade jugak..
sekarang kepala aku yg dah berbintang
lubang wayar Lan lama ni… wat contoh je tu bro huhuhu..
haha aku ni memang jenis buta IT..baru je nak berjinak2 dlm semua bidang
slow and steady bro…. aku akan tetap menyokong
tgk gambarajah pun dh pening kuar bintang dh..hehe
berbintang2.. huhuhuhu… kena sedia panadol ni
Bagus baca ni kalau nak pasang banyak pc kat rumah =)
best umah bujang boleh multigame ramai2… kat bilik masing2
gitu caranya..nampaknya kebaikan melebihi kekurangan..cuma kos je lah yang jadi faktor utama tu 😀
ongkosnya sahaja dong… lebih2 lagi kalau tukar hub kepada swicth…
salam,wa banyak ilmu networking bro mancai,boleh ayie buat praktikal tempat bro mancai 🙂
huhuhu kat sini tak derk support lak practical ader pun anjuran tempat lain
hua ku tak tahu2 apa2 dalam network, jadi bro mancai ajar erk..=)
p/s nak jinak2 dengan dunia Linux skank…
gud2 mari kembangkan ramai2…. tak kiralah aper saja jenis distronya…inux semakin maju dah sekarang…
Assalamualaikum,bro mancai ayie baru belajar melakar rangkaian setiap topologi,agak memeningkan kepala,tak tahu nak pakai topologi mana,kalau pengalaman bro mancai sendiri,topologi mana kebanyakanm syarikat besar pakai? dan amat memudahkan selenggara pada kerosakan rangkaian? :).. hope bor mancai dapat bagi penjelasan selanjut berkaitan setiap rangkaian :)..
Insya-Allah Ayie… pengalaman aku, antaranya pernah dengan MAB di KLIA memang teramat2lah macam2, dengan MAS konsortium juga amat besar .. rata2 terpulang dengan situasi tempat, pejabat, lokasi, penggunaan dan kehendak struktur itu sendiri… kebanyakkanya menggunakan topologi bintang… kekadang diadukkan dengan topologi mesh..
OO macam 2 erk,thank q bro ayieblog baru belajar melakar topologi untuk buat rangkain menggunaka visio,thank q kongsi pengalaman bro,kebanyakan guna topologi bintang mudah diselenggarakan kan? :),tapi kes agak mahal bergantung kepada bajet sesbuat organisasi syarikat? right..
tepat sekali tu bro… melakar rangkaian komputer dengan visio memang senang tarik dan tarik… gud luck ayie
mintak copy bleh x?
sila2… untuk pembelajaran aper salahnya…