Sebelum ini aku ada berkongsi mengenai pengenalan sistem rangkaian komputer dan bagaimana untuk merangka sebuah rangkaian komputer dengan kaedah yang pertama iaitu Topologi Bas (Bus Topology) dan hari ini, mari kita merangka pula dengan satu lagi kaedah rangkaian komputer iaitu:
Topologi Cecincin (Ring Topology)
Dengan topologi cecincin, setiap elemen komputer di disambung bersiri dan dibentuk dalam bulatan. Sekali lihat, ia hampir sama dengan Topologi BAS. Tetapi kedua hujung kabel ditemukan untuk membentuk bulatan.

Cecincin Token (Token Ring) dan kabel appletalk menggunakan konsep cecincin.

Kebaikkan
- Mudah untuk memasangnya dan memerlukan kabel yang pendek sahaja
- Sistem rangkaian akan menjadi lebih besar
- Prestasi yang lebih baik sekiranya beban sistem rangkaian bertambah tinggi
- Sesuai digunakan sebagai tulang belakang (back bone) sistem rangkaian
Keburukkan
- Setiap penambahan akan menyebabkan sistem rangkaian terganggu kerana terputusnya hubungan di dalam cecincin (ring)
- Kepincangan berlaku apabila MAU (penyambung) mengalami kerosakan
- Prestasi kurang baik untuk sistem rangkaian yang kurang sibuk
… dan ada banyak lagi structure untuk merangka sistem rangkaian komputer dan aku akan sambung di episod yang seterusnya.

biasa lam cybe cafe guna cecicin la?
.-= diden´s last blog ..Photoshop : Asas Subtract dan Add pada sesuatu objek, dan jadikannya lebih cool =-.
ada yang guna cara ni dan ada yang guna topologi jenis lain bergantung jugak dengan si tokey yang meminta dan si engineer yang memasangnya…
kalau guna konsep ring ni,pakej 4 mbps untuk streamyx ok kan bro
.-= wazy´s last blog ..Slot Akasia Shah Jihan TV3 =-.
bersedia nak memasang ke… ok je rasanya… kalau ada masalah pun maybe leh solve pasal senang nak detect yang mana satu kang tu… biasanya tak ada masalah (hanya kemungkinan).
hehe teringat lagi topology ni..
time exam mmg kene hafal
.-= Syafrizal´s last blog ..Bekam – Perawatan Sunnah Nabi =-.
aku bab nak menghafal ni lah yang paling lemah sekali…
nak hafal memerlukan daya ingatan yang kuatkan..sllu amlkan krismis msa study dulu.hehee
wah petua menarik memang kismis dapat melancarkan darah didalam otak. Tak silap kalau makan kismis kena angka ganjil.. Allah hu Alam…
nak tanyer..adakah ia sama erti degan sistem network..hehe
sistem network dengan sistem network komputer tu lebih kurang sama je… cuma sistem network lebih meluas… bukan pada komputer sahaja…
bus danring.
sekali nampak mcm ring lagi praktikal je utk digunapakai..
ring biasa digunakan untuk kawasan2 kecil je… memang mudah
Topologi ring tu.kalau pc no.2 ada masalah.jadi
pc no.3 pun tak dapat internet.lebih baik pilih
topologi bas.salah satu rosak yang lain dapat
main internet lagi.betul tak.
betul2 tu… rosak yang biasanya kena jangkitan virus… tapi bukan semestinya pc… boleh jadi sambungan hanya 2 atau 3 pc lelain printer…