kerja oh kerja…

By | December 24, 2009

Koje

Posting pasal teknologi,perisian dan teknikal selalu sangat kang pening lak nak baca so, aku tukar kepada bacaan ringan la sikit… boleh kan? Kadang-kadang samada aku atau korang tentu rasa benci, bosan dengan kerja. Kalau sesekali tak mengapa tapi kalau selalu sangat dengan perkara yang sama berulangan pasti ada yang tak kena. Pendapat akulah.

Cuba korang Kenal pasti kenapa atau mengapa ?

Contohnya :

  1. Bos yang cerewet pot pet pot pet…
  2. Politik pejabat
  3. Bonus tak ada atau kenaikan kecil
  4. Bosan melayan karenah pelanggan ( hari2 samo je )
  5. Apa-apa sahajalah…

Ada tiga plihan samada :

  1. Hiduplah sebegitu sehingga korang pencen atau meninggal
  2. Selesaikan masalah korang
  3. Berhenti kerja , cari kerja lain

Dan lain-lain ?

Tapi cuba korang renungan :
Orang yang cerdik akan menukar masalah kepada suatu penyelesaian, tapi org yang bodoh akan menambah kusutkan masalah yang korang alami. Hahaha… kasar pulak bunyinyer nih… korang jangan tersinggung laks…

Aku sarankan cuba ubah / perbaiki :

  1. Kenalpasti KPI , ada target syarikat : Contoh kalau target nak dapatkan RM pastikan rancangan korang kepada kenaikkan RM syarikat
  2. Ubah cara kerja yang ada, supaya lebih baik. Contoh korang ubah proses yang merumitkan korang dan pelanggan ( banyak prosedur ).
  3. Fahami politik pejabat supaya korang tidak tersepit.
  4. Jika terlalu lama disuatu bahagian boleh minta pada bos tukar di bahagian lain. Jika terlalu lama melakukan rutin yang sama nanti jadi kurang atau tak jadi kreatif. Ambil cabaran melakukan tugas baru. Bosan kan asyik buat menda sama jek?

Tambah Nilai :

  1. Tambah ilmu yang boleh menaik taraf diri anda ( cari sesuatu yang baru ) dan kalau korang berminat dibidang lain cari ilmu tambahan dibidang berikut.
  2. Tukar keterampilan. Mengikut pembacaan, pakaian, komuniksai, penampilan diri pun ada faktor untuk kenaikan pangkat.

Tambah aktiviti lain :

  1. Sukan
  2. Perniagaan sambilan.
  3. Bina network persahabatan yang baru.

Kalau korang ada rasa kait mengait macam story kat atas ni… Korang boleh meluahkan tak puas hati ke apa2 kat ruangan komen aku ni… guna perkataan elok2 saja erk… ialah sekurang2nya agak tenang sikit. mana tau ada pulak pembaca yang boleh selesaikan masalah korang lak nanti.

20 thoughts on “kerja oh kerja…

    1. hazlan Post author

      yela… kadang2 memang perlu mengingat dan diingatkan… sesapa nak cari kerja leh aa klik kat mamat ni erk… ok gak lobang kerja2 tu…

      Reply
  1. mzm

    hmmm.. memang bernas cadangan ko tu..
    tpi bila pk2 balik dari kerja dgn orang lain dan dapat maki, pot pet, bos gila, cerewet, xngaku salah, politik kotor dlm opis..

    adalah lagi dan sangat baik kerja sendiri.. selain dari dpt elak semua kat atas.. byk kelebihan dari segi masa.. takde kongkongan boleh buat ape je suke..

    tapi bila kerja sendiri ni kena rajin laa.. kalu mlas mmg xde income ler.. tapi kalu kerja sendiri mesti kita buat kerja yg kita minat kan? so,, kalu dah minat takde masalah malas lagi bg ak..
    kersimpulannya jOm kerja sendiri.. huhu~ sory menceceh lak..
    .-= mzm´s last blog ..Azam Setinggi Awan =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuu aku takde hal kalau ko nak menceceh kat sini bro… minded terbuka membawa lagi banyak idea2… huhuhu… betul tu keje sendiri memang harmoni tapi bersedia dengan minda yang kukuh… sapu dua2 pun ok gak…hahahah tamak la pulak aku ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu aku rasa masalah peribadi diri sendiri…. kena perbaiki dan dibaiki… menarik gak info ko ni…

      Reply
    1. hazlan Post author

      kalau masalah tak selesai report sahaja kat bahagian siasatan derang…

      Reply
        1. hazlan Post author

          yup betul, jangan malas2 sekarang bukan zaman nak malas2… huhuhu

          Reply
      1. hazlan Post author

        setuju… bukan satu bidang sahaja… campur adukkan.. baru berkualiti…

        Reply
    1. hazlan Post author

      namun ada kerja dah menunggu mereka dan ada diantara mereka yang masih menuggu kerja…

      Reply
  2. Rini

    Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *